Minggu lalu, telah diwujudkan Tanaman Cili yang telah disumbangkan oleh Jabatan Pertanian Perak Tengah. Kami bertuah diantara 54 buah sekolah rendah di daerah ini, sekolah kami antara yang terpilih bagi projek berkenaan. Sebanyak 50 paket bagi pokok cili & 150 pokok untuk tanaman terung.
Projek ini adalah rentetan projek terdahulu yang dikendalikan oleh Jabatan Haiwan (iaitu Burung Puyuh) namun kini agak tergendala akibat dari beberapa faktor yang terhalang dan diberitakan akan disambung jua kelak. Kini Panitia Kemahiran Hidup yang diketuai oleh Pn. Jamilah & Pn. Sabtiah akan mengetuai pengurusan pertanian ini. Moga-moga ianya akan membuahkan hasil yang memberangsangkan.
* p/s : komisen hulurlah sedikit kat kami di Makmal Komputer ini. hihihi.
2 comments:
Salam, bagusnya buat projek ni...bolehlah jual kat warga sekolah...tak pun tolong pulang modal jadi le....
- buat sahabat, modal projek ini 100% dari penaja : Jab. Pertanian Daerah Perak Tengah. So.... guna tenaga dan kutip hasil je... mai join sekali.
Post a Comment