Showing posts with label KONGSI BERSAMA. Show all posts
Showing posts with label KONGSI BERSAMA. Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

Borang Semakan Penilaian & Rumusan PAFA 2012

Bersama-sama ini adalah Borang Semakan Penilaian dan Rumusan PAFA bagi tahun 6 sekolah-sekolah.

Ianya perlu diupdate untuk tindakan dan simpanan Panitia Pendidikan Islam.

Friday, March 9, 2012

Suatu resam penjawat awam, perpindahan atas keperluan.

SK Lambor Kanan tidak terkecuali dalam penarikkan dan penambahan guru-guru di musim 3 bulan yang pertama ini. Pergerakkan mereka ini adalah memenuhi keperluan perkhidmatan dan sesungguhnya penghijrahan suatu pengorbanan. Diawal tahunnya kami menerima 2 orang guru lelaki dan kini 2 orang guru seorang Penolong Kanan dan seorang Ustazah j-QAF beralih ke destinasi baharu dalam perkhidmatan mereka.

Tn Hj Ibrahim (Guru j-QAF) dari SK Pengkalan Baharu, Pantai Remis

Cikgu Wan Faizan (Guru Pra Sekolah) dari Sabah

Semoga yang hadirkan membawa iltizam baharu dalam menjadi kecemerlangan pendidikan dan yang berpindah pula juga memantapkan kecemerlangan sedia ada untuk dikongsi bersama sekolah mereka.
Tn Hj Raduan (GPK Koku) ke SK Parit

Ustazah Nawal Zaki (Guru j-QAF) ke SK Raja Chulan, Pulau Tiga, Kg Gajah

Kami mohon maaf dari kami Kelab BAGUS SK Lambor Kanan. Ukhwah kekal dan terus berbakti.

Saturday, January 21, 2012

PM: SBPA mesti puaskan semua pihak sebelum dilaksana

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perdana Menteri berkata skim baru berkenaan mestilah mendapat kepuasan semua pihak sebelum dilaksanakan. "Kerajaan akan pertimbangkan sebaik-baiknya agar ia memberi kepuasan kepada semua," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama penjawat awam negeri Pahang di Kuantan hari ini. Turut hadir bersama hampir 7,000 penjawat awam itu ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah. Najib berkata kerajaan amat prihatin terhadap sebarang rasa tidak puas hati dan dakwaan kepincangan sistem baru itu dan bersedia menimbang rayuan yang dibuat dalam menambahbaikan sistem berkenaan. Perdana Menteri baru-baru ini mengarahkan SBPA disemak semula untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan pihak-pihak tertentu. Berikutan itu, satu pasukan petugas ditubuhkan dipengerusikan Ismail yang juga bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berdasarkan pengalaman luas beliau dalam hal berkaitan perkhidmatan awam. Najib berkata kerajaan juga bersedia menimbangkan pemberian gaji yang lebih kepada penjawat awam, bagaimanapun ia perlukan dikaitkan dengan peningkatan produktiviti mereka. "Kerajaan boleh bagi tambahan gaji dan bonus tetapi ia perlu dikaitkan dengan produktiviti yang tinggi, kalau ekonomi menguncup, mana nak bagi kenaikan gaji dan bonus?," katanya. Beliau berkata penjawat awam dilihat sebagai kumpulan yang amat penting dalam pentadbiran negara kerana apa jua dasar dan agenda besar bergantung kepada peranan serta sumbangan mereka. "Penjawat awam adalah sekumpulan dalam pentadbiran negara, penting kerana apa agenda besar negara yang hendak dibawa kerajaan pada kesudahannya, kesampaiannya, bergantung kepada peranan dan sumbangan penjawat awam di seluruh negara, sama ada di peringkat pusat atau negeri," kata Najib. Perdana Menteri berkata kerajaan juga sedang dan akan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan menggunakan strategi baru yang perlu didukung penjawat awam bagi mencapai impian menjadikan Malaysia sebuah negara maju. "Menjelang fajar 2020, kita hendak mencapai sebuah negara maju, saya anggap wawasan yang dibuat (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai satu impak kepada negara, itulah yang kita sambut ketika itu, dan kurang daripada 10 tahun, kita nak capai negara maju, inilah cabaran kepada kita," katanya. Najib berkata kerajaan yang ketika ini melaksanakan pelbagai transformasi baru, juga melaksanakan pelbagai strategi baru bagi mencapai hasrat berkenaan. "Ada kalanya strategi yang digunakan dahulu (pimpinan sebelum ini) baik dan tepat tapi strategi itu menjadi kekangan (pada masa ini) dalam usaha kita untuk mencapai pertumbuhan yang lebih tinggi," katanya.

Justeru, Najib berkata pendekatan di bawah kepimpinannya ketika ini adalah menggunakan strategi yang dilihat mampu untuk mencapai kesinambungan dan harapan kepimpinan sebelum ini, dan ia perlulah didukung semua pihak terutamanya penjawat awam. Dalam ucapannya itu, Najib turut menyentuh berkenaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang menurutnya rakyat dilihat lebih "senang" menerima bantuan sedemikian berbanding bantuan yang tidak dilihat dalam bentuk wang tunai, misalnya pemberian subsidi dan kemudahan prasarana yang dilaksanakan kerajaan.

"Bajet 2012, short term, selagi tak merasa (wang), tak puas hati, jadi kita putuskan beri BR1M. Bila kita tolong (beri) subsidi (kepada barang keperluan), itu (dilihat sebagai) perkara biasa, subsidi bertambah kepada RM22 bilion untuk bantu rakyat bagi tahun ini," katanya. Najib berkata pemberian BR1M sebenarnya bertujuan membantu golongan rakyat yang susah dan ia terjemahan daripada slogan 1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan".

"Kalau kita hendak berjaya dalam abad ke-21 ini, ide kita mestilah lebih baik daripada orang lain bagi mencapai transformasi besar, namun kita mestilah berpijak di bumi nyata. "Kalau dah terbukti (kepimpinan kerajaan Barisan Nasional), kalau dah proven (rakyat) tak perlu tolak. Apa yang perlu adalah kepada penambahbaikan, (rakyat) janganlah tolak sesuatu yang sudah terbukti (kepimpinan pemerintahan). "Saya tak kata kita (kerajaan sedia ada) perfect. Kalau tak betul, kita akui dan kita buat penambahbaikan dalam semua perkara," katanya.

Sumber : malaysiakini.com/bm

Friday, April 8, 2011

Jika Guru yang lakukan ANDA pasti di POLLkan...

KANGAR: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan, di sini, bertindak kurang ajar apabila menumbuk muka seorang guru perempuan sehingga mangsa patah hidung, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, guru berkenaan dipercayai baru saja selesai mengajar subjek Sejarah sebelum keluar menuju ke bilik guru.

Difahamkan, suspek berang selepas guru terbabit Mariati Mat Ail, 37, ingin membawanya ke bilik guru disiplin selepas suspek didapati bergaduh di koridor sekolah itu.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Negeri Perlis (JPNPs) berkata, mangsa terserempak dengan satu pergaduhan di mana suspek sedang membelasah seorang pelajar tingkatan satu di kaki lima sekolah itu sebelum cuba menyuraikannya.


“Mangsa menarik suspek yang pernah dibuang sekolah untuk dibawa ke bilik guru disiplin kerana membelasah pelajar berkenaan.


“Suspek yang enggan dibawa ke bilik itu tiba-tiba melepaskan satu tumbukan kuat tepat ke muka guru itu yang mengenai hidung mangsa,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, semalam.

Katanya, hidung mangsa patah akibat tumbukan berkenaan menyebabkan mangsa pening sebelum terjatuh.

“Sambil menekup hidungya dengan kain, mangsa mengagahkan dirinya untuk bangun dan pergi meminta bantuan daripada rakannya yang berada di bilik guru sekolah itu.

“Suspek yang menumbuk mangsa kemudian melarikan diri sebelum mangsa pergi mendapatkan rawatan kecemasan di HTF dan membuat laporan polis kira-kira jam 4 petang, semalam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros ketika dihubungi berkata, suspek berusia 14 tahun ditahan kira-kira jam 5 petang semalam sebaik saja menerima laporan mangsa.

Katanya, suspek sebelum itu membelasah seorang pelajar tingkatan satu sekolah berkenaan kerana tidak berpuas hati masalah peribadi sebelum disuraikan mangsa.

SAKIT...Mariati menutup hidungnya yang patah akibat ditumbuk pelajar sendiri.

“Mangsa cuba menyelamatkan pelajar tingkatan satu terbabit sebelum dia ditumbuk suspek di muka.

“Polis memandang serius perkara ini kerana membabitkan kawasan sekolah dan akan menyiasat punca kejadian,” katanya.

Menurutnya, polis menerima dua laporan kejadian itu, daripada guru terbabit dan pelajar tingkatan satu yang dibelasah suspek.

Thursday, January 13, 2011

Hadir dan pergi : 2011 @ sekolah ini


Sepertimana posting terdahulu, blogger sksv melapor diri ke sekolah ini. Namun apa yang pasti hakikat sebenarnya ialah 3 insan pilihan untuk meneruskan khidmat bakti mereka disini.

1. Tn. Hj. Ruduan b. Dahalan, PPPLD DGA32 dari SK Lambor Kiri, kini menjawat jawatan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Beliau telah melapor diri minggu-minggu akhir 2010 lalu setelah pulang dari mengerjakan ibadah haji di Makkah. Berkat doa dan rezeki buat beliau maka jawatan tersebut sebagai hadiah rahmat ketentuan Allah buat tetamu-Nya sebelum ini.

2. Ust Shariffuddin b. Ahmad, PPPS DG41. Sebelum ini berkhidmat dengan cemerlangnya di SK Slim Village, Slim River selama hampir 3 tahun. Kini untuk kali kedua dalam perkhidmatannya pulang semula ke Perak Tengah. Syabas dan tahniah atas kecemerlanganya sebelum ini. Moga kecemerlangan beliau akan dapat diteruskan terhadap anak bangsa seagamanya dibumi berpijak Lambor Kanan.

3. Cik Kuet Mee Ling, PPPS DC41 Opsyen Pra Sekolah. Sepertimana ketahui sekolah ini mempunyai 2 kelas Pra Sekolah yang diberi nama Manja 1 & Manja 2. Beliau yang pada awal tahun ini merupakan Guru Pelatih Praktikum bagi Ambilan KPLI Institut Perguruan temenggong Ibrahim. Kehadiran sekuntum bunga , kini menceriakan sang kumbang yang saban kali merana. Peluang dan pengalaman yang akan ditimba sebanyak mungkin ini, kelak akan menjadikan Cikgu Mee Ling sebagai Guru Pra Sekolah Cemerlang satu masa nanti.

Kami seluruh warga SK Lambor Kanan mengalu-alukan kehadiran ketiga-tiga insan ini agar menjadi pemangking Visi Dan Misi sekolah terus dapat dicapai seperti yang disasarkan.

Walaubagaimana pun, pihak sekolah turut kehilangan 2 insan yang pernah menabur jasa di sekolah ini.

1. Pn. Hjh. Normala bt. Bahtiar, PPPLD DGA32 Guru Media merangkap SU Peperiksaan. Beliau merupakan 'Super Senior' sebelum ini di Lambor Kanan. Malah hakikat sebenar, beliau telah pun mempunyai cucu (anak kepada bekas anak muridnya) di sini. 23 Tahun suatu jangka masa yang tidak boleh diukur, betapa banyaknya pengalaman beliau di sini. Segala-galanya dalam pengetahuan atau ertikata lain dalam handbag beliau sahaja mengenali sekolah ini. Beliau ditukarkan dengan jawatan kenaikkan pangkat sebagai GPK Hal Ehwal Murid, SK Simpang Tiga, Parit. Syabas dan tahniah khas dari kami.

2. Ust Fikri Hakim, walaupun beliau hanya berkhidmat selama kurang lebih 10 bulan sahaja selaku GTPI (Guru Tambahan Pendidikan Islam) akan tetapi pengalaman amat bermakna kami bersamanya. Saling kongsi pelbagai bahan dan makumat, juga ceria bujangnya sering membuatkan rakan setugas tidak gusar mohon pertolongan darinya. Kini dikhabarkan sedang menunggu keputusan kemasukkan KPLI Ambilan 2011. Kami iringi doa agar beliau akan berjaya terpilih dan akhirnya kelak akan hadir kembali di sekolah ini menabur bakti. "Leh, jangan risau, bunga di Lambor Kanan ini makin bertambah, cuma waspada cabarannya juga makin tinggi."- jangan marah..... yang penting buktikan usaha anda. Anak dara @ Pendidikan Khas dan Pra Sekolah pula, amoi lagi gitu....

Jasa kalian tetap disanjung , maaf zahir dan batin. Moga keberkatan dan keredhoaan Allah mengatasi dan mengiringi kalian. Amin ya Rabb.

Thursday, January 6, 2011

Blogger sksv kini, berkhidmat di SK Lambor Kanan

RABU , SK Lambor Kanan hari ini menerima seorang lagi tenaga pengajar Pendidikan Islam PPPLS DG41 , Ust Sharifuddin b. Ahmad. Beliau yang sebelum ini telah berkhidmat menabur bakti di SK Slim Village, Slim River, Perak telah melapor diri untuk berkhidmat di sekolah ini. Kehadiran beliau amat dinantikan dalam merealisasikan wawasan pendidikan Islam.


Kami warga sekolah amnya, Panitia Pendidikan Islam khususnya mengucapkan 'Ahlan Wasahlan' selamat datang kepada beliau dan diharapkan pengalaman beliau diperantauan sebelum ini akan dapat dikongsi bersama warga Lambor Kanan. Beliau yang sebelum juga tidak asing di Perak Tengah kerana pernah berkhidmat di SK Selat Pulau, Kg Gajah pada tahun 2005-2007.

**jika sebelum ini beliau pernah mengajar bersama zaujah ana. Kini walaupun sudah berhijrah ke Batang Padang, namun pulang semula Perak Tengah bersekolah pula dengan ana. Alfun mamruq. Sama-samalah kita kongsi pengalaman mendidik anak2 didik disini.

Wednesday, April 28, 2010

Jelajah Malaysia @ Lambor Kanan


Jam 1 pm 27 April (semalam) SK Lambor Kanan menyaksikan secara live 'jelajah malaysia' peringkat 1 dari Kuala Selangor - Teluk Batik. Kami tidak menjangkakan jalanraya harian kami dijadikan laluan peringkat pertama bagi program Jelajah Malaysia tahun ini.

Kelihatan anggota polis berkejar-kejaran sesama sendiri pada jam 1 pm semalam, salah sebuahnya berhenti betul2 hadapan pintu masuk ke sekolah kami. Menghalang murid untuk pulang menggunakan jalanraya utama.

Apabila ditanya kenapa? lantas beliau menjawab "sebentar lagi team jelajah Malaysia akan melalui jalan ini, sabar ya" maka murid tahap 1 terutamanya berhimpun untuk julung-julung kalinya ditepian jalan bagi memberikan sokongan.


Ibubapa penjaga yang dalam jadual mereka untuk hadir mengambil anak2 masing2 pun sama berbaris memberikan sokongan. Selang beberapa minit pada palathon pertama hadir anggaran sekitar 10 pelumba diikuti 800 meter dibelakang palathon besar dalam jumlah 90 pelumba. Juga mengiring pelumba adalah skuad keselamatan dan pengurusan yang meriah dengan sorakkan semangat. Moga murid-murid yang menyaksikan kegigihan pelumba dengan berbasikal laju selama lebih 4 jam menjadi pendorong untuk terus berusaha memperolehi kejayaan dalam pelajaran masing-masing.

Friday, July 3, 2009

Monday, June 29, 2009

Lancar Kelab Doktor Muda & Ceramah Kesihatan

KELAB DOKTOR MUDA
Hari ini 29 Jun 2009, dua program telah diadakan. Pelancaran Kelab Doktor Muda Peringkat Sekolah telah dilsempurnakan dengan jayanya. Tuan Guru Besar telah berkenan merasmikan penubuhan kelab tersebut yang dianggotai 20 orang pelajar terdiri dari pelajar Tahun 5 & 4. Acara yang ringkas dan penuh simbolik telah diadakan ketika berlangsung Perhimpunan Pagi ini.

CERMAH KESIHATAN 'INFLUENZA A'
Jam 11 pagi kami dikejutkan seumpama kejutan Virus terkini melanda seluruh dunia. Kehadiran Staf Jabatan Kesihatan Cawangan Lambor Kiri hadir untuk menyampaikan slot penerangan Khas berkaitan 'Virus Influenza A' yang menyerang dunia kini.

Moga segala usaha yang telah dilaksanakan pada hari ini akan menjadi input besar buat kita ummah yang seharusnya MELEBIHKAN RASA BERSYUKUR KITA BUAT ALLAH RABBUL JALIL.

Wednesday, June 3, 2009

Portal KGUMB Perak Tengah dilancarkan

klik alamat dibawah untuk ke portal berkenaan

Tahniah & syabas , kepada admin http://www.piptgh.myportal.my/ - Ust Abdul Rashid (SK Bota Kanan) diatas iniseatif beliau untuk menjana portal tersebut. Moga dengan kewujudan portal ini dapatlah kiranya memberi info dan perkembangan tentang aktiviti Kesatuan Guru Agama Malaysia Barat Cawangan Perak Tengah dari masa ke semasa.

SELAMAT MAJU JAYA!!!

Thursday, May 7, 2009

9 Pembaziran Kerap dilakukan

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

Ilmu pengetahuan - Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan - Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan - Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati - Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan - Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta - Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa - Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal - Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir - Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Wallahualam

Realiti Kehidupan Negaraku Kini

Artis dijulang, doktor dan guru pula dicemuh

ANUGERAH Industri Muzik (AIM) kali ke-16 baru sahaja melabuhkan sauhnya. Artis-artis yang ditabalkan sebagai pemenang dalam kategori masing-masing pulang dengan hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Pengiktirafan demi pengiktirafan dihamparkan kepada golongan artis atas jasa menghiburkan pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua mahu pun muda.

Malah artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara telah meraih sebanyak lebih daripada 150 anugerah seni dalam dan luar negara hasil daripada nyanyiannya yang berjaya menghibur para pendengar.

Terbaru, Tomok pula dianugerahkan dengan ganjaran RM1 juta kerana memenangi pertandingan One In A Million.

Meet Uncle Hussain juga tidak kurang hebatnya apabila telah mengungguli tiga anugerah hiburan berprestij tahun ini iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23, Anugerah Bintang Popular dan AIM ke-16.

Di sudut yang lain, doktor yang bergadai nyawa siang dan malam menyelamatkan nyawa ribuan manusia jarang diberi penghormatan sebesar itu, malah sering dipersalahkan atas kelemahan dan kecuaian yang berlaku.

Mungkin tidak ramai yang prihatin apabila para doktor dan jururawat sentiasa berada di barisan hadapan setiap kali negara dilanda wabak penyakit yang merungsingkan semua.

Lihat sahaja ketika ini, di saat seluruh dunia bimbang akan penyebaran virus influenza A (H1N1), para doktor berkorban nyawa, menanggung risiko kemungkinan dijangkiti wabak itu, apabila mereka dipertanggungjawabkan dengan tugas memeriksa setiap pelawat yang tiba di pintu masuk utama negara.

Mereka dikerah bertugas siang dan malam semata-mata bagi mengawal penyebaran wabak ini kepada rakyat Malaysia.

Perkara serupa juga berlaku ketika negara diserang virus JE dan virus Nipah. Para doktor dan jururawat jugalah yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia, sehingga ada di kalangan mereka yang turut dijangkiti virus itu.

Selayaknya para doktor dan jururawat diberi penghormatan yang sebesar-besarnya atas jasa bakti menyelamatkan seluruh warga negara Malaysia tanpa mengira kaum dan ikutan agama daripada dijangkiti penyakit berbahaya ini.

Kecuaian yang mungkin dilakukan oleh sesetengah pengamal perubatan tidak wajar dijadikan alasan untuk memperlekehkan mereka, sehingga seolah-olah segala jasa bakti kepada negara dilupakan begitu sahaja.

Sebagai manusia biasa yang tidak maksum, semua perlu sedar bahawa kekurangan dan kealpaan merupakan sifat semula jadi manusia. Malah yang afdal, segala kelemahan dan kecuaian yang berlaku diganti dengan usaha-usaha penambah baikkan untuk manfaat bersama.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ''Semua anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat, berhenti daripada melakukan kesalahan itu.''

Golongan guru juga sering menerima nasib yang sama. Setiap kali pelajar dihukum kerana kenakalan anak-anak, mereka dihujani dengan pelbagai tohmahan dan kata-kata nista. Masyarakat kelihatan alpa dengan cabaran dunia pendidikan masa kini yang jauh berbeza daripada zaman lalu.

Sering kali dilaporkan berita murid membelasah guru dan tidak kurang juga terdapat laporan-laporan yang melibatkan salah laku guru. Semua ini berlaku kerana faktor persekitaran yang turut menyumbang kepada masalah yang berlaku.

Oleh itu, ungkapan guru umpama lilin, membakar diri untuk kebahagiaan orang lain selayaknya dihayati dengan rasa tanggungjawab bersama. Ini kerana tugas memberi pendidikan tidak hanya terbatas kepada guru di sekolah sepenuhnya.

Ibu bapa juga wajar memainkan peranan sebagai pendidik kepada anak ketika mereka di rumah. Malah jika diteliti, mereka lebih lama berada di rumah berbanding di sekolah yang hanya memakan masa lebih kurang tujuh hingga lapan jam sahaja sehari.

Ibu bapa juga disaran menjadi contoh teladan terbaik kepada anak-anak dengan sentiasa melakukan ketaatan dan kebajikan.

Amalan solat berjemaah bersama seluruh ahli keluarga selain dapat merapatkan hubungan dengan Allah SWT juga mampu menjadi mekanisme terbaik kepada pendidikan anak-anak.

Tulisan ini tidak bermaksud untuk menyatakan isu betul dan salah, sebaliknya marilah kita seluruh warga negara atas prinsip One Malaysia, bersama berganding bahu memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku.

Amalan menuding jari menyalahkan orang lain tidak akan memberi apa-apa kebaikan untuk kejayaan bersama. Adalah lebih manis jika cadangan-cadangan penambahbaikkan disalurkan kepada pihak-pihak tertentu agar perkara serupa tidak berulang kembali.


MOHD. ALI MUHAMAD DON
Pensyarah Pusat Pemikiran
dan Kefahaman Islam
UiTM Kampus Bandaraya,
Johor Bahru

Friday, May 1, 2009

Majlis Permuafakatan Kelas Pendidikan Khas - SKLKn

SU melaporkan. Guru Besar sebagai Penasihat Mesyuarat Badan Kebajikan Kelas Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran (PKBP )telah ditubuhkan yang diterajui oleh Tn Hj Bahari sebagai pengerusi. Sebelum pembentukkan PKBP satu Taklimat Khas telah disampaikan oleh En Dzul Hanan Pegawai Khas Pendidikan Khas , PPD Perak Tengah mengenai apa itu sebenar erti kelas pend khas.


Selama ini tanggapan kelas budak cacat adalah salah. Namun hakikatnya ianya adalah satu pendidikan khusus utk murid yg mempunyai ciri mental yg berbeza. Murid2 ini juga boleh berjaya hingga ke tahap yang lebih cemerlang.


Ibu bapa penjaga bersetuju elaun murid rm150 sebulan akan dipotöng rm50 setiap bulan utk kegunaan & keperluan p&p murid serta kebajikan mereka. Pembentangan aktiviti sepanjang tahun akan dilaporkan dari masa kesemasa.

Kehadiran ibu bapa & guru memuaskan.


Mesyuarat Pembentukkan Majlis Permuafakatan ini berakhir pada jam 5.30.

Sekian, wallahualam.


Laporan oleh : Lamborian80

Sunday, April 26, 2009

Bengkel Eduwebtv buat Penyelaras2 Bestari & ICT PKG Bota

Pada 23.4.2009, telah diadakan Bengkel Eduwebtv buat Penyelaras Bestari & ICT Zon PKG Bota. Bengkel ini dianjurkan oleh PKG Bota yang diterajui oleh Pn. Pahlaila. Program ini amat bermakna dengan pengisian yang mantap disampaikan oleh En. Zamhuri b. Tasir dari Unit Penerbitan, Bahagian Teknologi Pelajaran Negeri Perak. Seramai 20 orang peserta telah mengambil bahagian dalam bengkel ini. Moga Ilmu yang diperolehi akan dapat disebarkan buat taulan2 disekolah nanti.Diakhir bengkel Ust Amir selaku Pengerusi Penyelaras Bestari & ICT PKG Bota telah menyampaikan cenderahati tanda ingatan terima kasih buat tuan penceramah.

Saturday, April 25, 2009

Ahlan wasahlan ......


Moga keringat kalian sebagai agen perubah, pendidik, pentarbiah & pendakwah
kearah kejayaan anak2 didik di Lambor Kanan ini.

Pn. Siti Fatimah (BM) daripada SK Telok Bakong
Pn. Aisah (Muzik) daripada SK Felcra Nasaruddin
Pn. Zan (PT) daripada SK Toh Paduka Raja
Pn. Aida (PAP) baru mula bertugas

Tahniah & syabas..... untuk bertugas.

Thursday, April 23, 2009

COKLAT PILIHAN BERLEMAK BABI : PERINGATKANLAH DIRI & ANAK DIDIK...

KEBANYAKAN coklat import dari Eropah dan Amerika Syarikat didakwa mengandungi campuran lemak babi.
coklat lemak mengandungi babi
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR Banyak jenis coklat import bukan sahaja dihasilkan dengan campuran minuman keras tetapi tidak kurang juga yang menggunakan lemak haiwan yang tidak halal termasuk babi.

Dakwaan ini dibuat berasaskan kepada penemuan bahan kimia emulsifier yang dikatakan mengandungi lemak haiwan berkenaan dalam adunan coklat.

Emulsifier secara asasnya agen pewarna, penambah perisa dan memudahkan penyebatian serta menjadikan coklat berkilat.

Orang ramai boleh mengesan dengan mudah mana-mana jenama coklat yang mengandungi emulsifier ini dengan merujuk kepada daftar kod saintifik seperti E-100 hingga E-904 yang biasanya tertera pada belakang pembungkus coklat.

Ada sesetengah jenama coklat hanya mencetak perkataan emulsifier dan ia bahan tambahan daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula mendedahkan, pengusaha coklat di kebanyakan negara Barat lebih gemar menggunakan lemak babi kerana penternakannya meluas terutama di Amerika Syarikat, Denmark, Jerman dan Perancis.

Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, emulsifier memang ada dihasilkan daripada tumbuhan tapi penggunaannya sangat kecil.

Ada juga yang menggunakan lemak binatang seperti lembu tapi itu juga sangat kecil, mereka lebih gemar guna lemak babi kerana kandungan lemaknya sangat tinggi, jelasnya.

Secara saintifiknya, tubuh babi mempunyai hampir 70 peratus lemak.

Tuesday, April 14, 2009

Ambil PERHATIAN dan INGATAN buat KALIAN



Tokoh ulama terkenal, Datuk Haji Abu Hassan Din Al-Hafiz menegaskan, istiadat cukur jambul anak adalah amalan bidaah dan khurafat. Sementara mengukir inai di tangan ala tatoo yang menjadi trend bagi pengantin perempuan masa kini adalah dikutuk dan dilaknat Allah.

Seluruh umat Islam yang pernah terlanjur melakukan perbuatan itu perlu merenung pendapat Datuk Hassan, bekas pegawai Agama Islam di Istana Negara itu.

Download fail berkaitan hukum mengukir inai di tangan dan cukur jambul di : D.I.S.I.N.I.

Wednesday, April 8, 2009

Health tips

Miracle Cure for anything that ails you is as your supermarket shelves

Wednesday, April 1, 2009

HADIRNYA TETAMU YANG MERBAHAYAKAN KAMI...

Tanggal 1 April 2009, warga sklamborkanan menerima kehadiran tetamu. Namun pada kali ini tetamunya sangat misteri dan merbahayakan seluruh warga sekolah dan di alam buana ini. Setelah dijejaki oleh Jawatankuasa Pemburu Sekolah, akhirnya berjaya melaksanakan misi pembunuhan terhadap tetamu tersebut.

Pohon maaf dipinta bagi mereka yang mencintai fauna tersebut. Hakikat yang nyata kiranya tidak melakukan misi tersebut maka sesungguhnya akan terpapar kelak dimuka depan akhbar berbunyi 'Murid Mati Dipatuk Ular'. Alhamdulillah selamat, ketika jam 2.20 ptg maka berjayalah GB sklamborkanan (En. Abu Naim b. Hamzah) menamatkan riwayat tetamu tersebut.

Tetamu yang dimaksudkan itu ialah 'Si Tedung Selar' lihat gambar dipaparan. Iktibarnya ianya diantara kita dan haiwan tersebut banyak perbezaannya sekalipun begitu ramai manusia yang sering saja mengambil sifat haiwan tersebut sebagai peel-perilaku mereka sendiri. Sama-sama kita fikirkan...
jangan kita dikalangan mereka sudahlah. Ok babai...

Monday, December 29, 2008

TAMAN TAMADUN ISLAM, K.TERENGGANU

Lokasi paling sesuai bagi tujuan lawatan sambil belajar khususnya aktiviti Panitia Pendidikan Islam Tahun 2009 ialah di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.




Pelbagai aktiviti yang menarik boleh kita rancangkan untuk membina kekuatan minda dan pengetahuan buat pelajar Muslim di sekolah-sekolah kita.

Dalam keadaan yang bersantai kita boleh mengetahui sejarah perkembangan Islam seluruh dunia terutama negara-negara besar, mengenali tokoh yang terbabit , mengalami sendiri suasana sebenar beberapa Rumah ALLAH dan sirah pembinaannya.

Rancanglah aktiviti yang terbaik buat menambah pengetahuan & jana minda muslim murid-murid kita di tahun 1430H ini InsyaALLAH.
Klik berikut untuk gambaran sekitar yang menarik

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN