Thursday, October 20, 2011

Selamat Hari Lahir & Persaraan Buat Kekanda Pn Hjh Rokiah Ghazali

Meraikan detik persaraan

19 OKTOBER 2011, adalah hari yang paling bermakna dalam diri Pn Hjh Rokiah Ghazali atau lebih mesra dipanggil Kak Kiah di sekolah ini. Semalam adalah detik terakhir selaku Penjawat Awam berjawatan Pembantu Tadbir N22.

Terakhir di Kantin bersama warga SK Lambor Kanan

Perkhidmatan yang cemerlang telah ditunjukkan oleh Kak Kiah sangat memberi makna yang besar kepada kami guru-guru dan kakitangan sekolah ini sejak sekian lama. Bermula seawal tahun 1989 lagi beliau telah menabur bakti di sekolah ini.

Tandatangan 'Sign Off'

Tiada seorang pun yang akan merungut rangat dengan kerja yang telah dilakukan oleh beliau, malahan pengalaman terbaru admin ialah apabila beliau telah pun menyiapkan proses lantikan admin ke Pegawai Perkhidmatan Siswazah mendahului persetujuan saya sendiri memberikan jawapan. Maka hadir query dari PPD Perak Tengah disebabkan penyata gaji dihantar sebelum penerimaan dibuat. Begitulah salah satu dari kecekapan kerja beliau yang ikhlas dan tekun dalam tugasannya.

Siap berkemas disis mejanya

Pihak sekolah bersama warga pelajar mengambil kesempatan meraikan majlis persaraannya secara yang sederhana. Titisan airmatanya jelas menceritakan betapa beliau sangat ikhlas menjalankan tugas. Kami warga sekolah mengucapkan jutaan terima kasih dan kemaafan di atas mana-mana kesilapan yang telah dilakukan sepanjang Kak Kiah dalam perkhidmatan.

Hotel Putra, Seri Iskandar pula akan menjadi lokasi kami meraikan secara rasmi pada tengahari ini, Insyallah. Moga Kak Kiah akan sentiasa ceria dan sihat dalam mengharungi hari-hari persaraan bersama yang tersayang. Kenang kami dalam doamu.

1 comment:

Wan Teh Hanisa said...

Rindu pd Kak Kiah...kerani yg paling bagus yg saya pernah dapat berbeza dgn kerani2 sekolah saya selepas Kak Kiah...satu pujian utk beliau.

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN