Thursday, October 30, 2008

JANJI AYAH BUATMU TERTUNAI

Ayah bertekad untuk tidak akan pulang tanpa bersama menunaikan janjiku buat dua puteri kesayanganku....Madihah & Majidah.

Kejayaan puteriku mengekalkan kedudukannya di Tempat Pertama & Kedua adalah pengubat penat lelah ayah uminya yang sentiasa komit dalam tugas seharian.

Moga Puteri-puteriku akan sentiasa lebih maju dalam segala apa yang dilaluinya. Amin Ya Rabb.

Moral Of The Story : TERIMA KASIH KEPADA WARGA PENDIDIK SEKALIAN DAN INGATLAH JANGAN KITA HARAPKAN GANJARAN DIHADAPAN MATA SEDANGKAN GANJARAN ALLAH MENGATASI SEGALANYA....DUNIA HANYA UNTUK MEREKA ..MEREKA...

Tuesday, October 28, 2008

TAKLIMAT SSQS UNTUK GURU YG TERLIBAT

Satu taklimat khas Pengisian Data Respoden SSQS Penarafan Bintang Bagi Sekolah Bestari 2008 telah diadakan pada Jumaat 24.10 tempohari.

Telah disampaikan oleh siapa lagi kalu tak Ust Amir sendiri. Taklimat berkenaan rentetan dari taklimat yg telah disampaikan kepada Guru Besar dan Penyelaras Bestari bagi sekolah-sekolah terpilih 10 buah satu PKG.

Moga tugasan yang diberi akan dilaksanakan oleh kita bagi kemudahan akan datang. Moga disempurnakan.

Thursday, October 23, 2008

SESUATU YANG DIGILAI SEHARI-DUA NI d' LAMBOR

'Sesungguhnya Yang Baru itu banyak kegunaannya namun Yang Lama itu amat tinggi nilainya' fikir-fikirkan.......SELAMAT BERJAYA MENJALANKAN TUGAS.

SELAMAT DATANG AHLI KELUARGA BARU

AHLAN WASAHLAN KEPADA
AHLI KELUARGA d' LAMBOR KANAN
YANG BARU.
PN. NORSAMSUNIAH BT. MUSA
SELAKU GPK HEM KAMI YANG BARU MENGISI KEKOSONGAN SELAMA 3 BULAN.

Wednesday, October 22, 2008

HARI KOKU LAMBOR 2008




Tanggal 22.10.2008, seramai 96 orang terlibat dalam Hari Ko-Kurikulum Sekolah. Dalam pengisian kalendar aktiviti koku 2008. Semua guru-guru, warga lambor dan pelajar bersemangat dan ceria bersama menerusi beberapa slot Hari Koku tersebut. Latihan kawad kaki, Pertandingan Perkhemahan & teknik, masak-memasak dan sebagainya. Moga ianya memberikan pengalaman berbeza kepada seluruh pelajar.

KEPUTUSAN :

PERKHEMAHAN - 1. PBSM , 2. PPIM , 3. PENGAKAP
KAWAD KAKI - 1. PENGAKAP , 2. PBSM , 3. PPIM
GAJET - 1. PENGAKAP , 2. PBSM , 3. PPIM
MEMASAK - 1. PPIM , 2. PBSM , 3. PENGAKAP

TAHNIAH KEPADA PENYELARAS SIR AMIZAL , CIKGU AIME YAZLIE & SELURUH TENAGA YANG TELAH MENJAYAKAN PROGRAM TERSEBUT.

Tuesday, October 21, 2008

YA ALLAH SIHATKAN WARGA PENDIDIK & STAF SKLKn

Ya Allah Ya Maha Pemberi Penawar bagi segala penyakit, Dikau sihatkanlah warga kerja SKLKn ini dari segala penyakit samaada yang jelas mahupun tidak nyata...Ampuni dosa - dosa kami dan kiranya dosa kami ini besar, jangan Dikau uji kami dengan ujian yang tidak dapat kami hadapi. Amin Ya Rabb.

Hari ini tiada Ustazah Sabtiah??? setelah beberapa ketika barulah sedar hasil maklumat tepat menyatakan bahawa beliau sedang ditahan di wad perempuan, Hospital Changkat Melintang. Hasil risikan menyatakan sedikit salah makan, lalu dalam keadaan geram lipan pula 'mengetit' dan berakhir dengan naik darah (Darah Tinggi) lak. So perintah doktor perlu diakur lalu direhatkan seketika di wad. Moga Allah akan menghadirkan kesihatan utknya.

Manakala Usth Nurulshareen pula (gambar pilihan okt) sedang berurusan di Hospital Besar Ipoh. Ini lain kisahnya sedikit ujian dari ALLAH bagi suaminya dalam usaha mendapatkan rawatan lanjut mengesan penyakit.Moga ALLAH akan permudahkan hasil usaha dan doa hamba-hambanya. Amin Ya Rabbb....ShafakaLLAHu......

Monday, October 20, 2008

DETIK-DETIK AKHIR PERPISAHAN DENGAN-MU KAK FAH

Detik-detik akhir bagi Pn. Hjh. Sharifah bt. Sharif (GPK Kokurikulum) di SKLKn adalah suatu yang harus dilalui olehnya. Beliau yang kini diarahkan bertukar ke SK Titi Gantong dengan memegang jawatan baru GPK Pentadbiran.

Pemergiannya kelak merupakan pemergian ke-empat dikalangan pihak pengurusan aras atas SKLKn setelah GB Abd Rahman, GPK1 Pn. Hjh Esah & Pn. Hjh Halijah. Era ini sangat-sangat dirasai oleh warga SKLKn namun itulah hakikat yang dikatakan resam dunia.

Moga Pn.Hjh.Sharifah lebih senang dikenali Kak Fah akan bergembira disuasana yang baru kelak. Dan kiranya tak keberatan hantar-hantarlah kuah pecal lagi ke SKLKn ini.

Salam Ta'zim daripada kami - sklamborkanan.blogspot.com

AHLI TERMUDA HADIR KE SKLKn


Baru-baru ini SKLKn didatangi oleh ahli termuda. Beliau ter & dipaksa hadir untuk sama-sama ibunya yang bertugas di SKLKn. Beliau yang terpaksa hadir kerana 'baby siter'nya sakit maka berkorbankan kederat ibu ayahnya untuk menjadi Ahli Termuda Hadir di SKLKn.

InsyaALLAH aura yang dibawanya akan memberi keberkatan terhadap suasana pelajaran di SKLKn dan semangat buat ibunya Pn. Jamilah. Syabas atas pengorbananmu ibu...

SAMA-SAMA KITA DOAKAN KESIHATAN BELIAU

Seorang warga SKLKn kini sedang bercuti bagi tujuan perubatan atas penyakit yang sedang dihidapi. Beliau yang kini berjawatan sebagai Pekerja Swata sedang berhadapan dengan satu penyakit kronik ditahap 4. Kini sedang bercuti tanpa gaji oleh majikan beliau atas faktor beliau yang kini bergaji hari...

Kami warga pendidik telah pun sama-sama menghulurkan sumbangan terhadap beliau dan keluarga dan bekalan doa untuknya agar kembali seperti sediakala. InsyaALLAH kami mengharapkan beliau tabah dalam menempuh ujian yang menimpa beliau kini.

salam takzim daripada http://sklamborkanan.blogspot.com/

Saturday, October 18, 2008

RUMAH TERBUKA DI SERI ISKANDAR


Terima kasih itulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada mereka (Pn. Nurul Fitri & Pn. Nursakinah) atas jemputan kepada kami warga SK Lambor Kanan. Moga tradisi ini akan sentiasa dilaksanakan oleh kita semua.

So pilih-pilihlah tarikh untuk kami sertai lagi majlis seumpama ini.....InsyaALLAH tiada aral melintang kami kan hadir....



Rumah Sakinah pula juga menjadi stesen kedua kami warga SKLKn..... yang pastinya telatah anak-anak kecil kami mencuri perhatian deq mengelilingi kediaman mereka yang baru... SELAMAT BERAYA KALI PERTAMA DI RUMAH BARU........

Pelajar tendang guru, modal insan gagal. SIAPAKAH BERSALAH

"Ini adalah satu contoh yang buruk ke atas pembentukan modal insan apabila para pelajar seawal usia 14 belas tahun (tingkatan) dua sudah menunjukkan ciri-ciri yang begitu kurang ajar apatah lagi terhadap guru yang mendidik mereka.

"Modal insan yang disebut-sebut itu pula lebih mementingkan aspek material berbanding spritual, akhlak dan keagamaan,"

Menurut Cikgu Azahana, beliau terkejut apabila berita tentang kejadian tersebut mula diketahui para pemberita dan disirkan oleh media.

Jelasnya, beliau melaporkan kejadian di Balai Polis untuk memastikan keselamatan dirinya terjamin.

"Manalah tahu, pelajar berkenaan ada ramai kawan atau saya ditahan ditengah jalan, tapi saya terkejut bila ramai pemberita menghubungi saya dan berita kejadian tersebut pula tersiar di televisyen kelmarin.

"Saya memanggil pelajar berkenaan untuk berbincang bagaimana untuk memberikannya markah selepas lewat menghantar tugasan dan pada belakang kertas folionya pula tertulis perkataan kasar 'gila babi'.

"Dia datang dengan seorang kawan dan selepas ditegur dan dimarahi tentang tugasan dan perkataan kasar itu, berlakulah insiden kekasaran seperti yang dilaporkan media itu," jelasnya.

Laporan Buletin Utama TV3 kelmarin turut memaparkan kejadian itu yang dirakamkan menggunakan kamera video telefon bimbit oleh seorang pelajar kelas terbabit.

“Tiada kompromi,” kata Timbalan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Tey Meng Seng, yang mengulas perbuatan melampau seorang pelajar perempuan tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Kangar, Perlis, yang sanggup menendang gurunya berkali-kali.

Katanya, kesalahan itu sangat berat dan pelajar terbabit perlu dikenakan hukuman berat bagi memberi pengajaran kepadanya dan pelajar lain supaya kejadian menggemparkan seperti itu tidak berulang.

“Kejadian ini boleh diibaratkan seolah-olah seorang anak memukul ibunya dan tidak boleh di pandang ringan. Sepatutnya pelajar berkenaan mencari jalan lain dengan berbincang sekiranya tidak puas hati, bukannya mengambil tindakan sedemikian.

“Saya sedih dengan laporan ini dan berharap Kementerian Pelajaran dapat menyiasat serta mengambil tindakan segera mengenai hal ini,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Dalam kejadian itu, seorang guru fizik, Azahana Ibrahim, 27, mendakwa dipukul pelajar tingkatan dua di dalam kelas berikutan menegur pelajar itu yang lewat menghantar tugasan sekolah.

Tey berkata, kejadian berkenaan membuktikan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah kini semakin membimbangkan dan perlu diberi perhatian serius.

“Dalam hal ini, NUTP berpandangan hukuman rotan perlu dibenarkan semula untuk memberi kesedaran dan pengajaran supaya pelajar tidak bertindak luar batasan,” katanya.

MAJLIS AIDILFITRI SK LAMBOR KANAN




"Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin" - Daripada kami untuk semua... Jangan lupa tuntutan Puasa Sunat 6 hari di Bulan Syawal ini....

'Barangsiapa berpuasa 6 hari di Bulan Syawal, nescaya ALLAH akan limpahkan keberkatan rahmat (pahala) seumpama kita berpuasa selama setahun' - maksud hadis.

So....apa lagi.....yang terkejar apa yang kitakan tinggalkan nie sangat. - Pesanan ini dibuat kepada penaip ini sendiri dan pembaca budiman.

Friday, October 17, 2008

Menginkap kenangan berarak di sekitar kampung

Perarakan mengelilingi kampung Lambor Kanan yang diketuai sendiri Tuan Guru Besar ketika itu dan diiringi bersama semua guru-guru termasuk yang non muslim. Meriah meraikan bersama sambutan Hari Kebesaran Islam yang menjadi acara tahunan sekolah.

Program & aktiviti Pendidikan Islam

Kem Bestari Solat yang dijalankan mengikut tahun dan kini adalah tahun ketiga perlaksanaannya di Lambor Kanan
Amali solat yang dijalankan sentiasa memberikan kesan mendalam sebagai latihan kepada murid. Moga amalan ini akan berterusan dalam kehidupan seharian mereka.


Meraikan anak-anak yatim di bulan ramadan lalu sebagai rutin tahunan.


Berkopiah putih tanda bersih.... kepada mereka yang telah menyumbangkan wang ringgit dan tenaga untuk anak-anak yang diraikan.

Suatu ketika d'lambor kanan


Kenangan ketika mana perlawanan persahabatan Bola Baling antara guru dan murid-murid di Hari Guru SK Lambor Kanan




Tidak ketinggalan bagi team guru perempuan yang tidak mahu ketinggalan dalam mehiasi keceriaan di padang. Moga ukhuwah sentiasa terpaut antara guru dan anak didiknya.

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN