Thursday, July 30, 2009

Caj Astro naik RM12 kerana EPL

KUALA LUMPUR - Bermula 1 Ogos ini, peminat saluran sukan di stesen televisyen satelit berbayar, Astro akan terpaksa membayar lebih.Kenaikan bayaran sebanyak RM12 itu ekoran peningkatan kos bagi hak penyiaran Liga Perdana England (EPL) baru-baru ini, kata Ketua Saluran Sukan Astro, Lee Choong Khay.

Bagaimanapun, menurutnya, peningkatan tersebut masih rendah berbanding stesen televisyen berbayar di negara lain seperti di United Kingdom yang meningkat sehingga 532 peratus, Hong Kong (501 peratus), Thailand (297 peratus), Singapura (282 peratus) dan Australia (172 peratus). Kenaikan di Malaysia cuma 100 peratus.


Di Asia Barat pula berlaku peningkatan sebanyak 250 peratus menyebabkan penyiar di negara itu terpaksa membayar sebanyak RM1.170 bilion dan Hong Kong pula meningkat daripada RM354 juta kepada RM709 juta dalam tempoh tiga tahun.


Choong Khay berkata, kenaikan tersebut antara lain berpunca daripada peningkatan kos operasi kelab-kelab bola sepak yang bermain dalam liga tersebut.

"Kelab-kelab dalam EPL terpaksa membayar gaji pemain dan menguruskan kelab mereka, malah kenaikan dalam bidaan hak penyiaran meningkat sebanyak 67 peratus menyebabkan syarikat yang memegang hak penyiaran di England, Stanta, terpaksa menghentikan operasi kerana kenaikan kos ini pada Jun 2009," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
-kosmo.com.my
* APA KATA MEREKA YANG MELANGGAN :
Dan rasa naik angin tersebut sudah pasti akan dikongsi rasa oleh peminat-peminat dan penyokong-penyokong Liga Perdana Inggeris yang menonton perlawanan EPL secara langsung melalui siaran Astro.Kenapa? Manakan tidak. Bil langganan Astro akan mula dinaikkan sebanyak RM12 mulai 1 Ogos ini. Tetapi kenaikan ini hanyalah kepada peminat-peminat bolasepak yang melanggan saluran sukan. Mana adil macam ni? Opah Leibor yang hari-hari tengok drama kat Astro Ria dan Prima tak kena bayaran tambahan pun. Tak aci.
** MORALNYA : Mujur sangat teman xde ASTRO

1 comment:

HaFez94 said...

Apa! Bill naik pasal EPL! Nie nak Boikot nie.. mane boleh naik..Astro Asia dah banyak duit dapat sebelum cukai tu... nak hantar comment kat surat khabar nanti..
Dah lah siaran Astro Kirana dibuang dan digantikan dengan Pakej Mustika...kaya lah astro..

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN