Saturday, October 18, 2008

Pelajar tendang guru, modal insan gagal. SIAPAKAH BERSALAH

"Ini adalah satu contoh yang buruk ke atas pembentukan modal insan apabila para pelajar seawal usia 14 belas tahun (tingkatan) dua sudah menunjukkan ciri-ciri yang begitu kurang ajar apatah lagi terhadap guru yang mendidik mereka.

"Modal insan yang disebut-sebut itu pula lebih mementingkan aspek material berbanding spritual, akhlak dan keagamaan,"

Menurut Cikgu Azahana, beliau terkejut apabila berita tentang kejadian tersebut mula diketahui para pemberita dan disirkan oleh media.

Jelasnya, beliau melaporkan kejadian di Balai Polis untuk memastikan keselamatan dirinya terjamin.

"Manalah tahu, pelajar berkenaan ada ramai kawan atau saya ditahan ditengah jalan, tapi saya terkejut bila ramai pemberita menghubungi saya dan berita kejadian tersebut pula tersiar di televisyen kelmarin.

"Saya memanggil pelajar berkenaan untuk berbincang bagaimana untuk memberikannya markah selepas lewat menghantar tugasan dan pada belakang kertas folionya pula tertulis perkataan kasar 'gila babi'.

"Dia datang dengan seorang kawan dan selepas ditegur dan dimarahi tentang tugasan dan perkataan kasar itu, berlakulah insiden kekasaran seperti yang dilaporkan media itu," jelasnya.

Laporan Buletin Utama TV3 kelmarin turut memaparkan kejadian itu yang dirakamkan menggunakan kamera video telefon bimbit oleh seorang pelajar kelas terbabit.

“Tiada kompromi,” kata Timbalan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Tey Meng Seng, yang mengulas perbuatan melampau seorang pelajar perempuan tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Kangar, Perlis, yang sanggup menendang gurunya berkali-kali.

Katanya, kesalahan itu sangat berat dan pelajar terbabit perlu dikenakan hukuman berat bagi memberi pengajaran kepadanya dan pelajar lain supaya kejadian menggemparkan seperti itu tidak berulang.

“Kejadian ini boleh diibaratkan seolah-olah seorang anak memukul ibunya dan tidak boleh di pandang ringan. Sepatutnya pelajar berkenaan mencari jalan lain dengan berbincang sekiranya tidak puas hati, bukannya mengambil tindakan sedemikian.

“Saya sedih dengan laporan ini dan berharap Kementerian Pelajaran dapat menyiasat serta mengambil tindakan segera mengenai hal ini,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Dalam kejadian itu, seorang guru fizik, Azahana Ibrahim, 27, mendakwa dipukul pelajar tingkatan dua di dalam kelas berikutan menegur pelajar itu yang lewat menghantar tugasan sekolah.

Tey berkata, kejadian berkenaan membuktikan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah kini semakin membimbangkan dan perlu diberi perhatian serius.

“Dalam hal ini, NUTP berpandangan hukuman rotan perlu dibenarkan semula untuk memberi kesedaran dan pengajaran supaya pelajar tidak bertindak luar batasan,” katanya.

No comments:

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN