Monday, June 28, 2010

Kemeriahan Sederhana @ 1st Hari Keluarga GPI SKLKn

26 Jun, 2010 buat pertama kalinya Guru-guru Pendidikan Islam SK Lambor Kanan telah mengadakan Hari Keluarga bertempat di Lumut Country Resort, Lumut, Perak. Bertemakan 'Hidup Sepakat Hadirnya Berkat' telah menjadikan kesatuan fikrah sesama gpi menjadi mantap dan ukhuwah tererat. Seawal 1.30 pm kami telah melapor diri dan kelihatan 2 kolam renang melambai-lambai kehadiran kami. Memandangkan ini adalah program Hari Keluarga Pertama buat kami, maka tidak banyak aktiviti yang kami jalankan manakan tidaknya hampir kesemua ustazah-ustazah terpaksa melayan anak kecil mereka dengan pelbagai ragam. Menyusu, meragam, merenget dan sebagainya menjadikan aktiviti kami agak terhad. Bagi Madihah dan Majidah menjadi rutin bila hadir di penginapan seumpama ini maka berenang dan mandi kolam menjadi keutamaan.

Di malam harinya , setelah menunaikan solat Isya' berjemaah di bilik masing-masing kami bergerak ke Restoran Bakar D' Muara, Lumut. Dengan pelbagai hidangan kami 4 sekeluarga menikmati hidangan yang telah siap ditempah dengan penuh rasa bersyukur. Ikan Siakap Kerabu, Daging Rusa Blackpaper, Sup-sup Campur, Telur Bistik, Sotong Goreng, Jus Amrah Asam Boi, Jus Oren, & Jus Laici menjadi juadah yang memberikan keriangan bersama. Syukur tak terhingga sambil menikmati juadah kami beramah mesra sesama keluarga dan menjadikan aktiviti yang santai ini menarik dan hilang ketegangan berkerja.

Selesai sahaja menikmati jamuan, kebanyakkan dari kami mengambil kesempatan bersiar di Waterfront , Lumut dengan kemeriahan hujung minggu. Bagi saya dan keluarga , akibat dek demam Piala Dunia, maka kami terus pulang dan menonton perlawanan Round ke-2 , Uruguay vs Korea Selatan di bilik penginapan.

Jam 2.30 pagi Ahad, barulah muncul Ustaz Fikri Hakim bersama wakil orang rumahnya Cikgu Azman tiba ke penginapan kami ini. Mereka yang baru sahaja selesai program Motivasi di SMK Sultan Abdullah, Chenderong Balai terus ke Lumut. Keesokkan harinya, kami bersama bergerak ke kawasan taman permainan Waterfront, Lumut dengan sarapan yang dibeli secara bersama. Sambil menikmati sarapan anak2 kecil bermain taman dengan girang dan kami jalankan pertandingan 'puzzle' anak2. Sejurus itu pertukaran hadiah dijalankan sesama anak2 dan majlis bergambar beramai-ramai. Ketiadaan Ustazah Sabtiah selaku Pengerusi Panitia Pendidikan Islam sendiri yang terpaksa menarik diri disaat - saat akhir , agak mengecewakan namun inilah yang dikatakan bahawa 'Kita merancang dan sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan'.

Walaubagaimanapun, InsyaALLAH pada tahun hadapan kita kan rancang dengan lebih baik lagi bersama aktiviti yang mungkin lebih menarik, InsyaALLAH.

No comments:

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN