Thursday, July 29, 2010

Semoga Panjang Umur, dimurahkan rezeki bertambah amal!!!

Hari ini satu kenduri telah diadakan atas tajaan beberapa rakan warga pendidik sempena pelbagai kesyukuran. Kelihatan penaja utama sibuk melayan rakan sejawatnya yang mana kumbang bujang ini diapit oleh sang bunga yang telahpun berpunya.


Percubaan ayat-ayat manis dijadikan sandaran agar kelak matlamat pencarian bertemu jua.
Terima kasih dari kami buat panaja-penaja semua.

Monday, July 26, 2010

Minggu Panghayatan Israk & Mikraj : Sederhana & Meriah

Pengendalian Program Israk & Mikraj tahun berjalan dengan lancar dan meriah.
Terima kasih buat mereka yang telah menjayakannya dalam beberapa pertandingan yang telah dijalankan sepanjang minggu 19 - 23 Julai 2010. Sambutan penyertaan yang memberangsangkan dan sikap positif ditonjolkan warga pendidik dan staf dalam acara tekasilangkata juga amat meriah dengan kerenah masing2.


Penceramah pula didatangkan khas daripada UIAM iaitu Ustaz Yahya. Kini beliau melanjutkan pelajaran dalam Master Sunnah disana. Manakala penyampaian hadiah pula telah dapat disempurnakan pada pagi tadi diperhimpunan Isnin. Berikut adalah keputusan penuh Pertandingan Israk & Mikraj kali ini.

TAHNIAH & SYABAS


AZAN & IQOMAH TAHAP 1
1. Madihah bt. Amir Hamzah
2. Muhd Faiz b. Ahmad Shabuli
3. Faizerul Issma b. Mohd Zahari
4. Haris b. Musa

AZAN , IQOMAH & DOA TAHAP 2
1. Arief Solhi b. Zubair
2. Md Firdaus b. Samsuri
3. Md Syazwan b. Rosli
4. Adib Norman

DOA QUNUT TAHAP 1
1. Madihah bt. Amir Hamzah
2. Nur Anis Ashiffa bt. Isha
3. Norsuhaila bt. Aminuddin

DOA QUNUT TAHAP 2
1. Nur Atiqah bt. Abu Abbas
2. Nurrul Adilah bt. Radzi
3. Sofia bt. Ah Ismail
4. Md Safwan b. Isa

BACAAN TAHIYAT AKHIR TAHAP 1
1. Nur Anis Ashiffa bt. Isha
2. Md Faiz b. Ah Shabuli
3. Nurhayatul Asma
4. Majidah bt. Amir Hamzah

BACAAN TAHIYAT AKHIR TAHAP 2
1. Nur Atiqah bt. Abu Abbas
2. Fatin Farhana bt. Ah Shabuli
3. Nur Afiqah bt. Zulkifli
4. Nurainirah bt. Zubir

MEWARNA PERLAKUAN SOLAT PRA SEKOLAH
1. Nur Farah Liana bt. Raman
2. Adriana Sofea bt. Mazlan
3. dayang Nurul Huda Farhana bt. Zulkifli
4. Nur Najlaa bt. Mohd Salleh

KUIZ TEKA SILANGKATA GURU & STAF
1. En. Azran
2. Pn. Nurul Asma
3. Pn. Noor Hasnida


Thursday, July 22, 2010

Doa Kesihatan buatmu Kak Salha

Musibah disulami Redho Allah adalah perkara yang perlu hadir dalam diri kita sebagai manusia. Giliran kita kan tiba dan pengharapan agar 'mencegah lebih baik daripada mengubat' perlu ditanamkan dalam hati.

Kak Salha singgah sebentar disekolah hari ini

Begitulah ceritanya bilamana salah seorang dari staf sekolah kami iaitu Kak Salha, Pembantu Am kini terlantar mengidap penyakit kencing manis. Beberapa minggu sebelum ini beliau mengalami luka dibahagian kaki akibat terpijak dawai kokot di pejabat. Pada asalnya tiada sebarang kesakitan dirasai namun dawai kokot yang tak dapat dikeluarkan itu rupanya melarat, menerima rawatan di Hospital Desa Changkat Melintang. Kemudiannya beliau dimasukkan ke Hospital Besar Ipoh dan kini menjalani pembersihan bahagian luka kakinya tersebut sepanjang minggu.

Kami seluruh warga Lambor Kanan mendoakan agar kesihatan beliau akan pulih sepenuhnya bagi menjalani kehidupan sempurna sepertimana biasa. InsyaALLAH, SyafakALLAHu bikhair.

Wednesday, July 21, 2010

Teka Silangkata Sempena Israk & Mikraj Guru & Staf


Hari ini suasana Guru-guru dan kakitangan sekolah agak menarik dek kerana menjawab soalan kuiz sempena Program Israk & Mikraj anjuran Panitia Pendidikan Islam. Walaupun Teka Silangkatanya tak lah seberapa namun kerjasama dan kelam kabut guru-guru dan staf yang lain mencuit hati kami semua. Tempoh yang diberikan oleh admin selama 4 jam memungkinkan mereka berusaha sedaya upaya bagi merebut kejuaraan.

Ada yang lambat nak masuk jawi, ada yang tak sempat masuk jawi... semuanya gara - gara teka silangkata kena jawab dalam ejaan jawi.

Jika beberapa tahun lalu, pertandingan sesama guru dan staf sekolah membaca petikan berita akhbar dalam tulisan jawi, tahun ini teka silangkata dalam Jawi. Moga kejayaan dan percambahan ilmu kembali berfokuskan pengetahuan Islam akan menjadi pemankin kekuatan serta keyakinan diri. InsyALLAH.

Tuesday, July 20, 2010

Setkan pada alat GPS anda!!!

Perkongsian untuk memudahkan sasaran kalian hadir ke SK Lambor Kanan. Boleh membantu kalian pengguna alat GPS tanpa sesat menuju kemari.

Thursday, July 15, 2010

Isra' & Mikraj @ SKLKn : Coming Soon!!!

Bersama mengingati dan menghayati Bulan Penghayatan Solat.
Tiada kata bagi kita untuk mengabaikan Solat dalam kehidupan seharian.

Banner yang akan digantungkan diperkarangan sekolah kami sedikit masa lagi.

PENERIMA APC TAHUN 2009 : SYABAS & TAHNIAH

Kecemerlangan mereka berbaloi dengan terpilih selaku Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2009. Semoga kecemerlangan menjawat sebagai pengurus dan pentadbiran Sekolah Kebangsaan Lambor Kanan ini akan dapat diteruskan dan merapatkan jurang ukhuwah diantara warga pendidik dan pengurasan sekolah ini.

Syabas dan tahniah , harapan kalian pendidik agar kan hadir kecemerlangan murid Tahun 2010 ini hasil pengurusan dan pentadbiran yang cemerlang. Amin Ya Rabb.

*Pak Meon berkata : "Tingkatkan komunikasi, cemerlanglah diri. Tiada pendidik , kecemerlangan pengurusan tidak kan terbit."

Wednesday, July 7, 2010

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Matematik 2010


Alhamdulillah , pihak sekolah dengan tenaga pengajar tahun 6 telah berjaya mengadakan Bengkel Teknil Menjawab Soalan Matematik Tahun 6 2010. Bengkel telah dijalankan pada 7.7.2010 sejurus sahaja mesyuarat guru dan kakitangan diadakan. En. Mohammad Razhuan b. Napi selaku Guru Cemerlang Matematik dari SK Tepus, Parit telah menyampaikan sesuatu mutiara berharga iaitu teknik menjawab soalan bagi subjek Matematik.

Pelbagai tips dan penekanan telah pun dapat dihuraikan bagi membantu calon UPSR tahun ini dalam menghadapi ujian kelak. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesanggupan beliau dalam menyampaikan tips yang sangat berguna buat calon SK Lambor Kanan tahun ini. Moga ilmu tersebut akan dapat dimanfaati kelak dalam merangka kejayaan yang cemerlang lebih-lebih lagi bagi mata pelajaran Matematik ini.

AHLI KELAB TELAH PUN BERSUARA

Tertera dinotis board bahawa bagi mesyuarat Kelab Guru & Kakitangan Sekolah 2010 dijadualkan pada hari ini 7.7.2010 jam 1.05 petang. Suatu ketetapan telah pun ditetapkan dan bersama ini dipaparkan.
Gandingan mantap, berpengalaman, bertenaga dan bercita rasa alaf baru kelak, Insyallah akan ditampilkan dengan pelbagai aktiviti yang dirancang. Moga ukhuwah kelab yang dijalinkan ini akan merangsang perkembangan motivasi setiap warga sekolah menjadi cemerlang kualiti yang dihasilkan.

* admin mohon maaf secara terbuka diatas ketidak hadiran di mesyuarat tersebut atas urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan. Syukur alhamdulillah konspirasi asal tidak menjadi. Kita merancang, perancangan Allah mengatasi segalanya.

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN