Saturday, October 3, 2009

Jamuan Aidilfitri & Program Lambaian Ka'bah

Alhamdulillah , program yang telah dirancang berjalan dengan lancarnya. Kehadiran ibu bapa dan penjaga amat memuaskan. Sebagaimana biasa ianya pasti melebihi jumlah kehadiran ketika mana Mesyuarat Agong PIBG dijalankan. Apa yang menariknya pada jamuan aidilfitri SK Lambor Kanan pada kali ini adalah dengan jemputan pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji Cawangan Bota.

Kehadiran Tabung Haji kali ini adalah sampingan bersama pelancaran Program Lambaian Kaabah dan Kelab TaHa. Tn.Hj. Roslan selaku Pengurus Tabung Haji Cawangan Bota telah menyampaikan satu slot 'Pengurusan Kewangan Berteraskan ISLAM'. Bukan sekadar jamuan , maka kali ini ibu bapa penjaga dan kami warga SKLKn juga memperolehi cambahan ILMU yang akan memberikan manfaat dan kesedaran buat kami.

JK Panitia Pendidikan Islam telah berjaya mendepositkan hasil sumbangan individu2 dan orang ramai kepada 22 orang Anak Yatim & Fakir miskin dengan kadar RM 70 seorang, sebagai deposit membuka akaun Tabung Haji. Terima kasih buat penderma kalian.

Sejurus sahaja pelancaran program tersebut oleh Tn. Guru Besar, maka kaunter Tabung Haji diserbu sebegitu rupa bagi mendaftar sebagai pendeposit Tabung Haji (membuka akaun) sama ada untuk anak2 mahupun untuk diri sendiri. Bermula dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tghri kaunter tersebut tiada hentinya. Dan anggaran kasarnya tidak kurang RM6K - RM7K jumlah deposit yang telah dikumpulkan sebagai tabungan warga SK Lambor Kanan. Alhamdulillah.

Juadah bagi jamuan kali ini telah disiapkan secara gotong royong yang dikepalai oleh Ustazah Sabtiah And The Geng. mereka telah bertungkus lumus menyediakan juada tersebut hampir 2 hari 2 malam dan sememangnya berbaloi. bagi set2 pahlawan pula sememangnya tugas dewan, PA system dan kacau mengacau menjadi pilihan. Segala kejayaan program seumpama ini tidak akan berjaya sekiranya tiada KERJASAMA diantara kami satu sama lain. TAHNIAH dan TERIMA KASIH diucapkan buat semua yang terlibat.

No comments:

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN