Tuesday, November 22, 2011

2011 dalam kenangan buat mereka...

Kenangan perpisahan Ustazah Sabtiah & GPI SK Lambor Kanan

2011 sebagaimana tahun-tahunn yang berlalu, penuh suka-duka. SK Lambor Kanan juga mengalami situasi yang sama dengan hadir dan perginya sahabat dan rakan setugas yang setia menurut perintah. Awal bulan September yang lalu, Ketua Panitia Pendidikan Islam kami , Ustazah Sabtiah atau lebih dikenali dengan Kak Sab telah diarahkan bertukar ke SK Bukit Chupak , Parit setelah lebih 12 tahun berkhidmat di sekolah ini. Admin agak kelewatan meletakkan posting ini, atas kesibukan diakhir tahun dan situasi tidak mengizinkan, namun Majlis meraikan Ustazah Sabtiah telahpun dapat disempurnakan bersama dengan meraikan Kak Kiah yang telah menerima status pencen wajib selaku kakitangan.

makan tak noleh

Walaupun berat bagi Ustazah Sabtiah untuk meninggalkan sekolah ini , namun kepentingan perkhidmatan mendahului segalanya. Baginya inilah cabaran setelah berada lama disesebuah sekolah. Peringatan buat kami yang juga kan melangkah lama jua. Kelab BAGUS menyusun program meraikan Kak Kiah dan Ustazah Sabtiah di Hotel Putra, Seri Iskandar.

Azran menerima hadiah daripada Achiknya

Selang dua bulan, dalam suasana sesi persekolahan 2011 ditutup, sekali lagi kami tersentak bilamana 2 rakan sejawat kami juga turut lulus status e-gtukarnya. Mereka ialah Sdra Azman Hussien (Pra Sekolah) yang berjaya pulang ke Tanah Cik Siti Wan Kembang Kelantan dan Sdra Azran Abdul Aziz (Kelas Pend. Khas) ke Daerah Manjong, Perak.

GB 0 - Azman 0

Maka mahu tidak mahu , jamuan akhir tahun yang dirancangkan , bertukar menjadi jamuan perpisahan. Restoran Rusmaini , Kg Gajah menjadi lokasi. Jumaat petang , akhir sesi persekolah menjadi tarikh pilihan. Inilah lumrah kehidupan, setiap pertemuan kan ada

Diawal tahunnya, 2 orang rakan pekerja swasta telah pun beralih arah atas desakan kehidupan. Terima kasih buat Abang Dollah & Sdra Nizam yang telah pun mencurahkan baktinya di sekolah ini.

Tirai 2012 akan dibuka. 20.12.2011 perjumpaan khas akan diadakan untuk mendengar sendiri taklimat SBPA yang baru. Manakala 29.12.2011 pula adalah tarikh yang dipilih bagi mesyuarat khas Awal Tahun Guru-guru di Makmal Komputer, sekolah ini. Apa pun yang berlaku dan akan berlaku merupakan pengalaman dalam coretan bekalan kita menuju ilahi kelak. Amin ya Rabb.

Friday, November 18, 2011

Dinobatkan selaku Tokoh Murid 2011

Muhammad Nurhafiz b. Amir
Menerima Sijil dan cenderahati daripada tetamu jemputan
kenangan bersama bakal YB Bandar U



Suka duka : bila hasilnya dituai...

Tahniah buat Ishak Jamanhuri & Nur Hidayah Izzati Kamaruzzaman , yang telah memperolehi keputusan terbaik sekolah ini. Hasil tuaian yang diperolehi , adalah suatu lambang usaha kalian yang menjadi pemangkin kejayaan mendatang.

Buat yang tidak mencapai sasaran, diharapkan agar segalanya menjadi iktibar dan kegagalan hari bukan penentu kegagalan hari esok.

Adik Ishak Jamanhuri menyambung tradisi
kejayaan abang-abangnya yang lalu

Inilah hasilku

suka duka memperolehinya

syukur, Alhamdulillah

antara yang berperasaan dengan yang sebaliknya...

Thursday, November 10, 2011

16 November 2011 : Hari Anugerah Kualiti SKLKn

Dijemput hadir buat kalian warga Mukim Lambor Kanan. Meraikan kejayaan anak2 didik sekolah sepanjang tahun 2011.

Tuesday, November 1, 2011

Standard Guru Malaysia...

Sedar atau pun tidak , di akhir-akhir ini kita perlu kepada mengisi data dalam sistem yang dikenali Standard Guru Malaysia. Apa, bagaimana, kenapa, cara dan sebagainya ada dimuat turunkan menerusi portal PPD Masing-masing.


muka depan portal tersebut

Justeru, disertakan disini link bagi portal untuk menjawab soalan yang diberikan tersebut, moga dapat memberikan ketelusan dan amanah buat anak budi negaraku Malaysia. Mohon klik pada LINK ini. Terima kasih.

Thursday, October 20, 2011

Selamat Hari Lahir & Persaraan Buat Kekanda Pn Hjh Rokiah Ghazali

Meraikan detik persaraan

19 OKTOBER 2011, adalah hari yang paling bermakna dalam diri Pn Hjh Rokiah Ghazali atau lebih mesra dipanggil Kak Kiah di sekolah ini. Semalam adalah detik terakhir selaku Penjawat Awam berjawatan Pembantu Tadbir N22.

Terakhir di Kantin bersama warga SK Lambor Kanan

Perkhidmatan yang cemerlang telah ditunjukkan oleh Kak Kiah sangat memberi makna yang besar kepada kami guru-guru dan kakitangan sekolah ini sejak sekian lama. Bermula seawal tahun 1989 lagi beliau telah menabur bakti di sekolah ini.

Tandatangan 'Sign Off'

Tiada seorang pun yang akan merungut rangat dengan kerja yang telah dilakukan oleh beliau, malahan pengalaman terbaru admin ialah apabila beliau telah pun menyiapkan proses lantikan admin ke Pegawai Perkhidmatan Siswazah mendahului persetujuan saya sendiri memberikan jawapan. Maka hadir query dari PPD Perak Tengah disebabkan penyata gaji dihantar sebelum penerimaan dibuat. Begitulah salah satu dari kecekapan kerja beliau yang ikhlas dan tekun dalam tugasannya.

Siap berkemas disis mejanya

Pihak sekolah bersama warga pelajar mengambil kesempatan meraikan majlis persaraannya secara yang sederhana. Titisan airmatanya jelas menceritakan betapa beliau sangat ikhlas menjalankan tugas. Kami warga sekolah mengucapkan jutaan terima kasih dan kemaafan di atas mana-mana kesilapan yang telah dilakukan sepanjang Kak Kiah dalam perkhidmatan.

Hotel Putra, Seri Iskandar pula akan menjadi lokasi kami meraikan secara rasmi pada tengahari ini, Insyallah. Moga Kak Kiah akan sentiasa ceria dan sihat dalam mengharungi hari-hari persaraan bersama yang tersayang. Kenang kami dalam doamu.

Tuesday, October 11, 2011

Alhamdulillah , menerusi SBPA mengingatkan kita untuk LEBIH bersyukur.

Syukur, dipaparkan skala kenaikkan yang diumumkan baru-baru ini. Diharapkan agar diri admin dan kalian pembaca sentiasa berazam untuk terus berkhidmat kerana ALLAH. Yakinlah limpahan nikmat ini adalah datangnya dari Rabbul-Jalil ALLAH swt. Dan sesungguhnya ianya menuntut untuk kita terus berkerja mencapai matlamat bukan sekadar duniawi malah ukhrawi bersama.
Sebahagian yang kita perolehi bukan milik kita semuanya. Maka ingati dan seringlah kita fahami Surah al-Munafiqun ayat 10 ini :

'Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.'

Insyallah kita umat Islam akan berjaya.

Friday, October 7, 2011

Mikro & Makro Pengajaran : Pn Jamilah & Pn. Nor Suhaila



Mikro Pengajaran : Set Induksi 'Keluarga Saya' Tahun 1








Makro Pengajarannya - Volume 1 , 2 & 3



Mikro Pengajaran : Set Induksi 'Menambah Tanpa Mengumpul Semula'






Makro Pengajaran : Pn. Nor Suhaila bt. Nordin

Monday, October 3, 2011

Sunday, October 2, 2011

KEMASUKKAN KE TING. 1 (ALIRAN AGAMA) DI NEGERI PERAK 2011

Dipaparkan antara sebahagian tatacara Kemasukkan Pelajar Tingkatan 1/2012 (Aliran Agama).

KEMASUKKAN KE TING. 1 (ALIRAN AGAMA) DI NEGERI PERAK 2011

1. SMKA*/INTEGRASI**
3 SMKA (NEGERI PERAK)
1 INTEGRASI (NEGERI PERAK)

SYARAT PEMILIHAN :-
UPSR 5A
SIJIL PENDIDIKAN ISLAM 4A/5A
UPKK 7A & KEATAS (suatu keistimewaan)
AKTIVITI KOKURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

* PEMILIHAN OLEH SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM , JPN
** PEMILIHAN ONLINE KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (SBP)


2. KAA/RKA
(KELAS-KELAS KHAS SEKOLAH TERPILIH SETIAP NEGERI)

SYARAT PEMILIHAN
UPSR 4A / 3A
SPI 4A / 3A
UPKK 5A & KEATAS
AKTIVITI KOKURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

* PEMILIHAN UNIT PENDIDIKAN ISLAM , PPD
BORANG PERMOHONAN DIAMBIL SENDIRI DI PPD ATAU SEKOLAH TERPILIH


3. SABK
23 BUAH DI NEGERI PERAK
Cth. Maahad Ehya' Diniah, Kg Gajah, Maahad al-Ummah, Chepor & Seumpamanya.

SYARAT PEMILIHAN
UPSR 2A 3B & KEATAS
SIJIL PENDIDIKAN ISLAM 2A & KEATAS
UPKK 5A & KEATAS
UJIAN KELAYAKAN SELARAS*

* MARKAH TERTINGGI UJIAN KHAS SEKOLAH YANG DIPOHON
BORANG PERMOHONAN DIAMBIL SENDIRI DI SABK BERKENAAN. MULAI OKTOBER 2011 @ RUJUK SABK BERKENAAN.
(PENTING : Hanya dibenarkan memilih satu sekolah sahaja bagi setiap pelajar)


4. SMAN (SEK. MEN. AGAMA NEGERI)
(2 Aliran : I'dadi & Tahfiz)
3 BUAH DI NEGERI PERAK
SMA Izzuddin Shah , SMA Raja Perempuan Taayah & SMA Raja Dr. Nazrin Shah, Kg Gajah.

SYARAT PEMILIHAN
UPSR 5A/4A
UPKK 8A/7A
SRAI (SIJIL RENDAH AGAMA ISLAM) – LULUS
AKTIVITI KOKURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (suatu keistimewaan)
UJIAN KELAYAKKAN LISAN*

*BORANG PERMOHONAN DIAMBIL SENDIRI DI PEJABAT AGAMA BERDEKATAN & SEKOLAH BERKENAAN. SEHARI SELEPAS KEPUTUSAN UPSR 2011 DIUMUMKAN.
UJIAN KELAYAKKAN AKAN DIMAKLUMKAN SEJURUS BORANG PERMOHONAN KEMASUKKAN DITERIMA SEMULA.


5. SMAR (SEPENUHNYA SWASTA)
Cth. : Madrasah Idrisiah, Maahad al-Islah & seumpamanya.
(LEBIH KURANG 7 BUAH SEKOLAH DI NEGERI PERAK)

SYARAT PEMILIHAN
UPSR LULUS SEMUA MATAPELAJARAN
LULUS UJIAN KELAYAKAN SEKOLAH

BORANG PERMOHONAN DIAMBIL SENDIRI DI SEKOLAH BERKENAAN.

PEPERIKSAAN AWAM YANG PENTING :- (CALON KE TING.1 / 2012)

KENDALIAN KPM & SPI, JPN
UPSR – SEPT. 2011
SPI – SEPT. 2011

KENDALIAN JAB. AGAMA ISLAM PERAK
(UNTUK PELAJAR-PELAJAR MENGIKUTI KELAS KAFA PERAK)
UPKK – (TAHUN 5 / 2010)
SRAI – (KAFA TAHUN 6) DIJALANKAN PADA MINGGU PERTAMA NOVEMBER 2011 (PENDAFTARAN PEPERIKSAAN TELAH DITUTUP PADA OGOS 2011) - rujuk Sek Agama KAFA berdekatan.

KENDALIAN LEMBAGA TADBIR & PENGURUSAN SEKOLAH BERKENAAN
UJIAN KELAYAKAN SELARAS SABK – 26.11.2011

Monday, September 26, 2011

Kem Akil Baligh Tahun 6/2011 : Program Lepasan UPSR 2011

Program Pemantapan j-QAF Tahun 6/2011 suatu program khas yang diwujudkan untuk murid tahun 6. Ianya dijalankan sebagai pengisian program lepasan UPSR yang meliputi 3 kem perdana selain adalah sepertimana berikut :-
  • Kem Bestari Solat Perdana,
  • Kem Akil Baligh 27-29.9.2011 ,
  • Kem Literasi Quran 3-5.10.2011 &
  • Klinik Solat 11-13.10.2011.
Jadual Kem Akil Baligh 27-29.9.2011

Kesederhanaan Menyambut Bulan Kemerdekaan & Aidilfitri 2011

view kemeriahan sambutan di sekolah kami

Kesederhanaan menjadi format sambutan Bulan Kemerdekaan dan Aidilfitri peringkat sekolah pada tahun ini. Perancangan dan persiapan diatur dengan kerjasama seluruh pihak sama ada guru, staf sokongan, murid-murid dan PIBG. Dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran Surah Ali Imran 101 - 110 , bacaan doa, nyanyian patriotik, deklamasi sajak, ucapan kemerdekaan dan kesyukuran dan jamuan.

warna-warni

deklamasi sajak

berpakaian hari raya

Pasangan adik beradik Pn. Jamilah Ahmad sebagai juruacara majlis Ust Shariffuddin Ahmad

nyanyian Lagu Patriotik

Penyampaian hadiah kemerdekaan

Kegembiraan jelas dipaparkan daripada raut wajah murid dengan pakaian warna warni. Penyampaian hadiah-hadiah kemenangan bagi beberapa acara juga telah disempurnakan. Kesepakatan dan kesepaduan dalam mengendalikan majlis terus menjadi resepi kesatuan antara kami seluruh warga sekolah, alhamdulillah.

Friday, September 9, 2011

SIARAN AKHBAR : MAKLUMAN PEPERIKSAAN UPSR 2011


PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

Peperiksaan bertulis UPSR 2011 akan berlangsung pada 13, 14 dan 15 September 2011.

Pada tahun ini seramai 497,691 orang calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara. UPSR kali ini melibatkan 48,560 petugas peperiksaan.

Lembaga Peperiksaan ingin mengingatkan semua calon agar
merujuk kepada Jadual Waktu Peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 SEPTEMBER 2011
Majlis bacaan Yassin & Solat Hajat dilaksanakan pada malam 8.9.2011

Dihadiri bersama Guru-guru, ibu bapa penjaga, JK PIBG dan anak didik calon UPSR 2011

Taklimat Pengawasan Bilik Peperiksaan berlangsung hari ini 9.9.2011.

En. Yal Khatab dari SK Dato' Sagor selaku Ketua Pengawasan Peperiksaan dan bersama-samanya Cikgu Ahmad Sarji dari SK Raja Chulan , Puan Siti Zaleha dari SK Pasir Kubu dan Pn Nekmah selaku Pembantu Am dari SK Lambor Kanan sendiri. Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran kalian yang akan bertugas dalam tempoh masa peperiksaan UPSR tersebut.

Saturday, August 27, 2011

Syarat-syarat & Peraturan Ihtifal j-QAF 2011

Bersama-sama ini dimuatkan Syarat & Peraturan Ihtifal j-QAF 2011. Mohon diambil tindakan buat kalian yang berkenaan. Terima kasih.


Majlis Penutup Bulan Penghayatan Ramadan 1432

Majlis Khatam mulai Juzuk 30

Doa Khatam al-Quran

Meraikan anak-anak yatim

Bersama kenangan di Bandar U

Perasmian Penutup Bulan Penghayatan Ramadan, 26.8.2011

Satu kelainan pada kali ini, ialah sesi Forum Santai ' Menanti Detik Aidilfitri' telah dapat dijalankan. Ahli panel pada kali ini ialah Ust. Shariffuddin Ahmad dan saya sendiri. Perbahasan berkisar tentang amalan seharian bagi menghadapi akhir ramadan dan menjelang aidilfitri. Bermula dengan thoharah (bersuci), Aurat, Solat Hari Raya, Amalan sunat , hukum bersalaman dan pelbagai lagi. Semua ini adalah bertujuan untuk memperelokkan amalan seharian yang dilakukan dan memantapkan ilmu sesama pendengar. Alhamdulillah ianya nyata memberikan positif buat seluruh pendengar dan penyampainya sendiri.

Wednesday, August 24, 2011

Majlis Khatam al-Quran Halaqah 2011

Poster Majlis Penutup Bulan Penghayatan Ramadan & Majlis Khatam al-Quran 1432

Majlis Iftar Ramadan Bersama Anak-anak Yatim & Fakir

Majlis Bacaan Tahlil Khas dihadiahkan buat arwah ibu bapa yang telah kembali kerahmatullah.

Suasana ketikamana berbuka puasa. Juadah hidangan yang sangat menyelerakan hasil daripada kesepakatan semua pihak. Terima kasih semua.

Anak-anak yatim yang diraikan juga kelihatan gembira.

Suasana ketika majlis bacaan Yassin selepas solat maghrib. Dan seterusnya kami menunaikan solat Isyak, Solat sunat tarawih dan eitir berjemaah.

Friday, August 19, 2011

Anak Syawal 1432H di Malaysia

Info daripada ahli falak Malaysia. Pautan.


Photobucket

Saya mendapat email laporan falak ini dalam bentuk slide power pint tapi untuk memudahkan saya berkongsi di isuhangat, saya convert ke bentuk imej.

Kalau maklumat falak yg dinyatakan dalam lampiran ini benar, insyaallah pihak berwajib spt Jakim dan penyimpan mohor raja2 akan umumkan dua tarih hari raya yg berbeza utk Semenanjung dan Sabah/Sarawak tahun ini.

Dari segi hukum dengan mengambil kira satu contoh; misalnya katakan seluruh Malaysia pd suatu tahun yg lain telah diumumkan hari Raya setelah bulan tidak kelihatan maka mereka mencukupkan menjadi 30 puasa.

Andaikata salah seorang telah melihat anak bulan (1 syawal) di Sabah maka wajib baginya utk meninggalkan puasanya dan menyambut hari raya.

Ini adalah dari segi hukumnya. Hal ini bisa terjadi dlm masyarakat yg primitif/kuno yg perkembangan ilmu pengetahuannya sangat terbatas, tetapi dlm hal perkembangan ilmu falak dewasa kini ia sukar terjadi kerana pihak berwajib selalu mengambil kira kedua2 kaedah (melihat anak bulan dan perkiraan falak) utk menentukan tarikh puasa dan hari raya.

Wallaualam..

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN