Ketagihan Bermentenet (Berinternet) Masa Kini
-
Ketagihan Internet Adakah kehadiran teknologi maklumat dan internet dalam dunia ini telah menjadikan sesetengah kelompok individu menghidapi sejenis penyakit...
Bukti bergambo Datin makan bubur sepoyok beso
-
Salam BSL...
Jutaan time kasih pade Dato Man ( laki datin) dan juge Datin Eda kerane
sempat meraikan kedatangan Ulo Ayo ke Kuala Lumpur.Deme laki bini...
Aidil Fitri Di Perantauan
-
Bertemu lagi setelah lama tak update. Sebuk sikit dengan pelbagai program
dan nak siapkan kerja-kerja penyelidikan di sini. Raya tahun ini adalah raya
pert...
Assalamualaikum.. kepada semua followers blog ini, suka di maklumkan admin utama kami (Ustaz Amir) telah terpilih untuk menyambut panggilan Kaabah. Beliau telah berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 31 Oktober yang lalu bersama - sama dengan isterinya. Marilah kita bersama - sama memanjat doa semoga urusan mereka berdua dipermudahkan.
Alhamdulillah 'Program Lambaian Ka'abah : Duit Raya Ke Tabung Haji' telah memperolehi kutipan luar jangkaan. Seramai 60 orang pendeposit baru (baru buka akaun) dan 39 orang membuat penambahan tabungan. Jumlah kedua2 nya tersebut telah mencapai angka luar jangka.
Moga ini adalah suatu permulaan melangkah menjinakkan hati terhadap kesedaran berusaha melaksanakan tuntutan RUKUN ISLAM KELIMA iaitu Menunaikan Haji Ke BaituLLAHi Haram. Agar ianya dapat diteruskan.
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.....
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.....
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.
Alhamdulillah , program yang telah dirancang berjalan dengan lancarnya. Kehadiran ibu bapa dan penjaga amat memuaskan. Sebagaimana biasa ianya pasti melebihi jumlah kehadiran ketika mana Mesyuarat Agong PIBG dijalankan. Apa yang menariknya pada jamuan aidilfitri SK Lambor Kanan pada kali ini adalah dengan jemputan pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji Cawangan Bota. Kehadiran Tabung Haji kali ini adalah sampingan bersama pelancaran Program Lambaian Kaabah dan Kelab TaHa. Tn.Hj. Roslan selaku Pengurus Tabung Haji Cawangan Bota telah menyampaikan satu slot 'Pengurusan Kewangan Berteraskan ISLAM'. Bukan sekadar jamuan , maka kali ini ibu bapa penjaga dan kami warga SKLKn juga memperolehi cambahan ILMU yang akan memberikan manfaat dan kesedaran buat kami. JK Panitia Pendidikan Islam telah berjaya mendepositkan hasil sumbangan individu2 dan orang ramai kepada 22 orang Anak Yatim & Fakir miskin dengan kadar RM 70 seorang, sebagai deposit membuka akaun Tabung Haji. Terima kasih buat penderma kalian.
Sejurus sahaja pelancaran program tersebut oleh Tn. Guru Besar, maka kaunter Tabung Haji diserbu sebegitu rupa bagi mendaftar sebagai pendeposit Tabung Haji (membuka akaun) sama ada untuk anak2 mahupun untuk diri sendiri. Bermula dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tghri kaunter tersebut tiada hentinya. Dan anggaran kasarnya tidak kurang RM6K - RM7K jumlah deposit yang telah dikumpulkan sebagai tabungan warga SK Lambor Kanan. Alhamdulillah. Juadah bagi jamuan kali ini telah disiapkan secara gotong royong yang dikepalai oleh Ustazah Sabtiah And The Geng. mereka telah bertungkus lumus menyediakan juada tersebut hampir 2 hari 2 malam dan sememangnya berbaloi. bagi set2 pahlawan pula sememangnya tugas dewan, PA system dan kacau mengacau menjadi pilihan. Segala kejayaan program seumpama ini tidak akan berjaya sekiranya tiada KERJASAMA diantara kami satu sama lain. TAHNIAH dan TERIMA KASIH diucapkan buat semua yang terlibat.
Bahawasanya kami Guru-guru negara Malaysia Dengan ini berikrar Mendukung terus cita-cita kami Terhadap tugas kami Dan menyatakan keyakinan kami Pada cita-cita murni pekerjaan kami Kami akan berbakti Kepada masyarakat Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara Kami mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara Pada setiap masa.