Tuesday, October 27, 2009

Blog MGC PERAK TENGAH diwujudkan...

http://mgcperaktengah.blogspot.com/

Tahniah dan syabas akhirnya blog MGC Perak Tengah telah dilancarkan. Terima kasih kepada

En.Mohamad Razhuan b Napi, SK Tepus.
sebagai admin.

Insyallah kelak akan dapat dimanfaati oleh sekalian warga pendidik demi memartabatkan pendidikan ditempat yang sebenarnya.

'Kecemerlangan Pendidikan Insan Tanggungjawab Bersama'

Alhamdulillah kutipan luar jangkaan


Alhamdulillah 'Program Lambaian Ka'abah : Duit Raya Ke Tabung Haji' telah memperolehi kutipan luar jangkaan. Seramai 60 orang pendeposit baru (baru buka akaun) dan 39 orang membuat penambahan tabungan. Jumlah kedua2 nya tersebut telah mencapai angka luar jangka.

Moga ini adalah suatu permulaan melangkah menjinakkan hati terhadap kesedaran berusaha melaksanakan tuntutan RUKUN ISLAM KELIMA iaitu Menunaikan Haji Ke BaituLLAHi Haram. Agar ianya dapat diteruskan.

Wednesday, October 21, 2009

ANDA ingin disayangi ATAU menyayangi?

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.....

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.....

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.

Saturday, October 10, 2009

MTQ Pendidikan Khas Peringkat Daerah Perak Tengah

Insyallah, Majlis Tadarus Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Daerah Perak Tengah akan diadakan di SK Lambor Kanan pada dan masa sepertimana berikut :

Tarikh : 13 OKTOBER 2009 / 24 SYAWAL 1430
Mulai Jam : 8.00 Pagi - 12.30 Tengahari

Acara yang akan dipertandingkan :
Tilawah Al-Quran
Hafazan Al-Quran
Laungan Azan
Nasyid
Bercerita
Tulisan Khat

Berikut adalah senarai hakim yang terlibatsila klik untuk besarkan

SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!!

Saturday, October 3, 2009

Jamuan Aidilfitri & Program Lambaian Ka'bah

Alhamdulillah , program yang telah dirancang berjalan dengan lancarnya. Kehadiran ibu bapa dan penjaga amat memuaskan. Sebagaimana biasa ianya pasti melebihi jumlah kehadiran ketika mana Mesyuarat Agong PIBG dijalankan. Apa yang menariknya pada jamuan aidilfitri SK Lambor Kanan pada kali ini adalah dengan jemputan pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji Cawangan Bota.

Kehadiran Tabung Haji kali ini adalah sampingan bersama pelancaran Program Lambaian Kaabah dan Kelab TaHa. Tn.Hj. Roslan selaku Pengurus Tabung Haji Cawangan Bota telah menyampaikan satu slot 'Pengurusan Kewangan Berteraskan ISLAM'. Bukan sekadar jamuan , maka kali ini ibu bapa penjaga dan kami warga SKLKn juga memperolehi cambahan ILMU yang akan memberikan manfaat dan kesedaran buat kami.

JK Panitia Pendidikan Islam telah berjaya mendepositkan hasil sumbangan individu2 dan orang ramai kepada 22 orang Anak Yatim & Fakir miskin dengan kadar RM 70 seorang, sebagai deposit membuka akaun Tabung Haji. Terima kasih buat penderma kalian.

Sejurus sahaja pelancaran program tersebut oleh Tn. Guru Besar, maka kaunter Tabung Haji diserbu sebegitu rupa bagi mendaftar sebagai pendeposit Tabung Haji (membuka akaun) sama ada untuk anak2 mahupun untuk diri sendiri. Bermula dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tghri kaunter tersebut tiada hentinya. Dan anggaran kasarnya tidak kurang RM6K - RM7K jumlah deposit yang telah dikumpulkan sebagai tabungan warga SK Lambor Kanan. Alhamdulillah.

Juadah bagi jamuan kali ini telah disiapkan secara gotong royong yang dikepalai oleh Ustazah Sabtiah And The Geng. mereka telah bertungkus lumus menyediakan juada tersebut hampir 2 hari 2 malam dan sememangnya berbaloi. bagi set2 pahlawan pula sememangnya tugas dewan, PA system dan kacau mengacau menjadi pilihan. Segala kejayaan program seumpama ini tidak akan berjaya sekiranya tiada KERJASAMA diantara kami satu sama lain. TAHNIAH dan TERIMA KASIH diucapkan buat semua yang terlibat.

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN