Thursday, March 26, 2009

INGATAN BUAT ANAK2 & ANAK DIDIK KALIAN



YANG MANA PILIHAN DIHATI? SANTAI MATA JE....

Apa yang pasti kalau ANDA seorang guru sesuai untuk diguna pakai bagi mengurangkan pergerakan jumlah bilangan guru keluar membawa PELAJAR dalam aktiviti luar sekolah.
Saja je nak habaq gitu....'Belilah Barangan Buatan MALAYSIA'

Wednesday, March 25, 2009

KEPUTUSAN PENUH MTQ ZON PKG BOTA

TAHNIAH & JUTAAN TERIMA KASIH PENUH PENGHARGAAN
BUAT GURU-GURU SK LAMBOR KANAN & J/KUASA YANG LAIN
DIATAS KERJASAMA SERTA KOMITMEN PENUH DALAM MENJAYAKAN

DARIPADA KAMI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM.

Dipaparkan kini
KEPUTUSAN PENUH ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

TILAWAH AL-QURAN ( L )
1. AMIR NAUFAL RIFQI B. ABD RASHID (SKLLK) - 68%
2. MOHAMAD HAFIZUL AZAM B. HARUN (SKSI) - 65%
3. MUHAMMAD MURSYID B. ABD KADIR (SKFN) - 60%

TILAWAH AL-QURAN ( P )
1. HANI MASTURA BT. RAZALI (SKTG) - 66%
2. NORDIANA BT. MEOR KASSIM (SKSI) - 60%
3. NUR ATIKAH BT. AS'ARI (SKFN) - 59%

HAFAZAN ( L )
1. BADRUL AMIN B. AHMAD (SKFN) - 87%
2. AZHAN B. ONN (SKTG) - 82%
3. MUS'AB UMAIR B. MOHD FADHALI (SKPC) - 76%

HAFAZAN ( P )
1. NUR AZILA ILHAMI BT. ZUN (SKFN) - 84%
2. NOR FARHANA BT. YUSOFF (SKTG) - 77%
3. NURUL IFFAH BT. MUHAMMAD ISMI (SKSI) - 65%

BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN ( L )
1. MUHAMMAD RUSDUN KAMILULLAH B. HEDER (SKFN) - 88%
2. DANISH AIMAN B. ZULKIFLI (SKTG) - 85%
3. MUHD ABD HAIY B. HALID (SKSI) - 83%

BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN ( P )
1. NURHANANI BT. DAUD (SKFN) - 85%
2. SHARIFAH FATIN IZZATY BT. SYED KHIDIR (SKSK) - 82%
3. AINA MARDIAH BT. SHAHROM (SKTB) - 80%
4. NURAIN BT. ABU ABBAS (SKLKn) - 75%

JOHAN KESELURUHAN
SK FELCRA NASARUDDIN - 463 MARKAH

Sekalung TAHNIAH untuk kalian pemenang,
JOHAN akan mewakili ZON PKG BOTA ke
MAJLIS TADARUS AL-QURAN
PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH

SALAH DAN SILAP MOHON DIMAAFKAN....
* Berita bergambar akan menyusul kelak - harap maklum.

Monday, March 16, 2009

PTK : Moga Kita Berjaya

Sila klik S.I.N.I untuk latih tubi menjawab soalan PTK secara Online.
Kot ia pun baca buku le dulu......
Moga kejayaan mengiringi kita semua.

Friday, March 13, 2009

KECEMERLANGAN & GAYA PEMBELAJARANMU INSPIRASI KAMI

KOTA BHARU, 12 Mac - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.

Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini. Image

Dengan keputusan itu Nik Nur Madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di Kelantan dalam peperiksaan terbabit.

Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).

Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 memperolehi keputusan 17A.

Manakala Suhazlinda Ghazali diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) apabila memperolehi pencapaian 10 mumtaz dalam peperiksaan itu tahun lepas.Image

Hadir sama pada majlis penuh bersejarah tersebut, ibu Nik Nur Madihah, Mariani Omar, 42 dan ayahnya Nik Mohammad Kamal.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ustaz Zakaria Mohamad dan penolong-penolong pengarah Yik, tenaga pengajar sekolah terbabit, pelajar serta ibu bapa serta pelajar cemerlang SPM 2006, Siti Fatimah.

Mohd Amar ketika mengumumkan keputusan berkenaan berkata, sebanyak 17 sekolah Yik memperolehi keputusan peperiksaan 100 peratus dalam SPM termasuk Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang pertama kali menduduki SPM.

Katanya, dua pelajar Maahad Tahfiz Sains mendapat 11A.

Image "Pencapaian keseluruhan membanggakan memandangkan tahun 2007 hanya 15 sekolah Yik memperolehi kelulusan 100 peratus," katanya.

Beliau juga berkata, seramai tiga pelajar memperolehi keputusan 13A, 11 orang (12A) dan lima orang (11A).

Kata beliau secara keseluruhannya pencapaian peperiksaan SPM 2008 meningkat sebanyak 2.45 peratus apabila melonjak kepada 98.01 peratus.

Mohd Amar juga meluahkan rasa kecewa apabila keputusan peperiksaan tersebut lewat diumumkan kerana kurang mendapat kerjasama pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPN).

Difahamkan pegawai JPN melengah-lengah penyerahan slip keputusan sekolah agama kepada pegawai Yik yang datang mengambil keputusan tersebut pagi tadi. Image

"Tak perlulah kita nak sorok atau rahsiakan kejayaan pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Apa salahnya kalau dimaklumkan awal kepada kami," ujarnya.

Mohd Amar juga berkata, antara rahsia kejayaan pelajar agama di bawah Yik kerana tidak pernah membelakangkan syariat dalam semua hal termasuk pendidikan.

"Namun sikap pihak tertentu yang memperlekehkan sekolah agama dan hari ini mereka melihat sendiri kejayaannya," kata beliau. - mj _

Thursday, March 12, 2009

MTQ ZON BOTA : MENANTIKAN KEDATANGANNYA

Tarikh
25.3.2009 (RABU)
Masa : 2.30 ptg
Acara yang akan dipertandingkan :
Tilawah Al-Quran, Tahfizul Quran & Bercerita Kisah Daripada Al-Quran
Penyertaan : 16 buah sekolah PKG BOTA
Mai ramai2 datang sama....

Wednesday, March 11, 2009

TIDAK SESEKALI DILUPAKAN....SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA

Wadah pemangkin perubahan keluarga dan anak bangsa....jgn sesekali terabai peranan KALIAN memupuk suami dan ahlinya menjauhi lorong-lorong ke NERAKA.

Monday, March 2, 2009

BERTEMU...BERPISAH...KERANA ALLAH

Majlis Perpisahan Pn. Norhafizah bt. Harun dibuat sejurus sahaja Majlis Anugerah Kualiti 2008/09. Walaupun dibuat secara sederhana namun ianya penuh bermakna. Setelah 13 tahun beliau bertugas memerah keringat mendidik anak bangsa sanak saudara di SK Lambor Kanan, kini berubah angin atas faktor kediaman barunya kini Seri Iskandar.

Walau dimana jua berada dan tenaga mendidik ini diperlukan , kami warga sklamborkanan.blogspot.com sentiasa mendoakan keberkatan berpanjangan. Ampun dan maaf dari kami semua. Wassalam....

Sunday, March 1, 2009

NURUL NADIA SALEH : TOKOH MURID 2008/09

TAHNIAH & SYABAS, kepada Adik Nurul Nadia bt. Salleh sekeluarga diatas penganugerahan 'TOKOH MURID 2008/09'. Sila klik S.I.N.I untuk paparan photo lain.Sesungguhnya anugerah ini adalah bertepatan dengan pencapaian yang telah diperolehi olehnya sepanjang tempoh berada SK Lambor Kanan selama 6 tahun. Cemerlang akademik & ko-kurikulum yang konsisten sebagai pengukur pemilihannya. Kejayaan demi kejayaan sepanjang tempoh tersebut yang turut menjulangkan nama sekoah ke peringkat Kebangsaan dalam bidang ko-akademik (Amali Sains).
Moga anugerah ini menjadi sebagai pendokong dirinya untuk bersedia menempuh pelbagai dugaan yang akan dihadapi. Jauhkan usaha diri yang meronta mencari kesenangan ketika belajar. Ingat 'bersakit2lah dahulu , & bersenang2 kemudian'Rangkuman peristiwa yang berlaku sekitar Hari Anugerah Kualiti 2008/09. Tahniah buat kalian jawatankuasa program terutama dua tonggak iaitu 'The Twin Nurul' (Pn. Nurul Fitri sebagai SU & Pn. Nurul Asma selaku PSU) , Pn, Noraishah sebagai Pengurus Peserta & juru acara cemerlang (Sdra Azran bersama pasangan duetnya Pn. Norazean) InsyaALLAH kecemerlangan menjalankan tugas ini memungkinkan jawatan tersebut akan dikekalkan untuk hujung tahun. (Alasan : Tahunnya tidak berubah). So, get ready!!!. Keberkatan melindungi kalian.

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN