Thursday, January 13, 2011

Hadir dan pergi : 2011 @ sekolah ini


Sepertimana posting terdahulu, blogger sksv melapor diri ke sekolah ini. Namun apa yang pasti hakikat sebenarnya ialah 3 insan pilihan untuk meneruskan khidmat bakti mereka disini.

1. Tn. Hj. Ruduan b. Dahalan, PPPLD DGA32 dari SK Lambor Kiri, kini menjawat jawatan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Beliau telah melapor diri minggu-minggu akhir 2010 lalu setelah pulang dari mengerjakan ibadah haji di Makkah. Berkat doa dan rezeki buat beliau maka jawatan tersebut sebagai hadiah rahmat ketentuan Allah buat tetamu-Nya sebelum ini.

2. Ust Shariffuddin b. Ahmad, PPPS DG41. Sebelum ini berkhidmat dengan cemerlangnya di SK Slim Village, Slim River selama hampir 3 tahun. Kini untuk kali kedua dalam perkhidmatannya pulang semula ke Perak Tengah. Syabas dan tahniah atas kecemerlanganya sebelum ini. Moga kecemerlangan beliau akan dapat diteruskan terhadap anak bangsa seagamanya dibumi berpijak Lambor Kanan.

3. Cik Kuet Mee Ling, PPPS DC41 Opsyen Pra Sekolah. Sepertimana ketahui sekolah ini mempunyai 2 kelas Pra Sekolah yang diberi nama Manja 1 & Manja 2. Beliau yang pada awal tahun ini merupakan Guru Pelatih Praktikum bagi Ambilan KPLI Institut Perguruan temenggong Ibrahim. Kehadiran sekuntum bunga , kini menceriakan sang kumbang yang saban kali merana. Peluang dan pengalaman yang akan ditimba sebanyak mungkin ini, kelak akan menjadikan Cikgu Mee Ling sebagai Guru Pra Sekolah Cemerlang satu masa nanti.

Kami seluruh warga SK Lambor Kanan mengalu-alukan kehadiran ketiga-tiga insan ini agar menjadi pemangking Visi Dan Misi sekolah terus dapat dicapai seperti yang disasarkan.

Walaubagaimana pun, pihak sekolah turut kehilangan 2 insan yang pernah menabur jasa di sekolah ini.

1. Pn. Hjh. Normala bt. Bahtiar, PPPLD DGA32 Guru Media merangkap SU Peperiksaan. Beliau merupakan 'Super Senior' sebelum ini di Lambor Kanan. Malah hakikat sebenar, beliau telah pun mempunyai cucu (anak kepada bekas anak muridnya) di sini. 23 Tahun suatu jangka masa yang tidak boleh diukur, betapa banyaknya pengalaman beliau di sini. Segala-galanya dalam pengetahuan atau ertikata lain dalam handbag beliau sahaja mengenali sekolah ini. Beliau ditukarkan dengan jawatan kenaikkan pangkat sebagai GPK Hal Ehwal Murid, SK Simpang Tiga, Parit. Syabas dan tahniah khas dari kami.

2. Ust Fikri Hakim, walaupun beliau hanya berkhidmat selama kurang lebih 10 bulan sahaja selaku GTPI (Guru Tambahan Pendidikan Islam) akan tetapi pengalaman amat bermakna kami bersamanya. Saling kongsi pelbagai bahan dan makumat, juga ceria bujangnya sering membuatkan rakan setugas tidak gusar mohon pertolongan darinya. Kini dikhabarkan sedang menunggu keputusan kemasukkan KPLI Ambilan 2011. Kami iringi doa agar beliau akan berjaya terpilih dan akhirnya kelak akan hadir kembali di sekolah ini menabur bakti. "Leh, jangan risau, bunga di Lambor Kanan ini makin bertambah, cuma waspada cabarannya juga makin tinggi."- jangan marah..... yang penting buktikan usaha anda. Anak dara @ Pendidikan Khas dan Pra Sekolah pula, amoi lagi gitu....

Jasa kalian tetap disanjung , maaf zahir dan batin. Moga keberkatan dan keredhoaan Allah mengatasi dan mengiringi kalian. Amin ya Rabb.

No comments:

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN