Sunday, November 8, 2009

Menyambut Lambaian Kaabah

Assalamualaikum..
kepada semua followers blog ini, suka di maklumkan admin utama kami (Ustaz Amir) telah terpilih untuk menyambut panggilan Kaabah.
Beliau telah berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 31 Oktober yang lalu bersama - sama dengan isterinya.
Marilah kita bersama - sama memanjat doa semoga urusan mereka berdua dipermudahkan.

Tuesday, October 27, 2009

Blog MGC PERAK TENGAH diwujudkan...

http://mgcperaktengah.blogspot.com/

Tahniah dan syabas akhirnya blog MGC Perak Tengah telah dilancarkan. Terima kasih kepada

En.Mohamad Razhuan b Napi, SK Tepus.
sebagai admin.

Insyallah kelak akan dapat dimanfaati oleh sekalian warga pendidik demi memartabatkan pendidikan ditempat yang sebenarnya.

'Kecemerlangan Pendidikan Insan Tanggungjawab Bersama'

Alhamdulillah kutipan luar jangkaan


Alhamdulillah 'Program Lambaian Ka'abah : Duit Raya Ke Tabung Haji' telah memperolehi kutipan luar jangkaan. Seramai 60 orang pendeposit baru (baru buka akaun) dan 39 orang membuat penambahan tabungan. Jumlah kedua2 nya tersebut telah mencapai angka luar jangka.

Moga ini adalah suatu permulaan melangkah menjinakkan hati terhadap kesedaran berusaha melaksanakan tuntutan RUKUN ISLAM KELIMA iaitu Menunaikan Haji Ke BaituLLAHi Haram. Agar ianya dapat diteruskan.

Wednesday, October 21, 2009

ANDA ingin disayangi ATAU menyayangi?

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.....

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.....

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.

Saturday, October 10, 2009

MTQ Pendidikan Khas Peringkat Daerah Perak Tengah

Insyallah, Majlis Tadarus Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Daerah Perak Tengah akan diadakan di SK Lambor Kanan pada dan masa sepertimana berikut :

Tarikh : 13 OKTOBER 2009 / 24 SYAWAL 1430
Mulai Jam : 8.00 Pagi - 12.30 Tengahari

Acara yang akan dipertandingkan :
Tilawah Al-Quran
Hafazan Al-Quran
Laungan Azan
Nasyid
Bercerita
Tulisan Khat

Berikut adalah senarai hakim yang terlibatsila klik untuk besarkan

SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!!

Saturday, October 3, 2009

Jamuan Aidilfitri & Program Lambaian Ka'bah

Alhamdulillah , program yang telah dirancang berjalan dengan lancarnya. Kehadiran ibu bapa dan penjaga amat memuaskan. Sebagaimana biasa ianya pasti melebihi jumlah kehadiran ketika mana Mesyuarat Agong PIBG dijalankan. Apa yang menariknya pada jamuan aidilfitri SK Lambor Kanan pada kali ini adalah dengan jemputan pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji Cawangan Bota.

Kehadiran Tabung Haji kali ini adalah sampingan bersama pelancaran Program Lambaian Kaabah dan Kelab TaHa. Tn.Hj. Roslan selaku Pengurus Tabung Haji Cawangan Bota telah menyampaikan satu slot 'Pengurusan Kewangan Berteraskan ISLAM'. Bukan sekadar jamuan , maka kali ini ibu bapa penjaga dan kami warga SKLKn juga memperolehi cambahan ILMU yang akan memberikan manfaat dan kesedaran buat kami.

JK Panitia Pendidikan Islam telah berjaya mendepositkan hasil sumbangan individu2 dan orang ramai kepada 22 orang Anak Yatim & Fakir miskin dengan kadar RM 70 seorang, sebagai deposit membuka akaun Tabung Haji. Terima kasih buat penderma kalian.

Sejurus sahaja pelancaran program tersebut oleh Tn. Guru Besar, maka kaunter Tabung Haji diserbu sebegitu rupa bagi mendaftar sebagai pendeposit Tabung Haji (membuka akaun) sama ada untuk anak2 mahupun untuk diri sendiri. Bermula dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tghri kaunter tersebut tiada hentinya. Dan anggaran kasarnya tidak kurang RM6K - RM7K jumlah deposit yang telah dikumpulkan sebagai tabungan warga SK Lambor Kanan. Alhamdulillah.

Juadah bagi jamuan kali ini telah disiapkan secara gotong royong yang dikepalai oleh Ustazah Sabtiah And The Geng. mereka telah bertungkus lumus menyediakan juada tersebut hampir 2 hari 2 malam dan sememangnya berbaloi. bagi set2 pahlawan pula sememangnya tugas dewan, PA system dan kacau mengacau menjadi pilihan. Segala kejayaan program seumpama ini tidak akan berjaya sekiranya tiada KERJASAMA diantara kami satu sama lain. TAHNIAH dan TERIMA KASIH diucapkan buat semua yang terlibat.

Tuesday, September 29, 2009

TAKZIAH : Buat Al-Fadhil Ust Abd Samad Sha'ari

Jam 6 am satu sms dikejutkan buatku. Hadir daripada Penyelia Kanan Pend. Islam. Ust Halmi, yang menyatakan bahawa Ayahanda kepada Ust Abd Samad Sha'ari telah kembali kerahmatuLLAH pd jam 1 pagi.

Jam 8.30 , saya bersama Ust Halmi (PKPI,Prk Tgh), Ust Hosni (PPI,Prk Tgh) & Ust Samad (GPI,SMKDARY) bergerak bersama menuju Kg. Ayer Putih, Serdang, Kedah.

Jam 11, kami tiba namun dikhabarkan jenazah hanya akan dapat sampai ke Masjid Al-Rahman, Kg. Ayer Putih ini pada jam 2 pm. Kami sepakat untuk menunggu jua.

Sambil berborak dengan penduduk kampung. Allahyarham Hj.Sha'ari 80, telah terlibat dengan kemalangan jalanraya pd hari Khamis lepas setelah selesai solat Asar berjemaah di masjid berkenaan. Takdir menentu segalanya..... melangkah pulang terus terlibat dengan kemalangan antara motorsikal tunggangannya dengan Perodua Kancil dipandu seorang wanita.

Allahyarham telah diuruskan di Hospital Taiping, tiba ke Masjid untuk disembahyang dan disemadikan pada jam 2.30 ptg tadi. Moga ALLAH mencucuri roh beliau dan ditempatkan dikalangan orang2 SOLEH...... Amin....-AL-FATIHAH.....

Kami GPI Perak Tengah mengucapkan TAKZIAH buat seluruh keluarga Al-Fadhil Ustaz Abdul Samad Sha'ari.

Friday, September 18, 2009

Buat diriku dan sahabat2 lain : Berhati2 dijalanraya tanggunglah kita.

Talipinggang keledar untuk mengurangkan kemalangan semasa musim perayaan. Boleh mengurangkan statistik Ops Sikap ke 20.
:
:
:
:
:
:
:



Hehe jangan marah yer org pompuan, saja gurau tapi kadang-kadang ada logik juga kan? huhu

Wednesday, September 16, 2009

Iftar Jamaie d' Sutera Indah, T.Intan


Setelah lama merancang akhirnya tahun ini hanya kami berlima beriftar bersama. Sutera Indah menjadi lokasi hidangan kami. Sambil beramah mesra sesama set2 kami yang sering membuat kecoh.

Dengan berbuka kan tamar dan seteguk air , kami solat maghrib berjemaahditempat yang disediakan. Setelah itu barulah kami menjamah makanan yang telah ditempah sebelumnya. Alhamdulillah kami bersyukur atas nikmat dan peluang ini disamping keakraban kami sentiasa terpaut mesra.

Nasi putih, Udang butter, Tomyam Campur, Kerabu Daging, Daging Ikan Merah, Telur Sweet Sour dan Air Jus Tembikai Laici adalah menu Iftar kami. Ianya tak seberapa je jika dibandingkan dengan hidangan selera orang2 berkemampuan yang lain. Buat semua orang umah kami (kecuali Aime) kami mohon maaf.... abang pi Iftar ini nak servey je... tahun depan abang bawa...ok...

Bagi ladies team.... next time plan lain ok.....InsyaALLAH.....

Tuesday, September 15, 2009

Program Duit Raya Ke Tabung Haji

Kesinambungan program Ihya' Ramadan yang telah dijalankan, kini saya mengatur rencana menjelang Syawal kelak.

Ramadan in SK Lambor Kanan
  • Halaqah dan Tadarus al-Quran
  • Program Khatam al-Quran
  • Tabung Infaq Ramadan
  • Sumbangan Anak Yatim & Fakir
  • Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim & Fakir miskin (tertangguh)
Panitia Pendidikan Islam telah mendapat perkenan pengurusan dan pentadbiran sekolah bagi menjalankan program yang diberi nama
'PROGRAM LAMBAIAN KA'ABAH'

Duit Raya Ke Tabung Haji.


Alhamdulillah perbincangan bersama Pengurusan Tabung Haji Cawangan Bota berjalan lancar dan InsyaALLAH program yang telah dirancang ini akan mengikut jadualnya. Segala sumbangan Infaq Ramadan khusus buat anak-anak yatim dan fakir miskin dibahagi dua iaitu dalam bentuk material dan disalurkan sebagai pembuka akaun simpanan Tabung Haji.

Moga usaha ini akan diberkati ALLAH swt. Sama-sama kita doakan.

Thursday, September 10, 2009

Ar-Irsyad : Risalah untuk peringatan diakhirul ramadan

Terbitan Al-Irsyad - Risalah Jurulatih Dakwah Perak Tengah 2009
* Klik picture untuk pembesaran Risalah berkenaan.


Ahlan wamarhaban ..... Al-Qadr. Berusaha kearah beramal dimalamnya dan berubah kearah kebaikan selepas bertemu dengannya.

Tuesday, September 8, 2009

Bertopeng masa UPSR dijalankan : PERLU @ MENGANGGU !!!

Kerajaan berpendapat tidak perlu untuk mewajibkan setiap pelajar sekolah memakai topeng hidung dan mulut dan menjalani ujian pengambilan suhu setiap hari dalam usaha mencegah jangkitan wabak influenza A(H1N1), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata kerajaan telah mengeluarkan garis panduan mengenai wabak itu, maka terpulang kepada budi bicara ibu bapa serta sekolah kerana mereka lebih tahu apa yang perlu dilakukan.

Katanya, soal pokok adalah menjaga kebersihan diri setiap masa serta memastikan pemakaian topeng tersebut terutama dalam keadaan perlu seperti apabila batuk atau selesema agar tidak menjangkiti pada orang lain.
"Kalau kita rasa kita dalam keadaan selamat sebegini, itu terserah pada kita (sama ada nak pakai atau tidak). Soal mewajibkan saya fikir tak perlu" katanya kepada pemberita ketika ditanya mengapa Kementerian Pelajaran tidak mewajibkan pelajar sekolah memakai topeng mulut dan hidung dan mewajibkan menjalani ujian pengambilan suhu setiap hari sebagai langkah menangani wabak itu yang setakat ini mengorbankan 73 orang di negara ini.

Terdahulu, Muhyiddin meluangkan masa lebih 10 minit melawat pelajar yang menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara di Kuala Lumpur hari ini.

BERITA LANJUT
walau apapun jua :

SELAMAT BERJAYA BUAT KALIAN YANG
MENDUDUKI UPSR 2009

Monday, August 31, 2009

Malaysiaku Yang Tercinta : Harga Minyak Naik Berkuatkuasa Tengah Malam Ini..?

Harga bagi minyak jenis RON95 dan RON97 dijangka naik berkuat kuasa tengah malam ini.

Minyak jenis RON95 dijangka dinaikkan 5 sen iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 seliter.

Sementara itu, RON97 pula akan dinaikkan daripada RM1.80 kini kepada RM2.00.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kenaikan itu pada petang ini.

- Perisik-rakyat.com

Thursday, August 20, 2009

PERLU KE ? : Guru langgar dasar PPSMI kena tindakan

PUTRAJAYA: Guru yang didapati menggunakan Bahasa Malaysia (BM) sepenuhnya untuk mengajar Sains dan Matematik akan dikenakan tindakan memandangkan pemansuhan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya akan berkuat kuasa sepenuhnya pada 2012.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata dasar PPSMI masih digunakan hingga tempoh yang ditetapkan selaras dengan keputusan Kabinet, baru-baru ini.

“Kita akan mengambil tindakan terhadap guru yang didapati melanggar dasar PPSMI. Pada masa sama, pengetua atau guru besar dikehendaki memantau serta mengeluarkan surat amaran kepada guru yang didapati berbuat demikian.

“Perkara ini juga tidak sepatutnya berlaku (mengajar dalam BM) kerana sukatan mata pelajaran, buku teks subjek matematik dan sains serta perisian komputer masih menggunakan Bahasa Inggeris (BI),” katanya pada sidang media di sini, semalam.

BERITA LANJUT K.L.I.K

* Mari kita berfikir BERSAMA...... Apa kata sasterawan negara....

Monday, August 17, 2009

10 TIP MELATIH ANAK BERPUASA

Kiriman artikel daripada Ust Onn Azhari (skpt) ke email kami : -

Ramadan adalah pengalaman serta tarbiah untuk seluruh anggota keluarga. Dalam kita sibuk berpuasa dan mengurus kehidupan seharian di sepanjang Ramadan nanti, ingatlah bahawa anak-anak kita perlu dipimpin dan dibimbing dalam menjalani serta menghayati intipati ibadat puasa dan Ramadan. Tip-tip berikut Insya-Allah boleh dijadikan panduan dan pedoman untuk manfaat kita bersama :

  1. Menonjolkan suasana gembira dan ceria dengan menghiasi rumah agar anak-anak dapat merasai betapa pentingnya kehadiran tetamu agung (Ramadan).
  2. Melatih anak-anak kecil berpuasa secara beransur-ansur iaitu selama beberapa jam dan kemudian beberapa hari. Berilah ganjaran bagi setiap hari yang dia sempurnakan puasa selama sebulan itu. (Untuk mendidik)
  3. Berikan perhatian terhadap anak perempuan yang hampir baligh. Ajar mereka ilmu feqah berkaitan ibadat puasa.
  4. Wujudkan ‘Taman Al-Quran’. Didiklah anak-anak membaca Al-Quran bersama anda setiap hari mengikut kemampuan mereka.
  5. Latihlah anak-anak mempelajari doa berbuka puasa dan membaca doa tersebut sementara ahli keluarga yang lain mengaminkannya.
  6. Biasakan anak menderma dan bersedekah di bulan Ramadan. Ajar mereka berjimat cermat dalam perbelanjaannya untuk didermakan.
  7. Bersama-samalah dengan anak-anak menunaikan solat tarawih dan solat fardhu secara berjemaah. Berilah perhatian dalam mengawasi solat lima waktu.
  8. Berikan kefahaman yang jelas kepada anak-anak bahawa puasa tidak akan sempurna tanpa disertai akhlak yang mulia.
  9. Jangan biarkan anak-anak menjadi penunggu setia rancangan televisyen. Pilihlah rancangan yang sesuai.
  10. Susunlah jadual malam hari Ramadan untuk anak-anak supaya mereka terutamanya yang kecil dan remaja – tidak berkeliaran / merayau di sekitar kawasan perumahan / kampung sampai lewat malam tanpa tujuan, apalagi jika bermain mercun dan bunga api yang mengganggu orang-orang yang tidur atau sedang beribadat.

Ramadan Bulan Menyubur Kasih Sayang


Jangan lupa layari dan singgahlah ke :

www.ramadhanzone.com


SEMOGA IBADAT PUASA KITA PADA TAHUN INI BENAR-BENAR MEMBUAHKAN KEIMANAN DAN KETAQWAAN. AMIN.

Bala ALLAH perlu diambil INGATAN SERIUS!!!

Manusia yang alpa dan ingkar akan diberi peringatan dalam pelbagai bentuk. Hakikat yang nyata bilamana diri kita mencintai dunia melebihi akhirat maka PERINGATAN ALLAH perlu untuk sentiasa kita mengkaji dan memuhasabah diri.
Tiada sebarang penafian masakini atas check list kemurkaan ALLAH buat umat akhir zaman ini. Malaysia tidak terkecuali. Islam hanya tinggal pada nama. rukun Islam ditinggal tanpa rasa bersalah sesama manusia. Hari kehari peratusan manusia meninggalkan solat amat membimbangkan.

MOHON DITEGASKAN OLEH SETIAP KITA PARA PENDIDIK TAK KIRA SUBJEK APA YANG DIAJAR, LAKUKAN SESUATU AGAR INSAN YANG KITA AJAR DALAM KELAS TIDAK SEWENANG2 MENINGGALKAN PERINTAH ALLAH. SETERUSNYA MENINGGALKAN PERKARA YANG JELAS HARAMNYA. *** TERLALU BANYAK TERMASUK ROKOK

Thursday, August 13, 2009

Terasa baru sahaja diriku...ber'sms' dengannya...'Pergi Dirinya & Kita Kelak Tak Kembali' - Al-Fatihah...

Sungguh sayu pabila menerima sms yg muncul pada jam 12.20 tghri daripada sahabat. Terima Kasih Ustazah Faezah (SK Serikaya) diatas pemberitahuan tersebut yang pada ketika itu saya sedang menjalankan tanggungjawab di dalam kelas. Serasa baru sahaja saya bermain sms dengan Allahyarham tersebut untuk perancangan program Malam Amal.


Inilah yang dikatakan kekuasaan ALLAH. Tahun lepas saya berpeluang berbual2 dengan Allahyarham dibelakang pentas dan rentetan dari itu membuatkan saya bersms beberapa kali bagi merancang sesuatu sambil beramal. ........ Petang ini saya bergerak ke IPOH berseorangan dan sayu ini berpanjangan apabila radio kegemaran saya memainkan lagu gemersikan suara Allahyarham yang sememangnya telah menjadi icon utama penyanyi nasyid dalam diri ini.

Walau apapun yang berlaku , takziah buat keluarga dan seluruh anggota 'Rabbani'. Sesunggunhnya pemergiannya ini merupakan kehilangan yang sangat dirasai oleh peminat2 nasyid seluruh negara....-AL-FATIHAH.

Petikan : Malaysiakini.com/bm
Pemimpin Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC), Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi kerana sakit jantung.

Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital swasta itu.

Wednesday, August 12, 2009

Tazkirah Di Ambang Ramadan 1430


"KITA AKAN KELIHATAN PANDAI WALAUPUN KITA SEBENARNYA BODOH JIKA KITA DIPIMPIN OLEH ORANG YANG PANDAI.
BEGITU JUGA KITA AKAN KELIHATAN BODOH WALAUPUN KITA SEBENARNYA PANDAI JIKA KITA DIPIMPIN ORANG YANG TIDAK PANDAI"

Monday, August 10, 2009

Taklimat Data SPI Tahun 6 ONLINE 2009

Taklimat Data Online bagi Sijil Pendidikan Islam Tahun 6 telah diadakan pada 10.8.2009, jam 3.00 petang di PPD Perak Tengah. Ustaz Mohd Shah Hj Ramli Penyelia Kanan Sekolah Rendah SPIM Perak telah menyampaikan taklimat tersebut kepada kami seluruh warga GPI Daerah Perak Tengah. Sesungguhnya aplikasi seumpama ini memperlihatkan bahawa era IT yang sedang berkembang pesat disahut hebat oleh pelbagai pihak termasuklah SPPIM seluruh negara.

Moga dengan taklimat dan penggunaan aplikasi ini akan dapat meringankan pengurusan GPI Perak yang mana ianya sangat berguna kepada pengurusan sekolah masa kini.

Untuk Makluman :

Proses data PERCUBAAN :


http://www.sppimperak.net/spi_online/login.php
BOLEH TRY MULAI SEKARANG

Proses Data Sebenar :


http://www.jpnperak.edu.my/spi_online/login.php
MULAI : 5 - 10 OKTOBER 2009

Username : * Kod Sekolah
Password : ** dibekalkan surat edaran

Maklumat Lanjut SILA HUBUNGI :-
Ust. Mohd Shah (gambo diatas) 013-5211250
,
'to Sheikh Md Shah so sorry , bang. ya!'

SELAMAT MENCUBA!!! TERIMA KASIH KEPADA URUSETIA YANG MENJANANYA!

Thursday, August 6, 2009

Kursus Peningkatan Profesional GPI Perak Tengah

Program yang sangat diperlukan bagi meningkatkan lagi kefahaman dan pengetahuan terkini dalam merangsang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ini adalah matlamat Kursus Peningkatan Profesional GPI Daerah Perak Tengah hari ini 6 Ogos 2009.

Kami GPI Daerah ini amat berterima kasih kepada barisan jawatankuasa & urusetia termasuk pihak Institut Perguruan Tuanku Bainun yang telah dapat memanfaatkan ruang peruntukkan LADAP buat kami. Sesi pertama Kefahaman KLAQ Kem Literasi Al-Quran disampaikan oleh Ust Mohd Shahril - Guru j-QAF SKDS. Sesi kedua disampaikan oleh Ust Shamsul Arifin Supian (Johan Qari 2008) dengan pengisian Tahsin Al-Quran. Ianya sangat menarik dan tumpuan peserta memuaskan.
Setelah rehat tengahari diisi pula slot Mantapkan Jawi & Akhbar Jawi Dalam P&P. Penyampai ilmu yang menarik ini pula disempurnakan oleh Pakar Ejaan Jawi KPM Ustaz Salehuddin Hj Arshad (Pegawai Khas Pendidikan Islam Dae. Hilir Perak). Alhamdulillah seramai 50 orang peserta telah berpuas hati di kursus seumppama ini. Moga usaha seumpama ini akan dapat diteruskan kelak.

Tuesday, August 4, 2009

"Doa Silahul Mukmin" : Moh kite bersama, sepakat sentiasa.

Bersempena Program Isra' Mikraj dan suasana yang ada sekarang. Panitia Pendidikan Islam menganjurkan Solat Hajat Khas bertarikh 7 Ogos 2009. Jam 8.30 pagi. Kita kena mendahului sebelum diarahkan. Moga kita sama-sama mendoakan 'together'. Amin Ya Rabb.

Dikala kita semua menghadapi ujian atau bala daripada Allah sekarang ini iaitu penyakit selsema babi, pertahanan diri kita adalah doa. Nampaknya penyakit ini semakin merebak, banyak pusat pengajian telah ditutup. Bala dari Allah tidak hanya menimpa orang yang melakukan kemungkaran sahaja tetapi kepada semua yang ada disatu-satu tempat itu. Oleh itu marilah kita sama- sama berdoa memohon perlindungan dari Allah agar diberi keselamatan dan kesihatan yang berpanjangan. Amin…

Sunday, August 2, 2009

Projek Tanaman Cili , kini di sekolah kami


Minggu lalu, telah diwujudkan Tanaman Cili yang telah disumbangkan oleh Jabatan Pertanian Perak Tengah. Kami bertuah diantara 54 buah sekolah rendah di daerah ini, sekolah kami antara yang terpilih bagi projek berkenaan. Sebanyak 50 paket bagi pokok cili & 150 pokok untuk tanaman terung.

Projek ini adalah rentetan projek terdahulu yang dikendalikan oleh Jabatan Haiwan (iaitu Burung Puyuh) namun kini agak tergendala akibat dari beberapa faktor yang terhalang dan diberitakan akan disambung jua kelak. Kini Panitia Kemahiran Hidup yang diketuai oleh Pn. Jamilah & Pn. Sabtiah akan mengetuai pengurusan pertanian ini. Moga-moga ianya akan membuahkan hasil yang memberangsangkan.

* p/s : komisen hulurlah sedikit kat kami di Makmal Komputer ini. hihihi.

Thursday, July 30, 2009

Caj Astro naik RM12 kerana EPL

KUALA LUMPUR - Bermula 1 Ogos ini, peminat saluran sukan di stesen televisyen satelit berbayar, Astro akan terpaksa membayar lebih.Kenaikan bayaran sebanyak RM12 itu ekoran peningkatan kos bagi hak penyiaran Liga Perdana England (EPL) baru-baru ini, kata Ketua Saluran Sukan Astro, Lee Choong Khay.

Bagaimanapun, menurutnya, peningkatan tersebut masih rendah berbanding stesen televisyen berbayar di negara lain seperti di United Kingdom yang meningkat sehingga 532 peratus, Hong Kong (501 peratus), Thailand (297 peratus), Singapura (282 peratus) dan Australia (172 peratus). Kenaikan di Malaysia cuma 100 peratus.


Di Asia Barat pula berlaku peningkatan sebanyak 250 peratus menyebabkan penyiar di negara itu terpaksa membayar sebanyak RM1.170 bilion dan Hong Kong pula meningkat daripada RM354 juta kepada RM709 juta dalam tempoh tiga tahun.


Choong Khay berkata, kenaikan tersebut antara lain berpunca daripada peningkatan kos operasi kelab-kelab bola sepak yang bermain dalam liga tersebut.

"Kelab-kelab dalam EPL terpaksa membayar gaji pemain dan menguruskan kelab mereka, malah kenaikan dalam bidaan hak penyiaran meningkat sebanyak 67 peratus menyebabkan syarikat yang memegang hak penyiaran di England, Stanta, terpaksa menghentikan operasi kerana kenaikan kos ini pada Jun 2009," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
-kosmo.com.my
* APA KATA MEREKA YANG MELANGGAN :
Dan rasa naik angin tersebut sudah pasti akan dikongsi rasa oleh peminat-peminat dan penyokong-penyokong Liga Perdana Inggeris yang menonton perlawanan EPL secara langsung melalui siaran Astro.Kenapa? Manakan tidak. Bil langganan Astro akan mula dinaikkan sebanyak RM12 mulai 1 Ogos ini. Tetapi kenaikan ini hanyalah kepada peminat-peminat bolasepak yang melanggan saluran sukan. Mana adil macam ni? Opah Leibor yang hari-hari tengok drama kat Astro Ria dan Prima tak kena bayaran tambahan pun. Tak aci.
** MORALNYA : Mujur sangat teman xde ASTRO

Wednesday, July 29, 2009

Lawatan Pra Sekolah & Pend. Khas 2009



SK Lambor Kanan - Beruas - Kuala Sepetang - Zoo Taiping - Masjid Daerah Taiping - Beruas - Bota Kanan - Lambor Kanan

Pengiring : Bro. Azhar, Bro Azman, U. Amir, Umi Azean, Umi Ina, Umi Zafa, Umi Ani, Ibu Paridah, Ibu Lailah & Kak Ju.


Peserta : 18 Murid Pra Sekolah & 14 Murid Pend. Khas

Pengangkutan : Bas Doogan , Seri Iskandar

Hamper Tajaan : Umi Ani & The Gang

Monday, July 27, 2009

Hadiah Bulan Bahasa 2009 & Johan Senamrobik Daerah Perak Tengah

Acara diperhimpunan hari diserikan lagi dengan penyampaian hadiah & cenderahati sempena Penutupan Program Bulan Bahasa 2009.
Acara-acara yang telah dijalankan adalah sepertimana berikut :
  • Kuiz Bertulis Tahap 1
  • Tulisan Cantik Tahun 1, 2, & 6
  • Deklamasi Sajak
  • Bercerita
  • Buku Skrap
Aktiviti Cemerlang Bulan Membaca dimenangi oleh :
  • LELAKI : Adik Azhan Hakimi b. Mokhtar
  • PEREMPUAN : Nurul Farain bt. Yusof
TOKOH MEMBACA :
  • TAHAP I : Adik Madihah bt. Amir Hamzah (Tahun 1)
  • TAHAP II : Adik Nur Atiqah bt. Abu Abbas (Tahun 5)
Semua hadiah dan cenderahati telah disampaikan oleh : Pn. Norshamsuniah GPK2 HEM.

KLIK S.I.N.I. untuk lebih photo lagi

Dalam pada itu juga dinobatkan Johan Senamrobik SR Peringkat Daerah Perak Tengah kepada 'Team SK Lambor Kanan'. Team ini dibimbing oleh Pn. Siti Fatimah, Pn. Norsuhana, Pn. Norsuhana, Pn. Normala, Pn. Noraishah & sahabat guru-guru yang lain. Acara ini telah dijalankan pada hari Sabtu 25 Julai tempoh hari bersempena Bulan Kecergasan Peringkat Daerah Perak Tengah. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada kalian.
* Team Futsal cuba lagi.... ok.

Thursday, July 23, 2009

Jom : Martabatkan Lirik & Lagu Bermotifkan ISLAM


JOM MENCUBA : TIPS SUPAYA JAMBU BATU RASANYA MANIS

Kaedahnya ambil segengam garam kasar masukkan dan kacau ke dalam sebesen air. Kemudian rendam 1 kg jambu batu yg masih belum dikupas kulit kedalam larutan garam tersebut selama 20 minit.

Infotani : Kepekatan larutan garam yg tinggi akan menyebabkan air dari dalam jambu batu bergerak keluar. Kerana kandungan air yang rendah maka rasa jambu batu akan bertambah manis. Larutan garam juga meneutralkan sisa toksik pada buah tersebut.

Sunnah Rasullullah saw akan "meletakkan" garam pada lidah sebelum menjamah hidangan.

Sumber: Sdra Alimin Shukor

Wednesday, July 22, 2009

Gerhana Matahari di Asia - 22 Julai

Alhamdulillah, antara lain aktiviti Sempena Isra' & Mikraj tahun ini di sekolah ialah berpeluang berjemaah dalam melaksanakan Solat Sunat Gerhana Matahari sekitar 9.15 am - 10.00 am sebentar tadi. Program ini julung2 kali dilakukan dalam rangka kerja program Panitia Pendidikan Islam SKLKn. Moga peluang seumpama ini akan dapat diresapi dalam diri setelah merenung besarnya KEKUASAAN ALLAH diatas muka bumi ini.

NEW DELHI - Penduduk Asia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari yang paling lama bagi abad ke-21 pada Rabu, 22 Julai, yang merentasi India dan China, bermula dari Mumbai ke Shanghai. Fenomena ini telah digembar-gemburkan ke seluruh dunia, yang jarang dapat dilihat dalam seumur hidup kerana ia tempoh paling lama merentasi di beberapa kawasan berpenghuni di bumi dan menjadi gerhana bersejarah yang bakal disaksikan oleh jutaan orang.

Ia merupakan peristiwa terpenting yang pernah berlaku di sini. Tiada seorang pun dari kita dapat hidup lebih lama untuk melihat peristiwa itu berulang lagi. Jumlah
sinaran suria ini akan berkurangan apabila bulan berada di antara bumi dan matahari seterusnya mengaburkan pancaran sepenuhnya. Keghairahan pada kali ini merupakan sebahagian besar peristiwa luar biasa yang pernah berlaku dalam tempoh tertentu (atau keseluruhan) apabila matahari dilitupi sepenuhnya. Maksimum gerhana itu dijangkakan berlaku adalah selama 6 minit 39 saat, iaitu suatu tempoh yang tidak mungkin berlaku pada tahun 2132.

Jarak 'laluan keseluruhan' fenomena itu dianggarkan sehingga 258 kilometer, penduduk Gujarat di barat India menjadi orang yang pertama dapat menyaksikan gerhana dalam masa singkat sebelum pukul 6.30 pagi (9.00 pagi waktu Malaysia). Fenomena itu kemudiannya merentasi India, suasana gelap akan meliputi di sungai Gangga, kota suci Varanasi yang berada di antara utara dan selatan Bangladesh dan Nepal sebelum mengelapkan kebanyakan tempat di Bhutan, melalui tanah besar China dan kemudian melepasi laut di Shanghai.

Persinggahan seterusnya adalah di selatan pulau Ryukyu, Jepun selepas membelok di tenggara melalui Lautan Pasifik di mana ia akan berada di sana dalam tempoh yang maksimum. Bagi kawasan-kawasan yang berada di laluannya, ia akan disinari matahari sebanyak dua kali pada awal pagi kerana bulan melindungi lebih rendah ketika itu dan kemudian perlahan-lahan menyinari bumi sekali lagi. Sebanyak 50% atau lebih bagi anggaran 2 bilion penduduk yang diliputi sinaran gerhana itu, bermula dari kawasan penggaraman para petani di Gujarat hingga ke kawasan gembala Tibet di kaki bukit Banjaran Himalaya. - AFP

Tuesday, July 21, 2009

"Kepada ALLAH kita datang dan kepada ALLAH jua kita kan KEMBALI" : Redho & Sabar Ujian ALLAH

“SESUNGGUHNYA kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (al-Baqarah: 156)

Keterangan Ayat

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. mengajar umatnya agar beristirja’ dengan lafaz di atas, dalam perkara yang besar mahupun kecil hinggakan apabila sepatu tertanggal sekalipun dituntut untuk membaca doa tersebut di atas.

Orang yang sabar merupakan mereka yang sentiasa berdoa dengan doa di atas apabila sahaja kejadian yang berlaku serta menguji keimanan mereka. Mereka harus tetap reda dengan ketetapan Allah itu dan meyakini bahawa Allah s.w.t. sekali-kali tidak menzalimi mereka dalam perkara yang berlaku itu. (Tafsir al-Mawardi, tafsir ayat 155 surah al-Baqarah)

Ayat di atas disebut ketika:

  • Mendengar berita kematian, kesakitan atau kemalangan
  • Ditimpa musibah sama ada besar atau kecil
  • Berlaku sekecil-kecil perkara seperti terjatuh pen.

Sunday, July 19, 2009

Perkhemahan Pengakap Keris Emas 2009


ALHAMDULILLAH & TAHNIAH buat semua yang terlibat dalam Program Perkhemahan Pengakap Keris Emas 2009. Ini adalah program sulung yang dikendalikan oleh Cikgu Azran selaku pemangku Guru Pengakap dengan kerjasama yang erat diketuai oleh Cikgu Ahmad Zahadi. Apa yang penting KERJASAMA. Ini telah dibuktikan dengan semangat kerja berkumpulan sesama guru dalam memastikan kebajikan dan keselamatan 12 peserta sklkn.
Program ini serentak dengan program Bulan Kecergasan Daerah yang juga turut melibatkan sebilangan kecil guru-guru lain.


Amatlah rugi sekiranya segelintir sahabat yang dengan 'sunyi je' tidak mengambil tahu 'join' bersama berkhemah. Dengan adanya program seumpama ini sebenarnya akan mengeratkan silaturahim dan dapat bertukar2 fikiran sesama individu dalam suasana berbeza berbanding suasana di persekitaran sekolah. Insyaallah kita akan berukhuwah mesra menjalinkan kerjasama dalam apa jua bentuk program sama ada dalam dan di luar bilik darjah.

*Turut mengundang : sesiapa yang HADIR.

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN