Monday, January 25, 2010

Akibat Menghadapi Tekanan : Guru Saman Malu RM1.5 juta

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my

2010/01/25ALOR STAR: Sepasang suami isteri yang juga guru sekolah kebangsaan di sini, memfailkan saman malu RM1.5 juta terhadap tiga defendan termasuk dua bekas guru besar sekolah kerana didakwa memfitnah dan mengaibkan mereka ketika mengajar di sekolah kebangsaan di sini.

SAMAN...Mohd Afandi (kanan)  berbincang bersama peguamnya Mohd Shaffie Ismail selepas memfailkan saman ke atas pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan guru besar Sekolah Kebangsaan Alor Setar di Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam. - Gambar Rahmat Othman.
SAMAN...Mohd Afandi (kanan) berbincang bersama peguamnya Mohd Shaffie Ismail selepas memfailkan saman ke atas pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan guru besar Sekolah Kebangsaan Alor Setar di Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam. - Gambar Rahmat Othman.


ALOR STAR: Sepasang suami isteri yang juga guru sekolah kebangsaan di sini, memfailkan saman malu RM1.5 juta terhadap tiga defendan termasuk dua bekas guru besar sekolah kerana didakwa memfitnah dan mengaibkan mereka ketika mengajar di sekolah kebangsaan di sini.


Writ saman itu difailkan melalui firma guaman, Tetuan Khairil & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, pada jam 11.40 pagi semalam.


Mohd Afandi Abd Hamid, 39, selaku plaintif, menamakan pegawai Jabatan Pelajaran Kedah, Munajat Tamrin, sebagai defendan pertama, bekas guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Star, Noriah Murad, sebagai defendan kedua dan bekas guru besar SK Iskandar, Abdul Aziz Hanifa, sebagai defendan ketiga.


Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Afandi mendakwa bekas guru besar sekolah lamanya pada 2004, SK Iskandar dan pegawai Jabatan Pelajaran Kedah bersekongkol untuk mewujudkan tekanan dan penderaan secara mental kerana wujudnya rasa tidak puas hati mereka terhadap plaintif.


“Saya dan isteri, Roziani Mohd Rozi, 38, guru SK Alor Star yang juga plaintif kedua mengemukakan saman malu terhadap ketiga-tiga defendan kerana bersubahat dalam urusan pentadbiran sehingga kami terpaksa menanggung malu dan beban.

“Bekas guru besar SK Iskandar itu marah selepas saya membuat aduan kepada pihak atasan mengenai tingkah lakunya dan sejak itu dia mengaibkan dan memalukan saya dengan melemparkan pelbagai cerita buruk terhadap saya.


“Dia juga mempengaruhi bekas guru besar SK Alor Star, tempat isteri saya mengajar dengan menahan gaji isteri selama setahun kerana mengambil cuti sakit, selain tidak berpuas hati dengan tindakan saya melaporkan perkara itu kepada Jabatan Pelajaran Kedah.


“Akibatnya saya ditukarkan ke SK Bukit Tampoi, Kuala Nerang pada 2005 di atas bantuan pegawai pelajaran terbabit,” katanya yang ditemui di sini, semalam.


Beliau berkata, sejak ditukarkan ke sekolah itu, dia mengalami tekanan perasaan dan terpaksa mengambil cuti sakit satu setengah tahun akibat kejadian berkenaan.


“Emosi saya semakin tertekan selepas perbuatan defendan menukarkan saya ke sekolah yang jauh dengan isteri. Perbuatan itu juga menyebabkan saya malu, sekali gus menjejaskan kerjaya saya sebagai pendidik sejak 15 tahun lalu.


“Saya membuat aduan dan rayuan melalui Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) supaya saya ditukarkan semula ke sekolah sekitar Alor Star.


“Selepas lebih setahun menunggu proses pertukaran, akhirnya pada pertengahan 2006 saya ditukarkan ke sebuah sekolah di Alor Star,” katanya.

Dalam pernyataan tuntutannya, kedua-dua plaintif menuntut ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama dan kedua, ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama dan ketiga serta ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama.

Friday, January 8, 2010

Yang Pergi....Yang Datang..... Pergi Tak Datang2....

Tahun 2010, buka saja lembaran baru maka sudah tentu bangsa yang bergelar guru pastinya ada yang silih berganti dan berubah. Lumrah alam pelajaran dan sesungguhnya dimana bumi dipijak disitu langit kan dijunjung.
Begitu juga SK Lambor Kanan. 2 dari gurunya juga telah bertukar (berhijrah). PERTAMA, Ustazah Nurulshareen Yusof telah bertukar ke SK Mak Mandin, P.Pinang atas alasan menuruti suami nan tercintanya yang kini berkhidmat di Sungai Petani. Perginya beliau telah diganti dengan juga sealirannya Opsyen Pendidikan Islam berasal dari Kg Tawang, Kelatan iaitu Pn. Norlela Ja'far. Pertukaran suka sama suka bersyarat ini telah sempurna diberi ganti dan telah pun melapor berkhidmat dipenghujung Disember 2009 baru-baru ini.
KEDUA, insan periang dari lubuk Pra Sekolah sekolah ini, En. Azhar Mohamad. Namun pemergian beliau yang sememangnya memberi kejutan beruang buat dirinya sendiri. Akan tetapi percayalah bro. khidmatmu sangat ditagih di SK Raja Chulan, Pulau Tiga. Berat mata memandang , berat lagi empunya badan. Mula kata tak nak tapi dengo khabo dah ada perangsang baik.... punya... maka sengih memanjang je bila berselisih ngan kami. Cayalah bro..... simpan baik2 tau..... Bagi kami hijrahnya tiada lagi peganti lagi sehingga kini. Kami terus berdoa untuk hadirnya kembali 'en guru lelaki baru' ke sekolah kami ini.

'Guru bagaikan RAM pc , kurang RAM maka lemah perjalanan PC tersebut, yakinlah kita semua kini BERSEMANGAT' amin Ya Rabb

Monday, January 4, 2010

SELANGKAH DI TAHUN 2010 @ SKLKn

Hari pertama persekolahan bagi Zon B selain Kelantan, Terengganu & Kedah mempunyai warna warni yang mencorakkan seribu kenangan manis pada tahun berkenaan. Sekolah kami tidak ketinggalan menyaksikan suasana pelajar ke Tahun Satu dan juga Pra Sekolah. Pengalaman pertama murid2 dan ibu bapa terbabit menjadikan suasana ini kenangan abadi shayat bagi insan2 pertama kali menjejakkan kakinya di sekolah.

SK Lambor Kanan tahun ini memperolehi 24 orang murid berdaftar Tahun Satu dan 43 orang murid Pra Sekolah. Di pagi ini hujan renyai telah turun membasahi bumi Lambor dan memungkinkan perhimpunagi ditiadakan. Ibu bapa masih ramai ingin melunaskan pelbagai jenis bayaran yang perlu dijelaskan kepada guru-guru kelas masing2.

Program Transisi bagi Murid2 Tahun Satu dijalankan bagi mebiasakan murid2 baru dengan suasana persekitaran sekolah. Maka guru yang berkenaan sibuk menjayakannya dengan dibantu oleh kakitangan warga SK Lambor Kanan yang lain secara bersama.

Moga langkah pertama bagi murid dan juga guru-guru di Tahun 2010 ini akan sentiasa menjadi semangat kecemerlangan demi mendidik anak bangsa gemilang dunia dan akhirat.

Friday, January 1, 2010

3 PERKARA PERLU WASPADA : AZAM TAHUN BARU

1. kita banyak buat baik, tapi byk mana kita elak diri dari MENGUMPAT? habis pahala gi ke insan yg kita umpat.

2. kita percaya bhw kita tdk sesekali utk membunuh manusia,tp sejauhmana kita elak diri dari FITNAH? dosanya sama mcm pembunuh.

3. kita tdk akn berzina nauzubillah,tapi jauhmana kita tdk terlibat dgn RIBA...'.Awas kad kreadit anda. ketahuilah sekecil2 dosa riba' umpama dosa berzina dgn ibu kandung sendiri.

Mari kita sama-sama fikirkan sejenak, ingatan ini hamba yg kerdil ini petik dari intipati - Kuliah Maghrib bulanan : Ust Kazim Elias Al-Hafiz, Masjid Sultan Azlan Shah, Kg Gajah. 30/12/2009.

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN