Monday, February 21, 2011

SYABAS & SEMOGA BERJAYA...

Suasana gelak tawa di bilik guru hari ini (ISNIN 21.2.2011) penuh bermakna apabila 4 orang dikalangan rakan setugas kami berjaya diterima permohonan mereka ke Program Pensiswazahan Guru PPG Ambilan Mac 2011 ini. Mereka sememangnya layak dan bersemangat tinggi untuk meningkatkan tahap pendidikan mereka sejajar dengan gesaan kehendak zaman ini.

Kami rakan - rakan lain akan sedia membantu dan bagi memastikan semangat kalian tidak akan pudar sebelum ke titisan akhirnya kelak. Namun kini dilaporkan kenduri doa selamat akan diadakan seorang demi seorang bagi menyata dan berkongsi sama kegembiraan diterima masuk ke program tersebut.

Apa yang pasti era pendidikan masa ini akan menjadikan setiap tenaga pengajar terus menerus meningkatkan daya pengetahuan agar kelak direalisasikan ilmu bagi memartabatkan anak - anak didik Malaysia kelak.

Monday, February 14, 2011

Minggu Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1432

Mulai 14 hingga 18 Febuari 2011 ini, Panitia Pendidikan Islam SK Lambor Kanan menganjurkan Program Khas Minggu Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1432. Tema sambutan peringkat sekolah ialah 'Rasulullah S.A.W. Tauladan Ummah'. Pagi tadi telah dilancarkan dengan rasminya oleh Tuan Guru Besar En. Ahmad Safri b. Ismail.

Pelbagai aktiviti telah dirancang dan diatur bagi mengisi program seminggu ini. Antaranya Pertandingan Kolaj Tahap 1, Mewarna Pra Sekolah, Menulis Karangan Riwayat Hidup Rasulullah S.A.W. , Ceramah Umum dan sebagainya.

Program ini diharapkan agar dapat mendidik anak-anak murid sekolah ini kearah lebih mengenali dan menjadikan Rasulullah S.A.W. sebagai role model ikutan sepanjang hayat.

Pohon Jawatan Kosong di Sektor Kerajaan

Pihak Kerajaan sedang membuka peluang bagi kita untuk memohon jawatan kosong di beberapa sektor kerajaan sekarang. Ia bertujuan untuk mengurangkan lagi kadar pengangguran bagi golongan mahasiswa yang baru sahaja graduated.(pegawai tadbir diplomatik),

Peluang untuk memohon di bahagian PTD

KPLI (kursus perguruan lepasan ijazah),

Pegawai tahap gred 41,

Pegawai tadbir,

Serta beberapa lagi jawatan yang berkaitan dan yang bersesuaian dengan graduan ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut dan mengisi borang, sila lawati

laman web ini.

nota: sumber dari http://www.kerjaterkini.com

Tuesday, February 8, 2011

Kejohanan Bola Baling MSSM Zon Bota

memulakan jadual perlawanan sukan 2011

SK Lambor Kanan menjadi lokasi tuan rumah Kejohanan Bola Baling MSSM Zon Bota Sekolah Rendah 2011. Kejohanan yang mengambil masa 2 hari (petang) telah mengumpulkan sejumlah pasukan bagi mencari bakat-bakat muda untuk mewakili Zon Bota ke peringkat Daerah Perak Tengah. 7 & 8hb. Febuari tarikh dipilih dan sesungguhnya kerjasama seluruh tenaga dalam menjayakan kejohanan ini amat membanggakan. Alhamdulillah ianya berlangsung dalam suasana semangat kesukanan yang jitu.

suntikan semangat dan psiko dari jurulatih

13 pasukan kategori lelaki telah bertanding pada hari Isnin (semalam) yang menyaksikan SK Lambor Kanan hanya berjaya menjuarai kumpulan B, namun tewas di peringkat separuh akhir ditangan Pasukan SK Seri Iskandar. Manakala 2011 menyaksikan SK Bota Kanan menjuarai kategori ini dengan menewaskan SK Seri Iskandar.

Sedia berkhidmat di gelanggang 'A'

Hari ini 8.2.2011, Kategori Perempuan pula sedang berlangsung. Sekali lagi SK Lambor Kanan menjuarai kumpulan B dan kini sedang mencongak tempat untuk lebih mara ke perlawanan akhir. Warna warni suasana kejohanan mengambarkan semangat yang tinggi dari seluruh pasukan yang hadir menyertai kejohanan ini. Moga kejayaan dalam sukan akan dapat sering dengan kejayaan gemilang akademik dan pendidikan Islam dalam situasi pembelajaran di sekolah.

Petugas yang setia di gelanggang 'B'

Tahniah dan terima kasih buat seluruh warga kerja Zon Bota dalam menjayakan program seumpama ini. Yang menang kan terus berjuang dan yang kalah pastikan bersemangat berterusan.

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN