Thursday, September 30, 2010

Thursday, September 23, 2010

Mahrajan Sukan Memanah IPA Peringkat Kebangsaan

Kini sedang berlangsung hingga 24 September 2010 Festival Sukan Memanah Institut Pengajian Agama Peringkat Kebangsaan Kali - 2. Alhamdulillah, admin berpeluang menimba pengalaman selaku urusetia dan juga berpeluang mempelajari sedikit sebanyak perihal sukan yang menjadi sunnah Rasulullah SAW ini. Why not kita try.....

Tuesday, September 21, 2010

Ma'a Najah 'Semoga Berjaya' buat calon UPSR 2010

Hari ini 21 - 23 September 2010, adalah peperangan UPSR 2010
dijalankan diseluruh negara kita. Belajar, usaha dan kni bertawakal. Info seramai 30 calon SK Lambor Kanan mengambil peperiksaan kali ini disamping seorang calon tumpang hadir.
Moga kejayaan kan mengiring kalian.

Ahlan wasahlan Ya Mudir Cikgu Ahmad Safri

ISNIN 20.9.2010, Suasana perhimpunan pagi ini kelihatan tenang dan dingin mengalu-alukan kehadiran Tuan Guru Besar baru kami iaitu En. Ahmad Safri b. Ismail. Selamat datang diucapkan kepada beliau diatas pertukarannya dari SK Selat Pulau, Kg. Gajah. Beliau berasal dari Kampung Telok Sareh, iaitu kampung bersebelahan dengan Kg Lambor Kanan ini.

Dikesempatan perhimpunan ini , beliau diberikan untuk memberikan ucapan sulung dan amanat khas buat seluruh warga sekolah termasuk suntikan akhir calon UPSR 2010. Ucapan yang disampaikan membuka lembaran baru dan harapan kekuatan semangat kerja berpasukan demi mencapai matlamat pendidikan yang gemilang terutama anak-anak bangsa SK Lambor Kanan.

Tahniah kami ucapankan moga kehadiran cikgu kan hadirnya semangat baru.

Saturday, September 18, 2010

Terima Kasih GB Cikgu Abu Naim Hamzah

JUMAAT 17 September 2010, Satu majlis sederhana telah diadakan bagi meraikan pertukaran GB Cikgu Abu Naim b. Hamzah ke jawatan yang sama di SK Felcra Nasaruddin, Bota. Selain dari ucapan wakil murid dan guru disampaikan juga hadiah cenderahati dari murid untuknya.

Dikesempatan ini seluruh warga SK Lambor Kanan mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih atas jasa baik selama 2 tahun 3 bulan mentadbir dan menerajui kami di sekolah ini. Kemaafan dan keampunan dari pelbagai jenis dosa sesama insan ditagih demi meneruskan kelangsungan perkhidmatan yang cemerlang dalam memartabatkan institusi pendidikan buat anak bangsa.

Moga Allah merahmatimu, dan berkhidmat atas segala yang terdaya oleh kita.

Friday, September 3, 2010

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Alhamdulillah 3.9.2010 JUMAAT, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Pengurusan dan pentadbiran sekolah kami telah berjaya menjayakan Majlis Khatam al-Quran & Penutup Program Ihya Ramadan.
Jika sehari belumnya , majlis bacaan Yasin UPSR telah diadakan dalam keadaan sederhana diikuti meraikan anak-anak Yatim dan fakir miskin ke gedung pakaian Kg Gajah & Seri Iskandar. Setinggi terima kasih dan penghargaan buat penderma yang budiman atas sumbangan yang telah diberikan kepada pihak penganjur, semoga Allah memberkati segala su
mbangan dan usaha kalian.

Seawal jam 8 pagi , admin telah menayangkan kepada seluruh murid dengan Rakaman Akademik Al-Quran 4 bagi meningkatkan motivasi murid dan odean kepada minatnya mendengar alunan bacaan al-Quran. Sejurus itu taklimat disampaikan oleh admin bagi memulakan Majlis Khatam al-Quran pada pagi ini. Apa yang membuat kelainannya bacaan dimulakan dari surah an-Naba hingga surah an-Nas. Kemerduan suara guru-guru dan murid-murid terpilih memecah kesunyian pagi dengan rahmat Allah.


Doa dibaca pohon keredhoaan Allah dan sesungguhnya keberkatan majlis khatam al-quran menjadikan doa diaminkan dengan rasa keinsafan dan pengharapan dari hamba Allah buat tuhan Yang Maha Esa. Sijil dan cenderahati disempurnakan oleh tuan guru besar. Bagi semua murid tahun 6 yang telah khatam al-quran senaskhah quran setiap murid dijadikan bekalan mereka menuju usia remaja. Beg yang berwarna warni menarik minat seluruh warga yang hadir adalah cendehati buat seluruh murid yang telah pun membaca al-quran.

Semoga hadiah yang disampaikan menjadi inspirasi buat murid-murid untuk terus menerus meminati al-quran dalam kehidupan mereka kelak. Amin Ya Rabb.

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN