Thursday, April 21, 2011

LADAP Part 1 : Integriti & Adobe Photoshop


Sabtu 16.4, telah berlangsung Latihan Dalam Perkhidmatan LADAP 2011. Program profesional dalaman ini dihadiri oleh 80% dari guru-guru yang cekal mengorbankan masa mereka masing-masing.

Bermula dengan pembentangan oleh Tuan Guru Besar En. Ahmad Safri b. Hj Ismail. Tajuk 'Integriti Dalam Perkhidmatan' & 'Tatatertib Kelakuan Dalam Perkhidmatan' diolah dengan sebaik mungkin olehnya. Sejurus itu Slot Pembinaan Banting menerusi 'Adobe Photoshop' disampaikan oleh saya selaku Penyelaras Bestari dengan bermatlamatkan setiap guru satu banting.

Alhamdulillah , diakhir program telah berjaya menghasilkan apa yang diinginkan mengikut keperluan setiap guru-guru selaku peserta. Moga ianya memberi manfaat sepenuhnya.

Friday, April 8, 2011

Jika Guru yang lakukan ANDA pasti di POLLkan...

KANGAR: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan, di sini, bertindak kurang ajar apabila menumbuk muka seorang guru perempuan sehingga mangsa patah hidung, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, guru berkenaan dipercayai baru saja selesai mengajar subjek Sejarah sebelum keluar menuju ke bilik guru.

Difahamkan, suspek berang selepas guru terbabit Mariati Mat Ail, 37, ingin membawanya ke bilik guru disiplin selepas suspek didapati bergaduh di koridor sekolah itu.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Negeri Perlis (JPNPs) berkata, mangsa terserempak dengan satu pergaduhan di mana suspek sedang membelasah seorang pelajar tingkatan satu di kaki lima sekolah itu sebelum cuba menyuraikannya.


“Mangsa menarik suspek yang pernah dibuang sekolah untuk dibawa ke bilik guru disiplin kerana membelasah pelajar berkenaan.


“Suspek yang enggan dibawa ke bilik itu tiba-tiba melepaskan satu tumbukan kuat tepat ke muka guru itu yang mengenai hidung mangsa,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, semalam.

Katanya, hidung mangsa patah akibat tumbukan berkenaan menyebabkan mangsa pening sebelum terjatuh.

“Sambil menekup hidungya dengan kain, mangsa mengagahkan dirinya untuk bangun dan pergi meminta bantuan daripada rakannya yang berada di bilik guru sekolah itu.

“Suspek yang menumbuk mangsa kemudian melarikan diri sebelum mangsa pergi mendapatkan rawatan kecemasan di HTF dan membuat laporan polis kira-kira jam 4 petang, semalam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros ketika dihubungi berkata, suspek berusia 14 tahun ditahan kira-kira jam 5 petang semalam sebaik saja menerima laporan mangsa.

Katanya, suspek sebelum itu membelasah seorang pelajar tingkatan satu sekolah berkenaan kerana tidak berpuas hati masalah peribadi sebelum disuraikan mangsa.

SAKIT...Mariati menutup hidungnya yang patah akibat ditumbuk pelajar sendiri.

“Mangsa cuba menyelamatkan pelajar tingkatan satu terbabit sebelum dia ditumbuk suspek di muka.

“Polis memandang serius perkara ini kerana membabitkan kawasan sekolah dan akan menyiasat punca kejadian,” katanya.

Menurutnya, polis menerima dua laporan kejadian itu, daripada guru terbabit dan pelajar tingkatan satu yang dibelasah suspek.

Wednesday, April 6, 2011

Meraikan mereka seadanya.



Guru Besar bersama mereka yang diraikan

Sopan santunnya mereka, harap-harap enjoy le ya...

Ate kome bertiga je ke? mana Ustazah Sabtiahnye?

Kami berempat nie, sopan santun juga, TQ Azran selaku JK Rakaman & Tempahan


Senyum terpaksa... perutnya siap sedia, bila nak mula?

5.4.2011 Restoren Rumah Rehat Pulau Cempaka Sari, Parit menjadi lokasi kami Kelab BAGUS meraikan 3 rakan sejawat yang telah pun diarahkan bertukar. Mereka adalah Pn. Normala Bahtiar (23 tahun berkhidmat) , En. Ah Zahadi (8 tahun berkhidmat) dan Ustaz Fikri Hakim (9 bulan). Kehadiran 70% ahli Kelab BAGUS, telah memeriahkan suasana yang dipengerusikan oleh Ustaz Shariffuddin selaku Timbalan Pengerusi Kelab BAGUS, SK Lambor Kanan.

Apa le mereka borakkan, jangan mengumpat kume udah le...

Selesai santapan makan tengahari, sesi ucapan dan penyampaian hadiah diadakan termasuk meraikan ahli kelab yang menyambut ulangtahun kelahiran mereka pada tahun 2011 ini. Alhamdulillah segalanya berjaya lancar dan syabas diucapakan kepada JK yang terlibat menjayakannya.
Bendahari yang bersungguh menjayakan program ini, t. kasih

* Jadikan segala apa yang diungkapkan menjadi pemangkin semangat buat seluruh warga SK Lambor Kanan. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Ukhuwah berpanjangan buat kita semua. amin...

Monday, April 4, 2011

Johan Bola Jaring (12 Tahun) MSSD Perak Tengah 2011

aksi GA & GS SK Lambor Kanan pemangkin kemenangan

SABTU , 2/4/2011 telah berlangsung kejohanan Bola Jaring MSSD Perak Tengah Bawah 12 Tahun. Padang SK Lambor Kanan sekali lagi diberi penghormatan menjadi tuan rumah. 8 Pasukan telah meradu tenaga, setelah menjadi johan dan naib johan zon masing-masing.

Pasukan tuan rumah SK Lambor Kanan yang sebelum ini telah menjadi Johan Zon Bota, tidak menghadapi halangan besar dengan memperolehi kemenangan dalam kesemua perlawanan yang dipertandingkan seterusnya berjaya merangkul Johan Daerah Perak Tengah 2011 bawah 12 Tahun. Perlawanan akhir telah pun mempertemukan SK Belanja mewakili Zon Parit dan berjaya menewaskan mereka dengan jaringan 10 - 2. Tahniah diucapkan kepada Pasukan SK Lambor Kanan bersama keringat pelatih-pelatih hebat diketuai Cikgu Siti Fatimah Zainol , Puan Nurul Fitri dan beberapa angkatan jurulatih yang semestinya hebat.


Keputusan final Bola Jaring MSSD Perak Tengah bawah 12 Tahun :
1. SK Lambor Kanan (Zon Bota)
2. SK Belanja (Zon Parit)
3. SK Dato Sagor (Zon Kg Gajah)
4. SK Bota Kanan (Zon Bota)

Kami seluruh warga SK Lambor Kanan mengucapkan syabas dan semoga berjaya keperingkat seterusnya yang dijadualkan akan berlangsung pada 22-24 April 2011 , di Daerah Hilir Perak.

Monday, March 28, 2011

Patah Tumbuh Hilang Berganti... Arahan Pertukaran menjadi resam kami

Bulan March ini suatu perubahan menerusi pertukaran telah berlaku. En. Ahmad Zahadi b. Sofian kini diarahkan bertukar ke SK Iskandar Shah, Parit atas arahan pelarasan Guru Matapelajaran. Beliau yang telah pun berkhidmat dengan cemerlang selama 10 tahun di SK Lambor Kanan ini. Kami mengucapkan jazakallah keatas beliau yang telah mendidik anak didik Lambor Kanan dengan jayanya.



Begitupun pemergian beliau ke sekolah barunya, Maka telah dihadir melapor diri Cik Syafiah bt. Salleh dari SK Telok Bakong. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sc (Kimia) UPM dan Diploma Perguruan Malaysia (Pend. Jasmani / B. Inggeris) IPG Batu Rakit ini berasal dari Negeri Terengganu. Moga kehadiran beliau memperkukuhkan lagi kecemerlangan anak-anak murid Lambor Kanan terutamanya dalam bidang Sains dan B. Inggeris.

Wednesday, March 23, 2011

Keputusan MTQ Zon Bota 2011/1432H

Berikut adalah keputusan ringkas MTQ Zon Bota yang telah diadakan seperti berikut: sini

Acara 1. Tilawah Al-Quran Lelaki

Johan : SK Teluk Bakong
Kedua: SK Layang-layang Kiri
Ketiga: SK Bota Kanan

Acara 2. Tilawah Al-Quran Perempuan

Johan: SK Titi Gantung
Kedua: SK Teluk Bakong
Ketiga: SK Layang-layang Kiri

Acara 3. Hafazan Surah Lelaki
Johan: SK Padang Changkat
Kedua: SK Seri Iskandar
Ketiga: SK LAMBOR KANAN
(MUHAMMAD RUSHDAN BIN MOHD. BASIR)

Acara 4. Hafazan Surah Perempuan

Johan: SK Taman Teknologi
Kedua: SK Seri Iskandar
Ketiga: SK Bota Kiri

Acara 5. Bercerita Kisah AlQuran Lelaki

Johan: SK Felcra Nasaruddin
Kedua: SK Titi Gantong
Ketiga: SK LAMBOR KANAN
(MUHAMMAD FAZRUL IQBAL BIN RAMLAN)

Acara 6. Bercerita Kisah AlQuran Perempuan

Johan: SK Seri Iskandar
Kedua: SK Felcra Nasaruddin
Ketiga: SK Bota Kiri

* Tahniah kepada yang semua yang berjaya. Pemenang pertama dan kedua terpilih untuk mewakili Zon ke peringkat Daerah Perak Tengah pada hari Sabtu 2 April 2011 di SM Teknik Seri Iskandar.

Monday, March 7, 2011

Ketua Pengarah BPI

Warga Pend. Islam SK Lambor Kanan ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Abdullah bin Md. Din kerana telah dilantik sebagai Pengarah BPI yang baru mulai 22/02/2011 bagi menggantikan Tn. Hj. Abd. Rashid bin Ngah yang telah bersara wajib baru-baru (21/02/2011) ini.

Thursday, March 3, 2011

Info MTQ PKG Bota

Dapatan Mesyuarat bersama GB dan Ketua Panitia Pend. Islam...

MTQ Zon PKG Bota akan diadakan seperti ketentuan berikut;

Tarikh: 23 Mac 2011 (RABU)
Masa: Mulai jam 1.45 pm
Tempat: SK Taman Teknologi, Bandar Seri Iskandar.

Acara:
  1. Tilawah Al-Quran L dan P
  2. Hafazan Surah L dan P
  3. Bercerita Kisah Al-Quran L dan P

*Tarikh penghantaran borang penyertaan ialah pada hari Jumaat 11 Mac 2011.

-sumber: KP.PI.SKLKn.


Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN