Showing posts with label NASIHAT. Show all posts
Showing posts with label NASIHAT. Show all posts

Thursday, April 1, 2010

Apalagi hujah PEROKOK , udah...udah le merokok...


"Sembunyi perbuatan Merokok dari Bini macam sembunyi bini muda ?"

Kisah 1;
Saya pernah bertanya pada seorang sahabat sama ada isterinya tahu dia merokok atau tidak. Dia memberitahu ana bahawa isterinya tidak tahu dia merokok. Dia kata dia hanya merokok di pejabat sahaja, dah berbelas tahun dia kahwin tetapi isterinya tak tahu dia merokok. Bila nak balik, rokok dan pemetik api akan ditinggalkan dalam laci. Ana tanya padanya sama ada dia pernah "kantoi" tak ngan isteri dia. Dia kata tak pernah lagi. tapi dia ada satu cerita yang dia pernah tipu bini dia pasal rokok. satu hari Isteri sahabat ana ni tercium baru rokok dari tubuh sahabat ana ketika sahabat ana baru balik dari opis.
Isteri: Abang! kenapa bau rokok ni ? abang isap rokok ye...?
Usop: huuuuuusssh....(sambil pura-pura mencium bajunya), ini yang susahnya kawan-kawan isap rokok kat dalam bilik ni. Dahlah bilik abang ber"Aircond", dah melekat bau rokok dia orang kat baju abang.....
Isteri: Lain kali abang janganlah berkawan atau pun bagi kawan-kawan abang isap rokok kat dalam bilik abang.
(Kawan-kawan juga kena jual, pada hal dia yang merokok....)

Kisah 2:
Kisah ini pasal kisah ana dengan bos Ana. Bos ana ni pun isteri dia ingat dia dah berhenti merokok. Dia kata kat ana, isteri dia tak tau dia masih merokok, kalau isteri dia tau, nahaslah dia. Satu hari dia suruh ana tolong belikan sekotak rokok dekat dia. Dia bagi duit RM 50.00 kat ana. Ana ni sebenarnya memang pantang orang suruh tolong belikan rokok. Kalau keluar makan ngan kawan-kawan, dan ana yang belanja, ana akan bayar semua makan minum, tetapi kalau ade yg terambik rokok, harap maaf, "Sila bayar rokok tu sendiri" walau pun sebatang.
Bos: Duan! Hang pi tolong belikan aku rokok dunhill 20 batang (sambil menghulurkan wang kertas RM50.00)
Ana: mmmmmmm..... maaf datuk! sebenarnya..... masa saya kecil-kecil dulu mak saya selalu larang saya pergi kedai kalau bapa saya suruh saya tolong belikan rokok. Sampai sekarang saya masih ingat dengan pesanan mak saya itu. Bapa saya suruh pun saya tak pi belikan. maaf ye datuk....
Datuk: mmmmmmmmmmmm..... tak pe lah.....

Kisah 3:
Seorang sahabat yang merokok memberitahu pada ana bahawa isteri dan anak-anaknya tahu dia merokok. Isterinya tidak kisah dia merokok di rumah. Satu hari, dia sedang menghisap rokok didalam biliknya di pejabat. Saya berada bersamanya kerana berbincang tentang satu perkara. Tiba-tiba, tel;efon berdering dan dia pun menjawab panggilan. Sambil menjawab panggilan dia menghisap rokok. Tanpa kami sedari, tiba-tiba isterinya datang dan terus mencabut rokok di tangannya dihadapan ana. Sahabat ana tergamam dan tidak mampu berkata apa-apa. Barulah ana tahu rupanya selama ini isterinya tidak tahu dia merokok.(Orang nie skrg dah jadi YB pun.... hehehe)

Thursday, April 23, 2009

Memupuk nilai Keikhlasan dalam kehidupan seharian

Muhasabah Diri : Antara minat, tanggungjawab, pengiktirafan, dikudakan & amanah yang diberi.

Setiap orang mendakwa kewajipan melebihi masa yang ada. Masing-masing mendakwa kerja-kerja jemaah yang dilakukan terlampau banyak sehingga tidak mampu untuk menambah kerja lagi. Hasil dari kerja yang banyak itu ialah kelewaaan dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberi. Program yang dirancang di buat sambil lewa. Mesyuarat lambat sampai, setiap keputusan dilaksanakan dalam keadaan lembab.

Gejala inilah yang melanda kepada penulis sebulan dua ini. pada mulanya pelbagai alasan yang diberikan..tetapi setelah difikirkan sampai bila aku hendak beralasan. Kesilapan datang dari diri sendiri, jadi kesilapan ini perlu diambil pengajaran dan iktibar untuk akan datang. Antara kesilapan yang tidak patut dilakukan oleh insan yang ingin bergelar pejuangan Islam ialah sikap melengah-lengahkan masa.

Alasan boleh dicipta untuk melepaskan diri. Orang munafik yang tidak menyertai peperangan tabuk membuat pelbagai alasan untuk mendapat pembebasan daripada Nabi SAW. Tetapi macam mana di akhirat nanti.? Mampukah kita berhujjah di hadapan Allah SWT.! Jadilah seperti Kaab bin Malik yang mengakui kesilapan sehingga mendapat pujian daripada Allah SWT. Bahkan kisah beliau bersama 2 sahabatnya lagi dipuji sehingga hari kiamat.

Melengah-lengahkan masa bukan untuk kerja jemaah semata-mata bahkan untuk urusan lain juga tidak digalakkan. Ini semua akan menyebabkan kerja akan bertimbun. Kemudian mula timbul ketidakcukupan masa dan waktu dalam melaksanakan semua gerak kerja. Timbul pula penyelesaian sambil lewa dan lari dari konsep Islam yang sebenar.

Islam mengajar penganutnya menepati waktu. Allah cukup murka terhadap hambaNya yang melengah-lengah waktu sembahyang. Manifiestasi daripada itu ialah kepentingan untuk seseorang itu melaksanakan setiap agenda pada waktunya. Jangan tertangguh-tangguh kerana kita tidak tahu gerak kerja yang akan datang.

Pelaksaan keputusan secara sambil lewa juga menyalahi amalan perlaksaan Nabi SAW. Allah SWT begitu mengasihi setiap hamba yang melaksanakan sesuatu tugasan dengan tekun dan cemerlang.

Tugasan yang diterima bukan untuk dibanggakan. Tetapi tugasan ini adalah sebagai tanda kita sanggup bekerja untuk Islam. Slogan bekerja untuk Islam bukan sekadar melaksanakan setiap agenda tanpa mengkaji strategi dan bentuk perlaksanaan. Tetapi slogan Bekerja Untuk Islam perlu digarap dan dirancang agar setiap agenda mencapai objektif dan Visi perjuangan Islam.

Keikhlasan pejuangan perlu diselarikan dengan sistem kerja yang berkesan, sistem perancangan yang mantap, kesediaan untuk ditegur untuk diperbetulkan pada masa akan datang. Semua ini akan menghasilkan satu kekuatan dan kemajuan dalam gerak kerja untuk memartabatkan Islam.

Perjuangan ini bukan hanya digerakkan dengan semangat semata-mata. Tetapi perjuangan ini akan berterusan dengan kesedaran. Kesedaran semata-mata tidak mampu untuk memartabatkan Islam. Tetapi kesedaran ini perlu disatukan dengan sistem organisasi yang mantap dan berkesan.

Jangan mudah mencipta alasan untuk mengelak dari Bekerja Untuk Islam. Pesanan dari seorang Tok Guru tentang kesibukan masa sehingga tidak sempat untuk melaksanakan agenda perjuangan Islam. Jawab Tok guru mudah sahaja Sebenarnya siapa yang menyebut tiada masa masih ada masa menyebut tiada masa.

Sebab itulah kadang-kala penulis merasa malu untuk mengaku tidak sempat melaksanakan kerja. Penulis bukan sempat tetapi disiplin penulis dalam bekerja perlu diperkemaskan lagi.

Kalau orang lain mampu, kenapa kita tidak

Ya Allah Ya Tuhanku, Kurniakan kekuatan kepada kami untuk terus bekerja melaksanakan arahanmu Ya Allah. Jauhkan dari diri kami sifat leka, lalai, lengahkan masa Ya Allah, masukkan kami dalam kalangan mereka-mereka yang diredhai oleh Mu ya Rabb

Petikan artikel : www.attakiri.blogspot.com

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN