Showing posts with label DOA HARAPAN. Show all posts
Showing posts with label DOA HARAPAN. Show all posts

Friday, May 15, 2009

SEMUA GURU ADALAH TERBAIK IDOLA ANAK MURID

KEPUTUSAN PENUH PILIHAN MURID 2009
Bingkisan Buatmu Guru
Jadilah seorang guru yang
hadirnya ditunggu
hilangnya dirindu
ilmunya diburu
nasihatnya diseru
tingkahlakunya ditiru
TAHNIAH & SYABAS buat pemenang ANUGERAH.

Monday, December 8, 2008

MOHON DOAKAN BERSAMA KEJAYAAN KAMI & WARGA PENDIDIK LAMBOR DI OUM KINI

Dikesempatan ini admin dan pasangannya mohon mendoakan bersama untuk dipermudahkan seterusnya memperolehi kejayaan di final exam OUM 2005/08.
Bagi pihak sahabat-sahabat warga Lambor jua (2 org) gurunya yang lain juga memohon untuk dipermudahkan menjawab di exam sem ini.

'Semoga ALLAH akan memberikan ruang yang lebih baik buat warga kerja untuk terus maju memperolehi kejayaan yang gemilang.'

Tuesday, October 21, 2008

YA ALLAH SIHATKAN WARGA PENDIDIK & STAF SKLKn

Ya Allah Ya Maha Pemberi Penawar bagi segala penyakit, Dikau sihatkanlah warga kerja SKLKn ini dari segala penyakit samaada yang jelas mahupun tidak nyata...Ampuni dosa - dosa kami dan kiranya dosa kami ini besar, jangan Dikau uji kami dengan ujian yang tidak dapat kami hadapi. Amin Ya Rabb.

Hari ini tiada Ustazah Sabtiah??? setelah beberapa ketika barulah sedar hasil maklumat tepat menyatakan bahawa beliau sedang ditahan di wad perempuan, Hospital Changkat Melintang. Hasil risikan menyatakan sedikit salah makan, lalu dalam keadaan geram lipan pula 'mengetit' dan berakhir dengan naik darah (Darah Tinggi) lak. So perintah doktor perlu diakur lalu direhatkan seketika di wad. Moga Allah akan menghadirkan kesihatan utknya.

Manakala Usth Nurulshareen pula (gambar pilihan okt) sedang berurusan di Hospital Besar Ipoh. Ini lain kisahnya sedikit ujian dari ALLAH bagi suaminya dalam usaha mendapatkan rawatan lanjut mengesan penyakit.Moga ALLAH akan permudahkan hasil usaha dan doa hamba-hambanya. Amin Ya Rabbb....ShafakaLLAHu......

Monday, October 20, 2008

SAMA-SAMA KITA DOAKAN KESIHATAN BELIAU

Seorang warga SKLKn kini sedang bercuti bagi tujuan perubatan atas penyakit yang sedang dihidapi. Beliau yang kini berjawatan sebagai Pekerja Swata sedang berhadapan dengan satu penyakit kronik ditahap 4. Kini sedang bercuti tanpa gaji oleh majikan beliau atas faktor beliau yang kini bergaji hari...

Kami warga pendidik telah pun sama-sama menghulurkan sumbangan terhadap beliau dan keluarga dan bekalan doa untuknya agar kembali seperti sediakala. InsyaALLAH kami mengharapkan beliau tabah dalam menempuh ujian yang menimpa beliau kini.

salam takzim daripada http://sklamborkanan.blogspot.com/

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN