Wednesday, June 30, 2010

'Gabungan majlis guru besar sokong UPSR dihapus'

KUALA LUMPUR: Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) menyokong Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dihapuskan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, GMGBM berpendapat ada baiknya peperiksaan awam diadakan sekali saja kerana dari segi nilai hanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang boleh diguna untuk mendapatkan pekerjaan dan memohon kemasukan ke universiti.“Sijil UPSR dan PMR (Penilaian Menengah Rendah) bukan ‘tiket’ bagi kemasukan ke universiti atau berguna dalam mencari pekerjaan, malah Malaysia antara negara yang banyak menawarkan peperiksaan awam berbanding negara lain.“Justeru, GMGBM sebulat suara menolak peperiksaan UPSR, bagaimanapun akan ada peperiksaan dalaman yang lain bagi menilai prestasi pelajar,” katanya pada sidang akhbar bersama media selepas menghadiri majlis konvokesyen Kolej Teknologi YPC-iTWEB (Kolej YPC), di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Kolej, Datuk Wira Syed Ali.

Pada konvokesyen itu, 161 graduan menerima diploma perniagaan dan teknologi maklumat dan 46 graduan menerima sijil kursus asasi perniagaan dan teknologi maklumat.

Pada 21 Jun lalu akhbar melaporkan Kementerian Pelajaran akan mencadangkan UPSR dan PMR dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan.
Sementara itu, Puad berkata, kerajaan akan memperluaskan Sijil Kemahiran Malaysia iaitu tidak terhad untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saja, sebaliknya ia akan diberi kepada mereka yang telah bekerja berdasarkan pengalaman mereka bekerja tanpa perlu mengikuti pengajian.

"Mereka yang sudah bekerja, katalah dia bekerja di bengkel membaiki kereta dan motor...jadi pengalaman dia selama lima tahun boleh dinilai sama ada dia layak diberikan Sijil Kemahiran Malaysia walaupun dia tidak mengikuti kursus macam pelajar biasa yang masuk kuliah dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, pemberian sijil ini akan dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Monday, June 28, 2010

Kemeriahan Sederhana @ 1st Hari Keluarga GPI SKLKn

26 Jun, 2010 buat pertama kalinya Guru-guru Pendidikan Islam SK Lambor Kanan telah mengadakan Hari Keluarga bertempat di Lumut Country Resort, Lumut, Perak. Bertemakan 'Hidup Sepakat Hadirnya Berkat' telah menjadikan kesatuan fikrah sesama gpi menjadi mantap dan ukhuwah tererat. Seawal 1.30 pm kami telah melapor diri dan kelihatan 2 kolam renang melambai-lambai kehadiran kami. Memandangkan ini adalah program Hari Keluarga Pertama buat kami, maka tidak banyak aktiviti yang kami jalankan manakan tidaknya hampir kesemua ustazah-ustazah terpaksa melayan anak kecil mereka dengan pelbagai ragam. Menyusu, meragam, merenget dan sebagainya menjadikan aktiviti kami agak terhad. Bagi Madihah dan Majidah menjadi rutin bila hadir di penginapan seumpama ini maka berenang dan mandi kolam menjadi keutamaan.

Di malam harinya , setelah menunaikan solat Isya' berjemaah di bilik masing-masing kami bergerak ke Restoran Bakar D' Muara, Lumut. Dengan pelbagai hidangan kami 4 sekeluarga menikmati hidangan yang telah siap ditempah dengan penuh rasa bersyukur. Ikan Siakap Kerabu, Daging Rusa Blackpaper, Sup-sup Campur, Telur Bistik, Sotong Goreng, Jus Amrah Asam Boi, Jus Oren, & Jus Laici menjadi juadah yang memberikan keriangan bersama. Syukur tak terhingga sambil menikmati juadah kami beramah mesra sesama keluarga dan menjadikan aktiviti yang santai ini menarik dan hilang ketegangan berkerja.

Selesai sahaja menikmati jamuan, kebanyakkan dari kami mengambil kesempatan bersiar di Waterfront , Lumut dengan kemeriahan hujung minggu. Bagi saya dan keluarga , akibat dek demam Piala Dunia, maka kami terus pulang dan menonton perlawanan Round ke-2 , Uruguay vs Korea Selatan di bilik penginapan.

Jam 2.30 pagi Ahad, barulah muncul Ustaz Fikri Hakim bersama wakil orang rumahnya Cikgu Azman tiba ke penginapan kami ini. Mereka yang baru sahaja selesai program Motivasi di SMK Sultan Abdullah, Chenderong Balai terus ke Lumut. Keesokkan harinya, kami bersama bergerak ke kawasan taman permainan Waterfront, Lumut dengan sarapan yang dibeli secara bersama. Sambil menikmati sarapan anak2 kecil bermain taman dengan girang dan kami jalankan pertandingan 'puzzle' anak2. Sejurus itu pertukaran hadiah dijalankan sesama anak2 dan majlis bergambar beramai-ramai. Ketiadaan Ustazah Sabtiah selaku Pengerusi Panitia Pendidikan Islam sendiri yang terpaksa menarik diri disaat - saat akhir , agak mengecewakan namun inilah yang dikatakan bahawa 'Kita merancang dan sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan'.

Walaubagaimanapun, InsyaALLAH pada tahun hadapan kita kan rancang dengan lebih baik lagi bersama aktiviti yang mungkin lebih menarik, InsyaALLAH.

Saturday, June 5, 2010

Download e-Pelaporan V.10 yang terkini dipautkan


Berikut antara bahan untuk kegunaan Format Laporan Pencapaian j-QAF 2010 :

a. Al-Quran 6 Bulan Tahun Satu.
b. Jawi ( Tahun 1 - 6 ).
c. Bahasa Arab ( Borang Skala Kadar Tahun 1 - 2)
d. Bahasa Arab ( Soalan Tahun 3 - 6 ).
e. Modul Latih Tubi Bahasa Arab ( Tahun 5 & 6 )

*Tahniah dan syabas atas usaha kalian adminnya ust Shahril. BarakaLLAHu fik

http://e-laporan.blogspot.com/2010/06/download-elaporan-v10.html

TERKINI. Antara perubahan ketara dalam format laporan pencapaian j-QAF 2010 :

1. Kem Bestari Solat ( Solat Tambahan ) Untuk Tahun 4, 5 & 6.
2. Khatam Al-Quran. Bahagian Ayat Tertinggi menggunakan Muka Surat Al-Quran berdasarkan sukatan. Bukannya berdasarkan ayat tertinggi dalam sukatan.
3. Bahasa Arab Tahun 3 berdasarkan soalan yang dibekalkan oleh BPK. Bukannya PKSR.
4. Bahasa Arab Tahun 2 ialah jumlah skala kadar sebulan ialah 40. Bukannya 35. Rujuk Buku Panduan Guru Bahasa Arab.
5. Laporan Lestarasi Al-Quran; sebelum dan selepas kem.
6. Khatam Al-Quran 6 Bulan Kedua Tahun 6.

Friday, June 4, 2010

Ustaz Leh kini berblog pula!!!!!


Aktif ber FB kini mula berjinak dengan Ilmu berblog pula. Inilah perkembang terbaru ustaz Fikri Hakim ahli muda keluarga sk lambor kanan kami. Perkembangan it yang pesat memungkin kita terus berusaha meningkatkan pengetahuan agar tidak sesekali ketinggalan. Tahniah buat Ustaz Le atau nama sebenarnya Ustaz Fikri Hakim moga ianya kan memberikan manfaat dan update story sebagai medium ilmu masa kini. Ruang dakwah baru alaf kini.

http://bebasberjalan.blogspot.com

Friday, May 21, 2010

Sir Amizal dikenakan.

Cikgu Aishah : Mizal, ada bapak budak datang cari kamu!
Mangsa : Ya kak, kat mana?
Cikgu Aishah : Kat bilik guru.

(dalam keadaan yang mendebar, muka merah sir amizal meluru ke bilik guru)

Mangsa : Ustaz, mana bapak budak tu..... (nada suara yang ngelabah dalam kawalan)
Ustaz : relex..... relex... sendiri buat sendiri tanggung.
Mangsa : aku mana ada buat apa2 minggu ni. penampo budak pun tidak minggu lepas ada le.


Semua yang hadir dibilik guru : Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan sir amizal, Allah selamatkan sir amizal.

Itulah warna warni pagi di bilik guru hari ni dengan mengejutkan sahabat beri penghargaan untuk menyambut ulangtahun umurnya yang ke 30+ tahun. Namun tertera di kek yang disediakan 34 tahun. Ustaz Fikri, Azran & Azman menyatakan bahawa 2 tahun kami tak perlu raikan lagi. Anywere, Selamat Menyambut Ulangtahun buat rakan sekerja kami Cikgu Shaizul Amizal Sulaiman. Moga panjang umur bertambah amalan.

Tuesday, May 18, 2010

Hari Guru disambut sederhana @ SK Lambor Kanan

ISNIN 17.5.2010, sambutan hari guru peringkat Sekolah Kebangsaan Lambor Kanan telah dijalankan dalam keadaaan bersederhana. Misi utama mengeratkan ukhuwah memantapkan fikrah. Dimulai dengan bacaan yassin dan doa selamat secara beramai-ramai diikuti dengan bacaan perutusan hari guru, nyanyian hari guru, ikrar guru, bola jaring, futsal dan pertunjukkan silap mata.Pada tahun ini jawatankuasa sambutan telah menampilkan muka baru selaku juruacara program iaitu Ust Fikri Hakim dan pasangan idealnya Pn. Siti Fatimah. Gabungan keserasian mengendalikan majlis amat menyerlah sekali.

Bacaan Yassin dikhalifahkan oleh Ust Amir Hamzah pula sebagaimana biasa paparan surah yassin menerusi skrin LCD banyak membantu murid dalam dewan membaca bersama.
Perutusan Menteri Pelajaran & Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar En. Abu Naim Hamzah dan Pn. Hjh Rosnah. Mantap dan teratur penyampai mereka memungkinkan pendengar memahami kehendak KPM yang saban tahun memberi pesanan.


Team Bola Jaring turun selaku juara pilihan namun kekuatan pihak lawan tidak diambil mudah dan hasilnya team kuning berjaya ditebas dengan mata 1-3 oleh team merah.

Bergaya bukanlah suatu penghalang nak menang, namun keayuan faktor penting nak kawal bagi tarikan penyokong diluar padang. Misi kejayaan akan diteruskan kelak pada tahun depan.


Manakala bagi acara futsal sekali lagi menerusi penyerang machonya Cikgu Ah Zahadi team merah berjaya mengatasi pasukan belasahan team cikgu amizal dengan jaringan 1-0. Bagi murid-murid pula , mereka terhibur dengan persembahan khas dari bekas pelajar SK LamborKanan sendiri dalam pertunjukkan Silap Mata oleh Sdra Razin anak kepada teacher Normala. Persembahan beliau yang berjaya memikat hati penonton telah banyak membantu guru-guru dalam menjayakan Program Sambutan Hari Guru Peringkat SK Lambor Kanan.

'Guru Pembina Negara Bangsa'

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru Dari Kami untuk kami dan kalian semua

Pesanan Imam Hassan Al-Banna :

"Barangsiapa rajin berkerja, maka beruntunglah ia.
Namun, barangsiapa dengan kerjayanya tidak memberi pengaruh,
maka kata-katanya juga sekali-kali tidak memberi pengaruh"

Tranformasi bilik guru sklamborkanan hadiah semangat hasil
aktiviti gotong royong kami. Cekal, gigih dan tabah mendidik anak bangsa.

'Guru Pembina Negara Bangsa'

Tuesday, May 11, 2010

KEM IBADAH TAHUN 6 2010

Insyallah , Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Lembaga Pengurusan Sekolah akan menganjurkan Kem Ibadah Tahun 6 bagi tahun 2010. Program ini akan disertai seramai 40 orang murid tahun 6 dengan bertemakan 'Ibadah Tunggak Kecemerlangan Ummah'.


Beberapa program diatur selama 2 hari 1 malam di sekolah yang akan diadakan pada tanggal 14 - 15hb. Mei 2010 bersempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Lambor Kanan. Moga program seumpama ini akan menjadikan peraqnsang bagi setiap peserta untuk tersebut maju meningkatkan nilai keibadatan diri terhadap empunya kuasa. Terima kasih kepada semua penyumbang , moga Allah kan merahmati kalian.

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN