Showing posts with label SELAMAT DATANG. Show all posts
Showing posts with label SELAMAT DATANG. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

Ahlan wasahlan bika Ya Ustaz Wan Azizi

Ustaz Wan Azizi b. Abdul Rahman

4 OGOS 2011, Sekolah Kebangsaan Lambor Kanan berbesar hati menerima kehadiran keluarga baru kami, Ustaz Wan Azizi b. Abdul Rahman. Berasal dari Melaka Kota Bersejarah mula menjalankan tugas sebagai pendidik pada 2004 di Bumi Kenyalang. Sebelum bertugas di sekolah ini al-fadhil Ustaz telah berkhidmat selama 4 tahun di SK Bukit Chupak, Parit. Berkelulusan syariah Islam , dari salah satu Universiti Jordan, menghadirkan suasana keilmuan yang tinggi akan dapat dicurahkan kepada anak bangsa secara khususnya dan kami rakan setugas umumnya.

Beliau yang kini menetap di Lakeview, Bandar U, Seri Iskandar diharapkan agar memberikan sinar baharu kepada murid-murid sekolah ini sepertimana yang dikehendaki oleh YDP PIBG kami sebagaimana yang diucapkan oleh beliau di sambutan Hari Guru 2011 tempohari. Semoga pengalaman yang beliau perolehi sebelum ini akan dapat menyuntik semangat diri anak-anak Lambor kearah kecemerlangan terutama dalam bidang ilmu agama Islam.

Selamat mencurahkan Ilmu wahai sahabat. - admin

Thursday, January 13, 2011

Hadir dan pergi : 2011 @ sekolah ini


Sepertimana posting terdahulu, blogger sksv melapor diri ke sekolah ini. Namun apa yang pasti hakikat sebenarnya ialah 3 insan pilihan untuk meneruskan khidmat bakti mereka disini.

1. Tn. Hj. Ruduan b. Dahalan, PPPLD DGA32 dari SK Lambor Kiri, kini menjawat jawatan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Beliau telah melapor diri minggu-minggu akhir 2010 lalu setelah pulang dari mengerjakan ibadah haji di Makkah. Berkat doa dan rezeki buat beliau maka jawatan tersebut sebagai hadiah rahmat ketentuan Allah buat tetamu-Nya sebelum ini.

2. Ust Shariffuddin b. Ahmad, PPPS DG41. Sebelum ini berkhidmat dengan cemerlangnya di SK Slim Village, Slim River selama hampir 3 tahun. Kini untuk kali kedua dalam perkhidmatannya pulang semula ke Perak Tengah. Syabas dan tahniah atas kecemerlanganya sebelum ini. Moga kecemerlangan beliau akan dapat diteruskan terhadap anak bangsa seagamanya dibumi berpijak Lambor Kanan.

3. Cik Kuet Mee Ling, PPPS DC41 Opsyen Pra Sekolah. Sepertimana ketahui sekolah ini mempunyai 2 kelas Pra Sekolah yang diberi nama Manja 1 & Manja 2. Beliau yang pada awal tahun ini merupakan Guru Pelatih Praktikum bagi Ambilan KPLI Institut Perguruan temenggong Ibrahim. Kehadiran sekuntum bunga , kini menceriakan sang kumbang yang saban kali merana. Peluang dan pengalaman yang akan ditimba sebanyak mungkin ini, kelak akan menjadikan Cikgu Mee Ling sebagai Guru Pra Sekolah Cemerlang satu masa nanti.

Kami seluruh warga SK Lambor Kanan mengalu-alukan kehadiran ketiga-tiga insan ini agar menjadi pemangking Visi Dan Misi sekolah terus dapat dicapai seperti yang disasarkan.

Walaubagaimana pun, pihak sekolah turut kehilangan 2 insan yang pernah menabur jasa di sekolah ini.

1. Pn. Hjh. Normala bt. Bahtiar, PPPLD DGA32 Guru Media merangkap SU Peperiksaan. Beliau merupakan 'Super Senior' sebelum ini di Lambor Kanan. Malah hakikat sebenar, beliau telah pun mempunyai cucu (anak kepada bekas anak muridnya) di sini. 23 Tahun suatu jangka masa yang tidak boleh diukur, betapa banyaknya pengalaman beliau di sini. Segala-galanya dalam pengetahuan atau ertikata lain dalam handbag beliau sahaja mengenali sekolah ini. Beliau ditukarkan dengan jawatan kenaikkan pangkat sebagai GPK Hal Ehwal Murid, SK Simpang Tiga, Parit. Syabas dan tahniah khas dari kami.

2. Ust Fikri Hakim, walaupun beliau hanya berkhidmat selama kurang lebih 10 bulan sahaja selaku GTPI (Guru Tambahan Pendidikan Islam) akan tetapi pengalaman amat bermakna kami bersamanya. Saling kongsi pelbagai bahan dan makumat, juga ceria bujangnya sering membuatkan rakan setugas tidak gusar mohon pertolongan darinya. Kini dikhabarkan sedang menunggu keputusan kemasukkan KPLI Ambilan 2011. Kami iringi doa agar beliau akan berjaya terpilih dan akhirnya kelak akan hadir kembali di sekolah ini menabur bakti. "Leh, jangan risau, bunga di Lambor Kanan ini makin bertambah, cuma waspada cabarannya juga makin tinggi."- jangan marah..... yang penting buktikan usaha anda. Anak dara @ Pendidikan Khas dan Pra Sekolah pula, amoi lagi gitu....

Jasa kalian tetap disanjung , maaf zahir dan batin. Moga keberkatan dan keredhoaan Allah mengatasi dan mengiringi kalian. Amin ya Rabb.

Thursday, January 6, 2011

Blogger sksv kini, berkhidmat di SK Lambor Kanan

RABU , SK Lambor Kanan hari ini menerima seorang lagi tenaga pengajar Pendidikan Islam PPPLS DG41 , Ust Sharifuddin b. Ahmad. Beliau yang sebelum ini telah berkhidmat menabur bakti di SK Slim Village, Slim River, Perak telah melapor diri untuk berkhidmat di sekolah ini. Kehadiran beliau amat dinantikan dalam merealisasikan wawasan pendidikan Islam.


Kami warga sekolah amnya, Panitia Pendidikan Islam khususnya mengucapkan 'Ahlan Wasahlan' selamat datang kepada beliau dan diharapkan pengalaman beliau diperantauan sebelum ini akan dapat dikongsi bersama warga Lambor Kanan. Beliau yang sebelum juga tidak asing di Perak Tengah kerana pernah berkhidmat di SK Selat Pulau, Kg Gajah pada tahun 2005-2007.

**jika sebelum ini beliau pernah mengajar bersama zaujah ana. Kini walaupun sudah berhijrah ke Batang Padang, namun pulang semula Perak Tengah bersekolah pula dengan ana. Alfun mamruq. Sama-samalah kita kongsi pengalaman mendidik anak2 didik disini.

Monday, January 3, 2011

2011 : Azam & semangat baru, mantap dan terus maju

Alhamdulillah, hari pertama yang disirami hujan lebat diperkarangan sekolah menjadikan suasana ceria bersemangat baru. Kehadiran ibu bapa memimpin anak2 mereka terus damai mengharapkan ilmu teras pendidikan dalam diri masing-masing.

Guru kelas antara yang paling sibuk melayani ibu bapa dalam sesi pembayaran yuran dan pelbagai kelengkapan. Pengajaran dan pembelajaran murid2 juga dijalankan terus mulai jam 9.15 pagi dengan semangat jitu guru dan murid2.

Moga harapan baru ini menjadi pemangkin kecemerlangan teguh dalam diri insan yang kelak menjadi pemimpin agama, bangsa dan negara.

Tuesday, September 21, 2010

Ahlan wasahlan Ya Mudir Cikgu Ahmad Safri

ISNIN 20.9.2010, Suasana perhimpunan pagi ini kelihatan tenang dan dingin mengalu-alukan kehadiran Tuan Guru Besar baru kami iaitu En. Ahmad Safri b. Ismail. Selamat datang diucapkan kepada beliau diatas pertukarannya dari SK Selat Pulau, Kg. Gajah. Beliau berasal dari Kampung Telok Sareh, iaitu kampung bersebelahan dengan Kg Lambor Kanan ini.

Dikesempatan perhimpunan ini , beliau diberikan untuk memberikan ucapan sulung dan amanat khas buat seluruh warga sekolah termasuk suntikan akhir calon UPSR 2010. Ucapan yang disampaikan membuka lembaran baru dan harapan kekuatan semangat kerja berpasukan demi mencapai matlamat pendidikan yang gemilang terutama anak-anak bangsa SK Lambor Kanan.

Tahniah kami ucapankan moga kehadiran cikgu kan hadirnya semangat baru.

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN