Tanggal 7.1.2009 , dua orang pegawai daripada Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah hadir menjalankan tugas mereka di SKLKn. Kehadiran mereka telah pun disambut oleh Guru Besar dan diberi taklimat ringkas penyeliaan pengurusan sekolah 2009.
Pelbagai teguran dan penambahbaikkan dilakukan oleh mereka berdua yang sememangnya tiada kesempurnaan tanpa teguran. Dengan hati yang terbuka warga SKLKn berasa bersyukur dan menganggap kehadiran mereka secara positif (+ve).
Moga perubahan demi perubahan dalam menjayakan visi dan misi sekolah akan tercapai diera peralihan yang telah berlaku besar-besaran disekolah ini.
No comments:
Post a Comment