Monday, June 29, 2009

Lancar Kelab Doktor Muda & Ceramah Kesihatan

KELAB DOKTOR MUDA
Hari ini 29 Jun 2009, dua program telah diadakan. Pelancaran Kelab Doktor Muda Peringkat Sekolah telah dilsempurnakan dengan jayanya. Tuan Guru Besar telah berkenan merasmikan penubuhan kelab tersebut yang dianggotai 20 orang pelajar terdiri dari pelajar Tahun 5 & 4. Acara yang ringkas dan penuh simbolik telah diadakan ketika berlangsung Perhimpunan Pagi ini.

CERMAH KESIHATAN 'INFLUENZA A'
Jam 11 pagi kami dikejutkan seumpama kejutan Virus terkini melanda seluruh dunia. Kehadiran Staf Jabatan Kesihatan Cawangan Lambor Kiri hadir untuk menyampaikan slot penerangan Khas berkaitan 'Virus Influenza A' yang menyerang dunia kini.

Moga segala usaha yang telah dilaksanakan pada hari ini akan menjadi input besar buat kita ummah yang seharusnya MELEBIHKAN RASA BERSYUKUR KITA BUAT ALLAH RABBUL JALIL.

RAKAN PEMBANTU (FASILITATOR) DATA j-QAF DAERAH PERAK TENGAH 2009

1. USTAZ MOHD NAIM B. MOHAMAD -SK BOTA KANAN -019-4768258
2. USTAZ AMIR HAMZAH B. MUSA -SK LAMBOR KANAN -019-4165969
3. USTAZ MOHD ZAKI B. SULAIMAN -SK BELANJA -012-3761652
4. USTAZ MOHD YUSLAN B. YUSOF SK SIMPANG TIGA
5. USTAZAH FAIZAH BT.
AHMAD KHAIRI -SK SERIKAYA -016-5457975
6. USTAZ WARDI ASHRAF B. MOHD AMIN -SK SEBERANG
PERAK -019-3753244
7. USTAZ AHMAD SHUKRI B. ZAINUDDIN -SK SERI CEMPAKA -012-6227027

8. USTAZ MOHD FAIROZ AFFENDY B. MOHD NORDIN -SK CHANGKAT LADA 2 -012-4008426
9. USTAZ MOHD NABIL MAJDI B. ARIP -SK FELCRA NASARUDDIN -019-2558078

10. USTAZAH NURUL FADZILAH BT. ARSHAD -SK TANJONG BIDARA -012-6328072

Saturday, June 27, 2009

Wednesday, June 24, 2009

Jangan lafazkan Perpisahan, ungkapkan Moga Bertemu Lagi

Hari ini 1 Rejab 1430.... menyatakan hakikat 2 bulan lagi kian hadir Ramadan al-Mubarak.Majlis Perpisahan sempena Pertukaran 2 rakan kami yang telah berhijrah baru-baru ini.En. Aime Yazlie (adik bongsu) ke SK Selat Pulau & Pn. Nursyakinah (Key) ke SK Padang Tenggala.Majlis yang sederhana ini telah dapat dilaksanakan seadanya dengan suasana kekeluargaan. Moga segala gelak ketawa kita sesama suatu ketika dulu akan terpahat sebagai memori indah dan hancur lebur dosa sesama kita jua hendaknya. anywere... jangan lupa kami dalam doamu...


Saturday, June 20, 2009

PERKHEMAHAN PPIM DAERAH PERAK TENGAH 2009

Sekitar Perkhemahan PPIM Daerah Perak Tengah 2009.
Alhamdulillah semuanya telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Johan Lukisan Kategori Sekolah Rendah
Antara aktiviti Pertandingan Masakan Rimba


Friday, June 19, 2009

SAMBUTAN HARI GURU PERAK TENGAH 2009

Tanggal 18 Jun 2009 telah diadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Perak Tengah. Ianya dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Perak iaitu
Tuan Haji Mohd Radzi b. Abdul Jabar.
Bertempat di Dewan Besar SMKA Sultan Azalan Shah, Bota.
Majlis ini adalah program tradisi bagi meraikan pengorbanan dan sumbangan warga pendidik di Daerah Perak Tengah. Beberapa Anugerah telah disampaikan dan antara yang boleh dinyatakan seterusnya diberi penghargaan dari kami Warga SKLKn ialah Anugerah Kepimpinan ICT yang dinobatkan kepada En. Abdul Rahman b. Lodin selaku mantan Guru Besar SKLKn 2001 - 2008.
Moga anugerah tersebut akan memberikan perangsang baginya untuk terus menerus memimpin organisasinya kearah KEGEMILANGAN DUNIA & AKHIRAT.

8 orang guru HEBAT dari SKLKn telah terpilih untuk sama-sama meraikan majlis tersebut. Antara mereka selain Guru Besar, 3 GPK ialah Bro Azhar (gambar kecil), En. Azman & En Azhar. Syabas dan TERIMA KASIH dari kami yang tidak terpilih untuk pergi. ... apa nak kata ...hihihihi

Thursday, June 18, 2009

Persediaan Perkhemahan Puteri Islam : Kesungguhan & Semangat Waja

Realiti semasa, semangat guru selaku pemimpin akan menjadi contoh kepada yang dipimpin. Dalam konteks sekolah rendah maka murid akan ditampilkan dengan semangat guru berkenaan.

Perkhemahan Puteri Islam Daerah Perak Tengah akan diadakan sepertimana berikut ;

Tarikh : 18-20 Jun 2009
Tempat : Kem Pecah Batu, Manong, Kuala Kangsar, Perak.

Pelajar terpilih Daerah Perak Tengah , selaku peserta yang akan turut serta didalam program tersebut.

Sekadar berkongsi, kelihatan Ustazah Sabtiah sedang memberi tunjuk ajar kepada peserta yang akan menyertai perkhemahan Puteri Islam tersebut. Kami warga yang lain doakan keselamatan dan kejayaan kontijen SK LKn seramai 8 orang. Amin Ya Rabb....

Sunday, June 14, 2009

Wasiat Tersohor Hassan al-Banna

10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu- satunya syiar Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


Saturday, June 13, 2009

Info Jalan Maut Yang Telah Dikenalpasti : Sekadar Berkongsi Sama...

Berhati-hati ketika melalui jalan di bawah. Jangan pecut!

Kementerian Kerja Raya telah mengenalpasti 10 laluan maut ekoran kekerapan berlakunya kemalangan sehingga mengorbankan nyawa berpunca daripada reka bentuk permukaan jalan yang berbahaya.

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, sepanjang tahun lalu, seramai 57 pengguna maut dan cedera ketika melalui jalan-jalan tersebut.

Laluan tersebut ialah:

1. Kilometer 8, Seksyen 189, Jalan Muar-Melaka, Tanjung Gading, Johor.

2. Kilometer 16, Jalan Batu Pahat-Kluang, Johor.

3. Seksyen 35.2, Jalan Damar Laut, Pantai Remis, Perak.

4. Kilometer 35.2, Jalan Kangar-Mengkuang Layar, Perlis.

5. Seksyen 833.1, Jalan Butterworth-Alor Setar, Kedah.

6. Seksyen 399, Jalan Kuala Terengganu-Kemaman, Terengganu.

7. Seksyen 39, Jalan Kuantan-Segamat, Pahang.

8. Seksyen 259.5, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Kelantan.

9. Kilometer 33.5, Seksyen 468, Jalan Klang-Teluk Intan, Selangor.

10. Seksyen 41.8, Jalan Serting-Tencah, Negeri Sembilan.

Wednesday, June 3, 2009

Komentar Ibu bapa, Penjaga, Guru-guru & Orang Awam Amat Diperlukan SEGERA

Sumber : http://www.ppdperaktengah.edu.my

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom meminta semua pihak mengemukakan pandangan berhubung kewajaran langkah kerajaan mengehadkan maksimum 10 mata pelajaran untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi surat, faksimile dan e-mel dalam tempoh dua minggu, bermula semalam.

Ibu bapa, individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan semua yang terbabit boleh menulis surat ke alamat Aras 8, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, 62604 Putrajaya.

Selain itu, sebarang pendapat juga boleh dihantar menerusi faksimile di talian 03-88894548 atau melalui e-mel beliau sendiri, iaitu alimuddin.dom@moe. gov.my.

KOMENTAR DI BLOG INI SILA KLIK 'RESPON'

Portal KGUMB Perak Tengah dilancarkan

klik alamat dibawah untuk ke portal berkenaan

Tahniah & syabas , kepada admin http://www.piptgh.myportal.my/ - Ust Abdul Rashid (SK Bota Kanan) diatas iniseatif beliau untuk menjana portal tersebut. Moga dengan kewujudan portal ini dapatlah kiranya memberi info dan perkembangan tentang aktiviti Kesatuan Guru Agama Malaysia Barat Cawangan Perak Tengah dari masa ke semasa.

SELAMAT MAJU JAYA!!!

Monday, June 1, 2009

SPM 10 Subjek ! : Pro & Kontra begelar PEMIKIR Waras....

Ramai berpendapat usaha kerajaan menghadkan 10 matapelajaran sahaja... akan membantutkan usaha untuk melahirkan golongan profesional agama mengahalang kelahiran pelajar yang profesional dan dalam masa sama memahami agama.

Petikan akhbar...

" Ketika ini, calon SPM wajib mengambil enam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam/Pendidikan Moral. "

"Apabila jumlah mata pelajaran teras dikurangkan kepada tiga atau empat, setiap calon akan dikehendaki mengambil minimum enam sehingga maksimum 10 subjek dalam peperiksaan itu.

Kerajaan akan mengurangkan... matapelajaran wajib dari 6 kepada 3 atau 4 sahaja...
Ini bermakana 2 @ 3 matapelajaran akan dibuang dari matapelajaran wajib!!!

Berikut adalah matapelajaran wajib sekarang :

1) Bahasa Melayu
2) Bahasa Inggeris
3) Matematik
4) Sains
5) Pendidikan Islam @ Moral
6) Sejarah

Adakah Pendidikan Islam dan sejarah bukan lagi matapelajaran wajib!!!

Pelajar Aliran Agama :

Subjek elektif agama : 3 = BA, Pendidikan Al-Quran dan Sunnah & Pendidikan Syariah Islamiah
Subjek elektif sains : 4 = Fizik, Kimia, Biologi dan add Math.

Pelajar agama terpaksa memilih samada teruskan agama @ Sains...!!!

Memang benar-benar ke arah Satu Malaysia ni huhu...Harap kerajaan fikirkan !!

Ingin KOMENTAR KALIAN PENGUNJUNG..... BLOG ini silakan klik RESPON

Catatan Kehidupan Pelajar Cemerlang Yang MESTI DIMILIKI & DIBACA

Setelah memiliki buku 'Catatan Hati Nik Nur Madihah' dan menonton VCD 'Rahsia Kejayaan Nik Nur Madihah' (pelajar terbaik SPM 2008), jiwa saya tersentuh dengan jutaan kepayahan yang telah dihadapi oleh dirinya dalam memperolehi kejayaan cemerlang.

Kini setelah membaca 'Catatan Hati Nik Nur Madihah' pula, maka jelas kepada kita bahawa tiada halangan dan rintangan yang kita lalui melainkan kita perlu berpegang teguh kepada Aqidah yang tulen terhadap ALLAH yang Maha Pencipta.

Buku ini MESTI dibaca oleh kita insan pendidik bagi menjadikan suatu lontaran ILMU yang mendalam buat anak2 didik yang dipertanggungjawabkan kepada kita seharian. Panduan buat ibu bapa dalam melahirkan insan cemerlang dimuatkan.

"Memberi rezeki yang halal dari yang halal seperti orang mencari sesuatu yang terbaik dari yang baik" - prinsip Ayah Nik Nur Madihah.

Kematangan Madihah dalam berbicara & nukilan catatan hatinya jelas dapat dihayati oleh kita yang membaca atau menonton VCD tersebut. Usaha menampilkan contoh kejayaan seumpama ini dikalangan golongan remaja amat baik dan diharapkan ianya akan menyentuh perasaan kita setelah menjadi pembaca & penonton VCD ini.
- sklamborkanan.blogspot.com

E-Pelaporan j-QAF 2009


E-Pelaporan j-QAF 2009 yang terbaru (ada fail Tahun 5) dari blog j-QAF Melaka , moga hebahan ini membantu.

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN