Tuesday, November 30, 2010

Bantuan Khas Kewangan Kedua Tahun 2010 mulai 1 Disember


Kerajaan telah memutuskan supaya Bantuan Khas Kewangan kali kedua sebanyak RM500.00 diberi kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan terhadap sumbangan pegawai yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan agenda Kerajaan.

Maklumat lanjut sila rujuk Pekeliling dibawah.

http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=1496

Monday, November 1, 2010

Syabas dari kami walaupun KEDUA

Kami warga SK Lambor Kanan mengucapkan syabas diatas pencapaian Cikgu Siti Fatimah Zainol selaku Naib Johan Kejohanan Badminton Tertutup Kawasan Bota - Seri Iskandar. Kejayaan ini yang dikongsi bersama rakan regunya Cik Zulhaniza.

Action selaku Naib Juara semalam

Inilah hasil usaha gigih beliau dan regu barunya dalam pembabitan beliau di arena badminton. Moga kejayaan akan terus dicapai olehnya dalam memartabatkan mutu sukan dalam daerah ini.

**p/s : mana perginya partner lama kak, Cikgu Ida tu?

Thursday, October 28, 2010

4 Golongan Lelaki Akan Ke Neraka Kerana Wanita...

Pertama:-

'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:-

'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:-

'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-

'Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.


Dipetik daripada: http://www.facebook.com/?ref=home#!/note.php?note_id=446729775937&id=100000628443398

Friday, October 22, 2010

HARI KOKURIKULUM 2010


Setelah perancangan dilakukan maka sempurnalah program Hari Kokurikulum 2010 bagi sekolah kami. Tahniah buat mereka yang telah terlibat dan menyertainya. Bermula dengan solat jemaah Zohor ikuti memasak telur dalam tanah , Amazing Race & Senamrobik.

Seramai 101 orang murid telah terlibat dan kerjasama guru juga amat memberangsangkan. Alhamdulillah ianya memberikan peluang murid bagi berfikir diluar kotak menjana minda survival hidup. Guru Besar En Ahmad Safri telah pun menyempurnakan perasmian penutup dan berharap agar program seumpama ini diteruskan kelak.



Monday, October 11, 2010

Jangan Lepaskan Peluang : Aplikasi Permohonan KPLI j-QAF 2011


Bagi sahabat-sahabat yang ingin menjadi pendidik sejati membantu mendidik anak bangsa seikhlas hati tiada sebarang paksaan atau bukan sebagai pilihan terakhir mendapat kerja. Maka amat-amat dialukan untuk mengambil peluang mengisi borang yang kini terbuka kepada seluruh warga negara Malaysia.

Kami mengalu-alukan aduhai jiwa pendidik yang kini diluar agar sama-sama kami mendidik anak bangsa kearah keahaman Islam hakiki luhur dari hati yang bersih. Tenaga kalian amat diperlukan dalam memartabatkan Islam hakiki didokong sepanjang masa.

Aidilfitri diambang Zulkaedah 1431


Sederhana dan meriah. Itulah ungkapan yang boleh dikongsikan kepada penggelintar dialam maya ini. Kami seluruh warga sekolah dapat bekerjasama dalam menjayakan program sambutan Aidilfitri bersama warga sekolah setelah selesai peperiksaan UPSR dan juga Peperiksaan UPKK Ujian Penilaian Kelas KAFA (petang).

Kredit diberikan kat Ustazah Sabtiah yang berlumus tungkus (susah payah) nak menjayakan jua majlis seumpama ini. Kali ini nasi ayam, lemang rendang & cendol antara juadah yang menjadi santapan kami warga sekolah dalam majlis ini. Walaupun diadakan dalam sederhana namun kelihatan murid-murid yang sangat seronok berwarna warni hadir pada hari tersebut. Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan lancar.


Monday, October 4, 2010

Majlis Perpisahan GB En. Abu Naim @ Sutera Bayu

Alhamdulillah , pada hari ini 4 Oktober 2010 kami 'BAGUS' Badan Kebajikan Guru Dan Staf sekolah kami menghadiri jamuan perpisahan Guru Besar En. Abu Naim b. Hamzah dan meraikan kehadiran Guru Besar Baru En. Ahmad Safri b. Ismail. Perjalanan menjangkau 40 km kami merentas desa ke Teluk Intan destinasi pilihan.

Selera masakan Restoren Sutera Bayu, Teluk Intan menjadi lokasi jamuan diadakan. Agenda yang sederhana menjadikan majlis ini berjalan lancar dipengerusikan oleh : Pn. Siti Fatimah bt. Zainol. Doa, ucapan dan penyampaian hadiah secara ringkas. Santapan penuh selera mengenyangkan diri kami yang hadir. Moga amanat dan ucapan kedua - dua yang diraikan akan menyatukan semangat kami dalam melaksanakan tugasan disekolah kami. InsyaALLAH.



Thursday, September 30, 2010

Thursday, September 23, 2010

Mahrajan Sukan Memanah IPA Peringkat Kebangsaan

Kini sedang berlangsung hingga 24 September 2010 Festival Sukan Memanah Institut Pengajian Agama Peringkat Kebangsaan Kali - 2. Alhamdulillah, admin berpeluang menimba pengalaman selaku urusetia dan juga berpeluang mempelajari sedikit sebanyak perihal sukan yang menjadi sunnah Rasulullah SAW ini. Why not kita try.....

Tuesday, September 21, 2010

Ma'a Najah 'Semoga Berjaya' buat calon UPSR 2010

Hari ini 21 - 23 September 2010, adalah peperangan UPSR 2010
dijalankan diseluruh negara kita. Belajar, usaha dan kni bertawakal. Info seramai 30 calon SK Lambor Kanan mengambil peperiksaan kali ini disamping seorang calon tumpang hadir.
Moga kejayaan kan mengiring kalian.

Ahlan wasahlan Ya Mudir Cikgu Ahmad Safri

ISNIN 20.9.2010, Suasana perhimpunan pagi ini kelihatan tenang dan dingin mengalu-alukan kehadiran Tuan Guru Besar baru kami iaitu En. Ahmad Safri b. Ismail. Selamat datang diucapkan kepada beliau diatas pertukarannya dari SK Selat Pulau, Kg. Gajah. Beliau berasal dari Kampung Telok Sareh, iaitu kampung bersebelahan dengan Kg Lambor Kanan ini.

Dikesempatan perhimpunan ini , beliau diberikan untuk memberikan ucapan sulung dan amanat khas buat seluruh warga sekolah termasuk suntikan akhir calon UPSR 2010. Ucapan yang disampaikan membuka lembaran baru dan harapan kekuatan semangat kerja berpasukan demi mencapai matlamat pendidikan yang gemilang terutama anak-anak bangsa SK Lambor Kanan.

Tahniah kami ucapankan moga kehadiran cikgu kan hadirnya semangat baru.

Saturday, September 18, 2010

Terima Kasih GB Cikgu Abu Naim Hamzah

JUMAAT 17 September 2010, Satu majlis sederhana telah diadakan bagi meraikan pertukaran GB Cikgu Abu Naim b. Hamzah ke jawatan yang sama di SK Felcra Nasaruddin, Bota. Selain dari ucapan wakil murid dan guru disampaikan juga hadiah cenderahati dari murid untuknya.

Dikesempatan ini seluruh warga SK Lambor Kanan mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih atas jasa baik selama 2 tahun 3 bulan mentadbir dan menerajui kami di sekolah ini. Kemaafan dan keampunan dari pelbagai jenis dosa sesama insan ditagih demi meneruskan kelangsungan perkhidmatan yang cemerlang dalam memartabatkan institusi pendidikan buat anak bangsa.

Moga Allah merahmatimu, dan berkhidmat atas segala yang terdaya oleh kita.

Friday, September 3, 2010

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Alhamdulillah 3.9.2010 JUMAAT, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Pengurusan dan pentadbiran sekolah kami telah berjaya menjayakan Majlis Khatam al-Quran & Penutup Program Ihya Ramadan.
Jika sehari belumnya , majlis bacaan Yasin UPSR telah diadakan dalam keadaan sederhana diikuti meraikan anak-anak Yatim dan fakir miskin ke gedung pakaian Kg Gajah & Seri Iskandar. Setinggi terima kasih dan penghargaan buat penderma yang budiman atas sumbangan yang telah diberikan kepada pihak penganjur, semoga Allah memberkati segala su
mbangan dan usaha kalian.

Seawal jam 8 pagi , admin telah menayangkan kepada seluruh murid dengan Rakaman Akademik Al-Quran 4 bagi meningkatkan motivasi murid dan odean kepada minatnya mendengar alunan bacaan al-Quran. Sejurus itu taklimat disampaikan oleh admin bagi memulakan Majlis Khatam al-Quran pada pagi ini. Apa yang membuat kelainannya bacaan dimulakan dari surah an-Naba hingga surah an-Nas. Kemerduan suara guru-guru dan murid-murid terpilih memecah kesunyian pagi dengan rahmat Allah.


Doa dibaca pohon keredhoaan Allah dan sesungguhnya keberkatan majlis khatam al-quran menjadikan doa diaminkan dengan rasa keinsafan dan pengharapan dari hamba Allah buat tuhan Yang Maha Esa. Sijil dan cenderahati disempurnakan oleh tuan guru besar. Bagi semua murid tahun 6 yang telah khatam al-quran senaskhah quran setiap murid dijadikan bekalan mereka menuju usia remaja. Beg yang berwarna warni menarik minat seluruh warga yang hadir adalah cendehati buat seluruh murid yang telah pun membaca al-quran.

Semoga hadiah yang disampaikan menjadi inspirasi buat murid-murid untuk terus menerus meminati al-quran dalam kehidupan mereka kelak. Amin Ya Rabb.

Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA !!! & Iftar 'BAGUS' @ SK Lambor Kanan

ISNIN 30.8.2010, perhimpunan pagi ini diisi dengan beberapa agenda yang telah disusun sebegitu rupa bagi meraikan Sambutan Hari Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke-53. Alhamdulillah , itulah ungkapan yang harusnya dinukilkan agar kita mengetahui akan kekuasaan-Nya menjadikan kita terus menerus mengecapi nilai kemerdekaan. Namun hakikatnya umat Malaysia seharusnya tidak alpa dalam mengisi kemerdekaan kerana kelak akan menjahanamkan semula rukun Negara yang kian punah dek pemikiran barat yang masih berkubu disanubari anak-anak Malaysia.

Ucapan aluan pengerusi majlis yang disandang oleh Pn. Norzafahalila Kamis. Doa kesyukuran pula diungkapkan oleh admin dan ucapan perasmian disampaikan Pn. Rosnah Othman. Sejurus itu beberapa lagu Patriotik dikumandangkan oleh murid-murid. Moga pengisian kemerdekaan seiring dengan tuntutan sebenar Agama Islam pastinya menjadikan kehidupan akhirat sebagai matlamat akhir yang gemilang.


Pada petangnya pula, Badan Kebajikan Guru dan Staf 'BAGUS' menganjurkan iftar bersama di sekolah. Program seumpama ini secara tidak langsung dapat mempereratkan lagi ukhuwah dikalangan anggota organisasi sekolah dalam mengapai kegemilangan pelajar. Kehadiran hampir seluruh keluarga (selain yg punyai halangan utk hadir) menampakkan keserasian sesama guru yang secara tidak langsung akan menghilangkan pra-sangka buruk sesama ahli.

Friday, August 27, 2010

Selingan ramadan orang Bota

Terkadang kita jua perlukan hiburan untuk gelak ketawa. Namun pastinya gelak dengan sopan satun.

Wednesday, August 25, 2010

Alhamdulillah : Kakitangan k'jaan dapat duit raya RM500

Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar bantuan khas kewangan sebanyak RM500.

civil servants 200404Dalam satu kenyataan hari ini, perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Ia akan dibuat sebelum 1 Syawal.

"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

Cuepacs harap bonus lebih tinggi

Dalam reaksi spontan, kongres kesatuan pekerja-pekerja dalam perkhidmatan awam (Cuepacs) dan persatuan pesara kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 seperti yang diumumkan hari ini.

civil servants government workersPresiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Aidilfitri bulan depan.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam," kata ketika dihubungi.

Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober ini.

-Bernama

Saturday, August 21, 2010

TIPS MENYAMBUT KEHADIRAN RAMADAN

· Memasuki Ramdan dengan penuh kegembiraan.

· Mengulangkaji Ilmu berkaitan dengan Puasa.

· Memperbanyakkan Doa.

· Menguatkan Azam.

· Meningkatkan Kesungguhan Beramal Berterusan.

· Hapuskan Amalan Biasa yang bertentangan Islam.

AMALAN TERBAIK TAHUN INI

Saya berazam akan :-

· Khatam al-Quran.

· Taubat Nasuha.

· Melakukan Amal Soleh dengan Istiqomah.

· Memperbanyakkan Amal Kebaikkan.

· Memperbaiki Akhlak & Pekerti dengan orang lain.

· Menyampaikan dakwah Islam.

· Mempertingkatkan ibadah dan merancang apa yang perlu dilakukan untuk ibadah tersebut.

10 TIPS UNTUK SAMPAI KEPADA TAHAP

PUASA KHAWASIL KHAWAS

1. Menjaga Pancaindera : mata, telinga, lidah, hidung, kaki, tangan dan anggota kemaluan.

2. Qiamulail : Hidupkan malam dengan beribadah.

3. Bersedekah : “Sebaik-baik sedekah ialah sedekah di bulan Ramadan.” - hadis.

4. Menjamu Makanan : Wujud ukhuwh kasih saying.

5. Tadarus : memperbanyakkan bacaan al-Quran.

6. Iktikaf Selepas Subuh di Masjid hingga terbit matahari.

7. Iktikaf Malam di Masjid

8. Mengerjakan Umrah.

9. Mencari-cari Lailatul Qadar

10. Zikir, Doa dan Beristighfar diperbanyakkan

Wednesday, August 11, 2010

'Marhaban Ya Ramadan'


'Beribadahlah seolah-olah kita kan mati esok hari....
Berbaktilah seakan kita hidup 1000 tahun lagi'

Monday, August 9, 2010

Tahniah & Syabas : Bergelar 'Graduan'

Baru-baru ini 2 orang dari Guru SK Lambor Kanan telah pun menghadiri majlis Graduasi OUM Ke-8 di PWTC. Mereka ialah Pn. Aisah bt. Baharim (bidang seni) dan Pn. Nurul Asma bt. Zaharan (bidang Matematik).
Tahniah dan syabas dari kami Kelab 'BAGUS' Badan Kebajikan Guru Dan Staf atas pencapaian mereka. Moga pencapaian ini akan memberikan rangsangan untuk memartabatkan ilmu dalam kehidupan seharian.

* admin hanya keleh je, sebab tak sempat nak pakai jubah tu tahun lepas. Syabas dan jangan mengalah lagi. Cepat pohon kat SPP utk tujuan lantikan.

Friday, August 6, 2010

Majlis Perpisahan & Kesyukuran APC & Lulus PTK

Baru-baru ini 'BAGUS' Badan Kebajikan Guru & Staf telah mengadakan Majlis Perpisahan & Kesyukuran APC PTK. Perpisahan adalah Pn. Norshamsuniah ke SK Taman Teknologi, Seri Iskandar & En. Zainuddin ke SK Toh Paduka Raja, Teluk Sareh.


APC pula adalah sepertimana yang telah dimaklumkan iaitu Pn. Hjh Rosnah & En. Murat. Bagi Lulus PTK pulah ialah Pn. Siti Fatimah yang mana kini Gred DG41 TK2.


Kami yang lain tumpang tuah. Sementara itu Guru Besar juga menyempurnakan penyerahan hadiah Harijadi guru & staf yang telah menyambut hari ulangtahun kelahiran mereka sejak Jan - Julai. Sementara itu Pengerusi Kelab Guru & Staf yang kini bergelar 'BAGUS' pula melancarkan logo baru 'BAGUS' dimana ianya menjadi rasmi lambang buat penyatuan seluruh warga kerja SK Lambor Kanan yang bertemakan 'BERSATU BERKERJASAMA'

Wednesday, August 4, 2010

Vote for win!!!

Setelah 2 minggu dibuka untuk dipertandingkan, hanya satu penyertaan sahaja yang diterima. maka ianya menang tanpa bertanding. Terima kasih buat rakan sejagat , beri laluan admin mencorakkan sesuatu bagi memenangi insentifnya.


Thursday, July 29, 2010

Semoga Panjang Umur, dimurahkan rezeki bertambah amal!!!

Hari ini satu kenduri telah diadakan atas tajaan beberapa rakan warga pendidik sempena pelbagai kesyukuran. Kelihatan penaja utama sibuk melayan rakan sejawatnya yang mana kumbang bujang ini diapit oleh sang bunga yang telahpun berpunya.


Percubaan ayat-ayat manis dijadikan sandaran agar kelak matlamat pencarian bertemu jua.
Terima kasih dari kami buat panaja-penaja semua.

Monday, July 26, 2010

Minggu Panghayatan Israk & Mikraj : Sederhana & Meriah

Pengendalian Program Israk & Mikraj tahun berjalan dengan lancar dan meriah.
Terima kasih buat mereka yang telah menjayakannya dalam beberapa pertandingan yang telah dijalankan sepanjang minggu 19 - 23 Julai 2010. Sambutan penyertaan yang memberangsangkan dan sikap positif ditonjolkan warga pendidik dan staf dalam acara tekasilangkata juga amat meriah dengan kerenah masing2.


Penceramah pula didatangkan khas daripada UIAM iaitu Ustaz Yahya. Kini beliau melanjutkan pelajaran dalam Master Sunnah disana. Manakala penyampaian hadiah pula telah dapat disempurnakan pada pagi tadi diperhimpunan Isnin. Berikut adalah keputusan penuh Pertandingan Israk & Mikraj kali ini.

TAHNIAH & SYABAS


AZAN & IQOMAH TAHAP 1
1. Madihah bt. Amir Hamzah
2. Muhd Faiz b. Ahmad Shabuli
3. Faizerul Issma b. Mohd Zahari
4. Haris b. Musa

AZAN , IQOMAH & DOA TAHAP 2
1. Arief Solhi b. Zubair
2. Md Firdaus b. Samsuri
3. Md Syazwan b. Rosli
4. Adib Norman

DOA QUNUT TAHAP 1
1. Madihah bt. Amir Hamzah
2. Nur Anis Ashiffa bt. Isha
3. Norsuhaila bt. Aminuddin

DOA QUNUT TAHAP 2
1. Nur Atiqah bt. Abu Abbas
2. Nurrul Adilah bt. Radzi
3. Sofia bt. Ah Ismail
4. Md Safwan b. Isa

BACAAN TAHIYAT AKHIR TAHAP 1
1. Nur Anis Ashiffa bt. Isha
2. Md Faiz b. Ah Shabuli
3. Nurhayatul Asma
4. Majidah bt. Amir Hamzah

BACAAN TAHIYAT AKHIR TAHAP 2
1. Nur Atiqah bt. Abu Abbas
2. Fatin Farhana bt. Ah Shabuli
3. Nur Afiqah bt. Zulkifli
4. Nurainirah bt. Zubir

MEWARNA PERLAKUAN SOLAT PRA SEKOLAH
1. Nur Farah Liana bt. Raman
2. Adriana Sofea bt. Mazlan
3. dayang Nurul Huda Farhana bt. Zulkifli
4. Nur Najlaa bt. Mohd Salleh

KUIZ TEKA SILANGKATA GURU & STAF
1. En. Azran
2. Pn. Nurul Asma
3. Pn. Noor Hasnida


Thursday, July 22, 2010

Doa Kesihatan buatmu Kak Salha

Musibah disulami Redho Allah adalah perkara yang perlu hadir dalam diri kita sebagai manusia. Giliran kita kan tiba dan pengharapan agar 'mencegah lebih baik daripada mengubat' perlu ditanamkan dalam hati.

Kak Salha singgah sebentar disekolah hari ini

Begitulah ceritanya bilamana salah seorang dari staf sekolah kami iaitu Kak Salha, Pembantu Am kini terlantar mengidap penyakit kencing manis. Beberapa minggu sebelum ini beliau mengalami luka dibahagian kaki akibat terpijak dawai kokot di pejabat. Pada asalnya tiada sebarang kesakitan dirasai namun dawai kokot yang tak dapat dikeluarkan itu rupanya melarat, menerima rawatan di Hospital Desa Changkat Melintang. Kemudiannya beliau dimasukkan ke Hospital Besar Ipoh dan kini menjalani pembersihan bahagian luka kakinya tersebut sepanjang minggu.

Kami seluruh warga Lambor Kanan mendoakan agar kesihatan beliau akan pulih sepenuhnya bagi menjalani kehidupan sempurna sepertimana biasa. InsyaALLAH, SyafakALLAHu bikhair.

Wednesday, July 21, 2010

Teka Silangkata Sempena Israk & Mikraj Guru & Staf


Hari ini suasana Guru-guru dan kakitangan sekolah agak menarik dek kerana menjawab soalan kuiz sempena Program Israk & Mikraj anjuran Panitia Pendidikan Islam. Walaupun Teka Silangkatanya tak lah seberapa namun kerjasama dan kelam kabut guru-guru dan staf yang lain mencuit hati kami semua. Tempoh yang diberikan oleh admin selama 4 jam memungkinkan mereka berusaha sedaya upaya bagi merebut kejuaraan.

Ada yang lambat nak masuk jawi, ada yang tak sempat masuk jawi... semuanya gara - gara teka silangkata kena jawab dalam ejaan jawi.

Jika beberapa tahun lalu, pertandingan sesama guru dan staf sekolah membaca petikan berita akhbar dalam tulisan jawi, tahun ini teka silangkata dalam Jawi. Moga kejayaan dan percambahan ilmu kembali berfokuskan pengetahuan Islam akan menjadi pemankin kekuatan serta keyakinan diri. InsyALLAH.

Tuesday, July 20, 2010

Setkan pada alat GPS anda!!!

Perkongsian untuk memudahkan sasaran kalian hadir ke SK Lambor Kanan. Boleh membantu kalian pengguna alat GPS tanpa sesat menuju kemari.

Thursday, July 15, 2010

Isra' & Mikraj @ SKLKn : Coming Soon!!!

Bersama mengingati dan menghayati Bulan Penghayatan Solat.
Tiada kata bagi kita untuk mengabaikan Solat dalam kehidupan seharian.

Banner yang akan digantungkan diperkarangan sekolah kami sedikit masa lagi.

PENERIMA APC TAHUN 2009 : SYABAS & TAHNIAH

Kecemerlangan mereka berbaloi dengan terpilih selaku Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2009. Semoga kecemerlangan menjawat sebagai pengurus dan pentadbiran Sekolah Kebangsaan Lambor Kanan ini akan dapat diteruskan dan merapatkan jurang ukhuwah diantara warga pendidik dan pengurasan sekolah ini.

Syabas dan tahniah , harapan kalian pendidik agar kan hadir kecemerlangan murid Tahun 2010 ini hasil pengurusan dan pentadbiran yang cemerlang. Amin Ya Rabb.

*Pak Meon berkata : "Tingkatkan komunikasi, cemerlanglah diri. Tiada pendidik , kecemerlangan pengurusan tidak kan terbit."

Wednesday, July 7, 2010

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Matematik 2010


Alhamdulillah , pihak sekolah dengan tenaga pengajar tahun 6 telah berjaya mengadakan Bengkel Teknil Menjawab Soalan Matematik Tahun 6 2010. Bengkel telah dijalankan pada 7.7.2010 sejurus sahaja mesyuarat guru dan kakitangan diadakan. En. Mohammad Razhuan b. Napi selaku Guru Cemerlang Matematik dari SK Tepus, Parit telah menyampaikan sesuatu mutiara berharga iaitu teknik menjawab soalan bagi subjek Matematik.

Pelbagai tips dan penekanan telah pun dapat dihuraikan bagi membantu calon UPSR tahun ini dalam menghadapi ujian kelak. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesanggupan beliau dalam menyampaikan tips yang sangat berguna buat calon SK Lambor Kanan tahun ini. Moga ilmu tersebut akan dapat dimanfaati kelak dalam merangka kejayaan yang cemerlang lebih-lebih lagi bagi mata pelajaran Matematik ini.

AHLI KELAB TELAH PUN BERSUARA

Tertera dinotis board bahawa bagi mesyuarat Kelab Guru & Kakitangan Sekolah 2010 dijadualkan pada hari ini 7.7.2010 jam 1.05 petang. Suatu ketetapan telah pun ditetapkan dan bersama ini dipaparkan.
Gandingan mantap, berpengalaman, bertenaga dan bercita rasa alaf baru kelak, Insyallah akan ditampilkan dengan pelbagai aktiviti yang dirancang. Moga ukhuwah kelab yang dijalinkan ini akan merangsang perkembangan motivasi setiap warga sekolah menjadi cemerlang kualiti yang dihasilkan.

* admin mohon maaf secara terbuka diatas ketidak hadiran di mesyuarat tersebut atas urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan. Syukur alhamdulillah konspirasi asal tidak menjadi. Kita merancang, perancangan Allah mengatasi segalanya.

Wednesday, June 30, 2010

'Gabungan majlis guru besar sokong UPSR dihapus'

KUALA LUMPUR: Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) menyokong Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dihapuskan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, GMGBM berpendapat ada baiknya peperiksaan awam diadakan sekali saja kerana dari segi nilai hanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang boleh diguna untuk mendapatkan pekerjaan dan memohon kemasukan ke universiti.“Sijil UPSR dan PMR (Penilaian Menengah Rendah) bukan ‘tiket’ bagi kemasukan ke universiti atau berguna dalam mencari pekerjaan, malah Malaysia antara negara yang banyak menawarkan peperiksaan awam berbanding negara lain.“Justeru, GMGBM sebulat suara menolak peperiksaan UPSR, bagaimanapun akan ada peperiksaan dalaman yang lain bagi menilai prestasi pelajar,” katanya pada sidang akhbar bersama media selepas menghadiri majlis konvokesyen Kolej Teknologi YPC-iTWEB (Kolej YPC), di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Kolej, Datuk Wira Syed Ali.

Pada konvokesyen itu, 161 graduan menerima diploma perniagaan dan teknologi maklumat dan 46 graduan menerima sijil kursus asasi perniagaan dan teknologi maklumat.

Pada 21 Jun lalu akhbar melaporkan Kementerian Pelajaran akan mencadangkan UPSR dan PMR dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan.
Sementara itu, Puad berkata, kerajaan akan memperluaskan Sijil Kemahiran Malaysia iaitu tidak terhad untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saja, sebaliknya ia akan diberi kepada mereka yang telah bekerja berdasarkan pengalaman mereka bekerja tanpa perlu mengikuti pengajian.

"Mereka yang sudah bekerja, katalah dia bekerja di bengkel membaiki kereta dan motor...jadi pengalaman dia selama lima tahun boleh dinilai sama ada dia layak diberikan Sijil Kemahiran Malaysia walaupun dia tidak mengikuti kursus macam pelajar biasa yang masuk kuliah dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, pemberian sijil ini akan dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Monday, June 28, 2010

Kemeriahan Sederhana @ 1st Hari Keluarga GPI SKLKn

26 Jun, 2010 buat pertama kalinya Guru-guru Pendidikan Islam SK Lambor Kanan telah mengadakan Hari Keluarga bertempat di Lumut Country Resort, Lumut, Perak. Bertemakan 'Hidup Sepakat Hadirnya Berkat' telah menjadikan kesatuan fikrah sesama gpi menjadi mantap dan ukhuwah tererat. Seawal 1.30 pm kami telah melapor diri dan kelihatan 2 kolam renang melambai-lambai kehadiran kami. Memandangkan ini adalah program Hari Keluarga Pertama buat kami, maka tidak banyak aktiviti yang kami jalankan manakan tidaknya hampir kesemua ustazah-ustazah terpaksa melayan anak kecil mereka dengan pelbagai ragam. Menyusu, meragam, merenget dan sebagainya menjadikan aktiviti kami agak terhad. Bagi Madihah dan Majidah menjadi rutin bila hadir di penginapan seumpama ini maka berenang dan mandi kolam menjadi keutamaan.

Di malam harinya , setelah menunaikan solat Isya' berjemaah di bilik masing-masing kami bergerak ke Restoran Bakar D' Muara, Lumut. Dengan pelbagai hidangan kami 4 sekeluarga menikmati hidangan yang telah siap ditempah dengan penuh rasa bersyukur. Ikan Siakap Kerabu, Daging Rusa Blackpaper, Sup-sup Campur, Telur Bistik, Sotong Goreng, Jus Amrah Asam Boi, Jus Oren, & Jus Laici menjadi juadah yang memberikan keriangan bersama. Syukur tak terhingga sambil menikmati juadah kami beramah mesra sesama keluarga dan menjadikan aktiviti yang santai ini menarik dan hilang ketegangan berkerja.

Selesai sahaja menikmati jamuan, kebanyakkan dari kami mengambil kesempatan bersiar di Waterfront , Lumut dengan kemeriahan hujung minggu. Bagi saya dan keluarga , akibat dek demam Piala Dunia, maka kami terus pulang dan menonton perlawanan Round ke-2 , Uruguay vs Korea Selatan di bilik penginapan.

Jam 2.30 pagi Ahad, barulah muncul Ustaz Fikri Hakim bersama wakil orang rumahnya Cikgu Azman tiba ke penginapan kami ini. Mereka yang baru sahaja selesai program Motivasi di SMK Sultan Abdullah, Chenderong Balai terus ke Lumut. Keesokkan harinya, kami bersama bergerak ke kawasan taman permainan Waterfront, Lumut dengan sarapan yang dibeli secara bersama. Sambil menikmati sarapan anak2 kecil bermain taman dengan girang dan kami jalankan pertandingan 'puzzle' anak2. Sejurus itu pertukaran hadiah dijalankan sesama anak2 dan majlis bergambar beramai-ramai. Ketiadaan Ustazah Sabtiah selaku Pengerusi Panitia Pendidikan Islam sendiri yang terpaksa menarik diri disaat - saat akhir , agak mengecewakan namun inilah yang dikatakan bahawa 'Kita merancang dan sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan'.

Walaubagaimanapun, InsyaALLAH pada tahun hadapan kita kan rancang dengan lebih baik lagi bersama aktiviti yang mungkin lebih menarik, InsyaALLAH.

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN