Friday, May 27, 2011

Majlis Kesyukuran Kelas Mutiara (Pendidikan Khas) pula.


Sekali lagi gabungan guru-guru dan staf sekolah ini menganjurkan keraian bersama murid-murid istimewa dari Kelas Mutiara. Jika sebelumnya di Kelas Manja (Pra Sekolah) tidak kurang meriahnya di Kelas Mutiara ini. Pelbagai hidangan disediakan , demi kelangsungan meraikan kesyukuran murid-murid khas sekolah ini.


Seramai 7 orang diraikan dengan sambutan hari ulangtahun kelahiran mereka termasuk salah seorang tenaga pengajarnya Pn Norhazlina. Sajian yang disediakan hasil gotong-royong guru-gurunya membuatkan kami lebih mesra dalam dunia pendidikan kesan ukhuwah yang berpanjangan.


Kami yang berada Kelas Perdana juga turut dijemput hadir memeriahkan lagi suasana. Terima kasih atas jemputan tersebut. Semoga majlis kesyukuran ini , sentiasa menyatukan hati-hati kami dalam melaksanakan amanah yang diberi.

Selamat Bercuti...

Ulangtahun kesyukuran Murid Pra Sekolah

Kenduri kesyukuran meraikan hari ulangtahun murid-murid Pra Sekolah telah diadakan kini.


Walaupun sederhana namun ianya meriah dengan suasana harmoni.


Kehadiran Majlis Permuafakatan , guru-guru dan pembantu pengurusan murid menjadikan kekuatan perjalanan program Kelas Pra Sekolah SK Lambor Kanan mantap.

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU 2011

Guru-guru & Staf SK Lambor Kanan 2011

Pelbagai kata ucapan dan ungkapan seawal pagi menjelang sambutan Hari Guru SK Lambor Kanan. 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara' menjadi slogan dan tema utama hari ini. Beberapa program dan aktiviti telah dapat dijalankan dan ianya menjadikan suasana ceria bersama keringat guru , staf , komunuti setempat dan sebagainya.



Acara dalam dewan dan luar dewan menyerikan suasana bersama. Harapan penuh agar kesatuan hati dan jiwa sesama rakan menjadi utuh demi kecemerlangan dunia pendidikan anak-anak Lambor Kanan dunia dan akhirat.

Wednesday, May 4, 2011

Cakupan Topik PAI PKSR 1 Negeri Perak

Dikongsikan bersama bagi membantu kalian , cakupan topik Pendidikan Islam PKSR 1 yang kan dijalankan secara serentak pada 9hb Mei 2011 Negeri Perak. Harap maklum dan mohon dipanjangkan.

Wednesday, April 27, 2011

SELAMAT BERKUNJUNG & TAHNIAH BUAT DATO' PENGARAH PELAJARAN PERAK

Dato’ Mohd. Rauhi bin Mohd. Isa,
Pengarah Pelajaran Perak 2011

JUMAAT 22 April 2011 , Kejutan dengan kunjungan Dato' Pengarah Pelajaran Negeri Perak Dato’ Mohd. Rauhi bin Mohd. Isa, DPMP., PMP., KMN., AMP., PPT. ke sekolah kami. Bermula dipagi hari ini yang mengambarkan pergerakan dan persediaan guru-guru dan pelajar untuk program masing-masing. Seramai 9 orang pelajar dari Pasukan Bola Jaring sekolah kami yang mewakili Daerah Perak Tengah berkumpul untuk bergerak dan manakala kami guru-guru lelaki dijadualkan mendirikan khemah Pengakap di Kem Kota, Layang-layang Kiri.

Sejurus sahaja beberapa minit kami masing-masing bergerak membawa matlamat kejayaan, kami dilontarkan satu pesanan ringkas sms dari Puan Noraishah menyatakan bahawa Tuan Pengarah Pelajaran Perak , Dato Mohd Rauhi b. Mohd Isa tiba diperkarangan sekolah.

Sesungguhnya kehadiran mengejut ini penuh bermakna walaupun hanya seketika. 2 kelas dikunjungi olehnya memperlihatkan betapa beliau sangat prihatin dalam memastikan proses P & P sentiasa berada dalam keadaan terbaik. Singgahan seketika ini merupakan kunjungan rawak beliau dalam perjalanan menuju ke sekolah-sekolah sekitar Perak Tengah. Syabas dan tahniah buat Puan Noraishah dan Ustazah Zuraidah yang dikunjungi ketika mana P & P mereka berlangsung di Tahun 5 & Tahun 6.

Tuesday, April 26, 2011

Hadirnya Penambat Seri : Tahniah Ustazah Nawal & Ustaz Shariffuddin

Nur Raihana bt. Mohd Kamal

Yang pergi , kan pergi yang baru hadir mengganti di bumi. Buat pertama kalinya dipaparkan warga baru keluarga guru j-QAF kami Ustazah Nawal dan Sdra Kamal. Kelahiran kedua cahaya mata dipertontonkan secara rasmi oleh uminya sendiri yang kini sesi dalam pantang di Kedah.

Nukman... bin Shariffuddin

Tahniah juga buat Ust Shariffuddin Ahmad, pada 14 Mei 2011 lalu dengan kelahiran cahaya mata ke-5. Kegembiraan yang dikongsi bersama membawa sinar bahagia kedua-dua pasangan disini.

Kami warga sekolah mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata mereka.

Sunday, April 24, 2011

Belangsukawa Buat GPK1 Pn Hjh Rosnah & En Khalid

Seluruh warga sekolah dikejutkan dengan sms dan berita kepermegian suami buat GPK1 Puan Hajah Rosnah iaitu Allayrham Tuan Haji Ahmad b. Ramli (Guru Besar SK Telok Bakong). Pemergiannya dikhabarkan kepada admin sewaktu kami sedang berada di Tapak Perkhemahan Keris Perak di Kem Kota, Layang-layang Kiri.

Allahyarham Hj Ahmad kembali kerahmatullah pada jam 7.21 am (Ahad) di Hospital Besar , Ipoh akibat serangan jantung. Jenazah telah sempurna dikebumikan sekitar tengahari ini. Ramai warga pendidik telah sempat menziarahi jenazah dirumahnya Kg Tersusun, Titi Gantong, Bota. Semoga Puan Hajah Rosnah tabah dan redho menghadapi ujian ini.

Manakala sehari sebelum itu, En Khalid juruteknik sekolah telah menerima ujian pemergian bonda mertuanya yang juga telah menghebuskan nafas terakhir di Hospital Besar Raja Perempuan Bainun, Ipoh akibat kanser.

Kami seluruh warga sekolah mengucapkan belangsukawa (takziah) buat mereka berdua dan ketabahan jiwa kini diuji. al-Fatihah.

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN