Showing posts with label CEMERLANG. Show all posts
Showing posts with label CEMERLANG. Show all posts

Thursday, November 14, 2013

UPSR 2013 : Alhamdulillah dan tahniah.

Alhamdulillah, prestasi SK Lambor Kanan meningkat dengan pencapaian yang memberangsangkan. Walaupun purata kedudukan dalam Daerah Perak Tengah pada no. 12 dan 212 dalam keseluruhan Negeri Perak, ianya membanggakan.

Syukur Alhamdulillah
Pencapaian Bagi Bahasa Melayu Penulisan 100% , Bahasa Melayu Kefahaman 100%, Matematik 95.8%, Sains juga 95.8% manakala Bahasa Inggeris 62%.

Sekalung tahniah dan syabas buat seluruh warga kerja SK Lambor Kanan, baik pihak pengurusan , tenaga pendidik , staff sokongan dan semua yang bersangkutan dalam memberikan kejayaan sederhana ini.

Tokoh Murid memperolehi 5A - Nur Hayatul Asma
5A - Nur Hayatul Asma yang juga selaku Tokoh Murid 2013

Memendam rasa
suka duka tangis hiba
kenangan bersama yang berjaya
kejayaan bersama 2013

Pencapaian 5A
Pencapaian 3A
5A , 4A1B & 3A2B - SK Lambor Kanan 2013
Semoga mereka yang berjaya akan terus memacu kejayaan dunia akhirat manakal yang kurang bernasib baik, ANDA juga ada KEJAYAAN di masa yang mendatang. USAHA dan TERUS BERUSAHA.

Monday, June 1, 2009

Catatan Kehidupan Pelajar Cemerlang Yang MESTI DIMILIKI & DIBACA

Setelah memiliki buku 'Catatan Hati Nik Nur Madihah' dan menonton VCD 'Rahsia Kejayaan Nik Nur Madihah' (pelajar terbaik SPM 2008), jiwa saya tersentuh dengan jutaan kepayahan yang telah dihadapi oleh dirinya dalam memperolehi kejayaan cemerlang.

Kini setelah membaca 'Catatan Hati Nik Nur Madihah' pula, maka jelas kepada kita bahawa tiada halangan dan rintangan yang kita lalui melainkan kita perlu berpegang teguh kepada Aqidah yang tulen terhadap ALLAH yang Maha Pencipta.

Buku ini MESTI dibaca oleh kita insan pendidik bagi menjadikan suatu lontaran ILMU yang mendalam buat anak2 didik yang dipertanggungjawabkan kepada kita seharian. Panduan buat ibu bapa dalam melahirkan insan cemerlang dimuatkan.

"Memberi rezeki yang halal dari yang halal seperti orang mencari sesuatu yang terbaik dari yang baik" - prinsip Ayah Nik Nur Madihah.

Kematangan Madihah dalam berbicara & nukilan catatan hatinya jelas dapat dihayati oleh kita yang membaca atau menonton VCD tersebut. Usaha menampilkan contoh kejayaan seumpama ini dikalangan golongan remaja amat baik dan diharapkan ianya akan menyentuh perasaan kita setelah menjadi pembaca & penonton VCD ini.
- sklamborkanan.blogspot.com

Friday, March 13, 2009

KECEMERLANGAN & GAYA PEMBELAJARANMU INSPIRASI KAMI

KOTA BHARU, 12 Mac - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.

Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini. Image

Dengan keputusan itu Nik Nur Madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di Kelantan dalam peperiksaan terbabit.

Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).

Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 memperolehi keputusan 17A.

Manakala Suhazlinda Ghazali diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) apabila memperolehi pencapaian 10 mumtaz dalam peperiksaan itu tahun lepas.Image

Hadir sama pada majlis penuh bersejarah tersebut, ibu Nik Nur Madihah, Mariani Omar, 42 dan ayahnya Nik Mohammad Kamal.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ustaz Zakaria Mohamad dan penolong-penolong pengarah Yik, tenaga pengajar sekolah terbabit, pelajar serta ibu bapa serta pelajar cemerlang SPM 2006, Siti Fatimah.

Mohd Amar ketika mengumumkan keputusan berkenaan berkata, sebanyak 17 sekolah Yik memperolehi keputusan peperiksaan 100 peratus dalam SPM termasuk Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang pertama kali menduduki SPM.

Katanya, dua pelajar Maahad Tahfiz Sains mendapat 11A.

Image "Pencapaian keseluruhan membanggakan memandangkan tahun 2007 hanya 15 sekolah Yik memperolehi kelulusan 100 peratus," katanya.

Beliau juga berkata, seramai tiga pelajar memperolehi keputusan 13A, 11 orang (12A) dan lima orang (11A).

Kata beliau secara keseluruhannya pencapaian peperiksaan SPM 2008 meningkat sebanyak 2.45 peratus apabila melonjak kepada 98.01 peratus.

Mohd Amar juga meluahkan rasa kecewa apabila keputusan peperiksaan tersebut lewat diumumkan kerana kurang mendapat kerjasama pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPN).

Difahamkan pegawai JPN melengah-lengah penyerahan slip keputusan sekolah agama kepada pegawai Yik yang datang mengambil keputusan tersebut pagi tadi. Image

"Tak perlulah kita nak sorok atau rahsiakan kejayaan pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Apa salahnya kalau dimaklumkan awal kepada kami," ujarnya.

Mohd Amar juga berkata, antara rahsia kejayaan pelajar agama di bawah Yik kerana tidak pernah membelakangkan syariat dalam semua hal termasuk pendidikan.

"Namun sikap pihak tertentu yang memperlekehkan sekolah agama dan hari ini mereka melihat sendiri kejayaannya," kata beliau. - mj _

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN