Thursday, October 20, 2011

Selamat Hari Lahir & Persaraan Buat Kekanda Pn Hjh Rokiah Ghazali

Meraikan detik persaraan

19 OKTOBER 2011, adalah hari yang paling bermakna dalam diri Pn Hjh Rokiah Ghazali atau lebih mesra dipanggil Kak Kiah di sekolah ini. Semalam adalah detik terakhir selaku Penjawat Awam berjawatan Pembantu Tadbir N22.

Terakhir di Kantin bersama warga SK Lambor Kanan

Perkhidmatan yang cemerlang telah ditunjukkan oleh Kak Kiah sangat memberi makna yang besar kepada kami guru-guru dan kakitangan sekolah ini sejak sekian lama. Bermula seawal tahun 1989 lagi beliau telah menabur bakti di sekolah ini.

Tandatangan 'Sign Off'

Tiada seorang pun yang akan merungut rangat dengan kerja yang telah dilakukan oleh beliau, malahan pengalaman terbaru admin ialah apabila beliau telah pun menyiapkan proses lantikan admin ke Pegawai Perkhidmatan Siswazah mendahului persetujuan saya sendiri memberikan jawapan. Maka hadir query dari PPD Perak Tengah disebabkan penyata gaji dihantar sebelum penerimaan dibuat. Begitulah salah satu dari kecekapan kerja beliau yang ikhlas dan tekun dalam tugasannya.

Siap berkemas disis mejanya

Pihak sekolah bersama warga pelajar mengambil kesempatan meraikan majlis persaraannya secara yang sederhana. Titisan airmatanya jelas menceritakan betapa beliau sangat ikhlas menjalankan tugas. Kami warga sekolah mengucapkan jutaan terima kasih dan kemaafan di atas mana-mana kesilapan yang telah dilakukan sepanjang Kak Kiah dalam perkhidmatan.

Hotel Putra, Seri Iskandar pula akan menjadi lokasi kami meraikan secara rasmi pada tengahari ini, Insyallah. Moga Kak Kiah akan sentiasa ceria dan sihat dalam mengharungi hari-hari persaraan bersama yang tersayang. Kenang kami dalam doamu.

Tuesday, October 11, 2011

Alhamdulillah , menerusi SBPA mengingatkan kita untuk LEBIH bersyukur.

Syukur, dipaparkan skala kenaikkan yang diumumkan baru-baru ini. Diharapkan agar diri admin dan kalian pembaca sentiasa berazam untuk terus berkhidmat kerana ALLAH. Yakinlah limpahan nikmat ini adalah datangnya dari Rabbul-Jalil ALLAH swt. Dan sesungguhnya ianya menuntut untuk kita terus berkerja mencapai matlamat bukan sekadar duniawi malah ukhrawi bersama.
Sebahagian yang kita perolehi bukan milik kita semuanya. Maka ingati dan seringlah kita fahami Surah al-Munafiqun ayat 10 ini :

'Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.'

Insyallah kita umat Islam akan berjaya.

Friday, October 7, 2011

Mikro & Makro Pengajaran : Pn Jamilah & Pn. Nor Suhaila



Mikro Pengajaran : Set Induksi 'Keluarga Saya' Tahun 1








Makro Pengajarannya - Volume 1 , 2 & 3



Mikro Pengajaran : Set Induksi 'Menambah Tanpa Mengumpul Semula'






Makro Pengajaran : Pn. Nor Suhaila bt. Nordin

Monday, October 3, 2011

Sunday, October 2, 2011

KEMASUKKAN KE TING. 1 (ALIRAN AGAMA) DI NEGERI PERAK 2011

Dipaparkan antara sebahagian tatacara Kemasukkan Pelajar Tingkatan 1/2012 (Aliran Agama).

KEMASUKKAN KE TING. 1 (ALIRAN AGAMA) DI NEGERI PERAK 2011

1. SMKA*/INTEGRASI**
3 SMKA (NEGERI PERAK)
1 INTEGRASI (NEGERI PERAK)

SYARAT PEMILIHAN :-
UPSR 5A
SIJIL PENDIDIKAN ISLAM 4A/5A
UPKK 7A & KEATAS (suatu keistimewaan)
AKTIVITI KOKURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

* PEMILIHAN OLEH SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM , JPN
** PEMILIHAN ONLINE KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (SBP)


2. KAA/RKA
(KELAS-KELAS KHAS SEKOLAH TERPILIH SETIAP NEGERI)

SYARAT PEMILIHAN
UPSR 4A / 3A
SPI 4A / 3A
UPKK 5A & KEATAS
AKTIVITI KOKURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

* PEMILIHAN UNIT PENDIDIKAN ISLAM , PPD
BORANG PERMOHONAN DIAMBIL SENDIRI DI PPD ATAU SEKOLAH TERPILIH


3. SABK
23 BUAH DI NEGERI PERAK
Cth. Maahad Ehya' Diniah, Kg Gajah, Maahad al-Ummah, Chepor & Seumpamanya.

SYARAT PEMILIHAN
UPSR 2A 3B & KEATAS
SIJIL PENDIDIKAN ISLAM 2A & KEATAS
UPKK 5A & KEATAS
UJIAN KELAYAKAN SELARAS*

* MARKAH TERTINGGI UJIAN KHAS SEKOLAH YANG DIPOHON
BORANG PERMOHONAN DIAMBIL SENDIRI DI SABK BERKENAAN. MULAI OKTOBER 2011 @ RUJUK SABK BERKENAAN.
(PENTING : Hanya dibenarkan memilih satu sekolah sahaja bagi setiap pelajar)


4. SMAN (SEK. MEN. AGAMA NEGERI)
(2 Aliran : I'dadi & Tahfiz)
3 BUAH DI NEGERI PERAK
SMA Izzuddin Shah , SMA Raja Perempuan Taayah & SMA Raja Dr. Nazrin Shah, Kg Gajah.

SYARAT PEMILIHAN
UPSR 5A/4A
UPKK 8A/7A
SRAI (SIJIL RENDAH AGAMA ISLAM) – LULUS
AKTIVITI KOKURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (suatu keistimewaan)
UJIAN KELAYAKKAN LISAN*

*BORANG PERMOHONAN DIAMBIL SENDIRI DI PEJABAT AGAMA BERDEKATAN & SEKOLAH BERKENAAN. SEHARI SELEPAS KEPUTUSAN UPSR 2011 DIUMUMKAN.
UJIAN KELAYAKKAN AKAN DIMAKLUMKAN SEJURUS BORANG PERMOHONAN KEMASUKKAN DITERIMA SEMULA.


5. SMAR (SEPENUHNYA SWASTA)
Cth. : Madrasah Idrisiah, Maahad al-Islah & seumpamanya.
(LEBIH KURANG 7 BUAH SEKOLAH DI NEGERI PERAK)

SYARAT PEMILIHAN
UPSR LULUS SEMUA MATAPELAJARAN
LULUS UJIAN KELAYAKAN SEKOLAH

BORANG PERMOHONAN DIAMBIL SENDIRI DI SEKOLAH BERKENAAN.

PEPERIKSAAN AWAM YANG PENTING :- (CALON KE TING.1 / 2012)

KENDALIAN KPM & SPI, JPN
UPSR – SEPT. 2011
SPI – SEPT. 2011

KENDALIAN JAB. AGAMA ISLAM PERAK
(UNTUK PELAJAR-PELAJAR MENGIKUTI KELAS KAFA PERAK)
UPKK – (TAHUN 5 / 2010)
SRAI – (KAFA TAHUN 6) DIJALANKAN PADA MINGGU PERTAMA NOVEMBER 2011 (PENDAFTARAN PEPERIKSAAN TELAH DITUTUP PADA OGOS 2011) - rujuk Sek Agama KAFA berdekatan.

KENDALIAN LEMBAGA TADBIR & PENGURUSAN SEKOLAH BERKENAAN
UJIAN KELAYAKAN SELARAS SABK – 26.11.2011

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN