Friday, June 19, 2009

SAMBUTAN HARI GURU PERAK TENGAH 2009

Tanggal 18 Jun 2009 telah diadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Perak Tengah. Ianya dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Perak iaitu
Tuan Haji Mohd Radzi b. Abdul Jabar.
Bertempat di Dewan Besar SMKA Sultan Azalan Shah, Bota.
Majlis ini adalah program tradisi bagi meraikan pengorbanan dan sumbangan warga pendidik di Daerah Perak Tengah. Beberapa Anugerah telah disampaikan dan antara yang boleh dinyatakan seterusnya diberi penghargaan dari kami Warga SKLKn ialah Anugerah Kepimpinan ICT yang dinobatkan kepada En. Abdul Rahman b. Lodin selaku mantan Guru Besar SKLKn 2001 - 2008.
Moga anugerah tersebut akan memberikan perangsang baginya untuk terus menerus memimpin organisasinya kearah KEGEMILANGAN DUNIA & AKHIRAT.

8 orang guru HEBAT dari SKLKn telah terpilih untuk sama-sama meraikan majlis tersebut. Antara mereka selain Guru Besar, 3 GPK ialah Bro Azhar (gambar kecil), En. Azman & En Azhar. Syabas dan TERIMA KASIH dari kami yang tidak terpilih untuk pergi. ... apa nak kata ...hihihihi

No comments:

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN