Wednesday, April 28, 2010

Jelajah Malaysia @ Lambor Kanan


Jam 1 pm 27 April (semalam) SK Lambor Kanan menyaksikan secara live 'jelajah malaysia' peringkat 1 dari Kuala Selangor - Teluk Batik. Kami tidak menjangkakan jalanraya harian kami dijadikan laluan peringkat pertama bagi program Jelajah Malaysia tahun ini.

Kelihatan anggota polis berkejar-kejaran sesama sendiri pada jam 1 pm semalam, salah sebuahnya berhenti betul2 hadapan pintu masuk ke sekolah kami. Menghalang murid untuk pulang menggunakan jalanraya utama.

Apabila ditanya kenapa? lantas beliau menjawab "sebentar lagi team jelajah Malaysia akan melalui jalan ini, sabar ya" maka murid tahap 1 terutamanya berhimpun untuk julung-julung kalinya ditepian jalan bagi memberikan sokongan.


Ibubapa penjaga yang dalam jadual mereka untuk hadir mengambil anak2 masing2 pun sama berbaris memberikan sokongan. Selang beberapa minit pada palathon pertama hadir anggaran sekitar 10 pelumba diikuti 800 meter dibelakang palathon besar dalam jumlah 90 pelumba. Juga mengiring pelumba adalah skuad keselamatan dan pengurusan yang meriah dengan sorakkan semangat. Moga murid-murid yang menyaksikan kegigihan pelumba dengan berbasikal laju selama lebih 4 jam menjadi pendorong untuk terus berusaha memperolehi kejayaan dalam pelajaran masing-masing.

Tuesday, April 27, 2010

3 Panggilan Allah buat kita

Untuk renungan bersama,

Panggilan pertama adalah Azan.
‘Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak ‘cepat marah’ akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan AzanNya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti’.

Terbayang saya masih melambatkan solat kerana meeting lah, menonton TV lah, dan lain lain. Masya Allah…

…. ..

Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji.

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’ . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang mempunyai wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan ‘Labaik Allahuma Labaik’, sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu’.

Dan panggilan ke-3 adalah KEMATIAN.
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kes, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh.

Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah…. …….Insya Allah syurga adalah balasannya.. ….’

Tuesday, April 20, 2010

Bahana Kerbau, Alhamdulillah selamat.


SABTU 17.4.2010, Kereta yang dipandu oleh Cikgu Norashid bersama Pn. Normala Bahtiar (guru SK Lambor Kanan) telah merempuh seekor kerbau di Jalan Ipoh - Lumut. Kejadian berlaku diwaktu malam, akibat kemalangan berkenaan Cikgu Norashid menerima 7 jahitan manakala penumpangnya yang lain selamat tanpa sebarang kecederaan selain kejutan.

Bagi kami warga sklamborkanan mengucapkan takziah dan bersyukur kepada Allah dengan memberi perlindungan dan keselamatan buat mereka sekeluarga. Memang sudah menjadi tradisi kerbau yang gelap memungkinkan penglihatan manusia yang terhad untuk melihatnya diwaktu malam. Sabar dan redho adalah umat bagi keluarga mereka yang kini sedang membuat persedian untuk menjadi tetamu ALLAH hujung tahun ini , InsyaALLAH.

Wednesday, April 14, 2010

Tindakan SEGERA aduhai GDM & GPB @ sekolah kini


seminggu dua ni apa yang diperlukan untuk tindakan SEGERA ialah penyertaan sebanyak mungkin murid sekolah untuk mengikuti program permata pintar menerusi http://www.permatapintar.com.my
peluang ini perlu diberikan kepada murid berumur 8 - 15 tahun setiap sekolah.

Jumaat lepas pula telah diberikan suatu tugasan penting bagi mengisi pemantauan dan permarkahan tahap pencapaian kakitangan awam di sekolah menerusi http://www.moe.gov.my/nkra
yang ni pastikan diberi tindakan oleh GDM, SU EXAM & Paling penting GURU BESAR @ PENGETUA.

S.E.L.A.M.A.T. B.E.R.T.U.G.A.S

Monday, April 12, 2010

Guru disiplin terima 7 jahitan, cedera hidung sebab tegur pelajar bising

Apa sudah jadi negaraku kini.....
Laporan Akhbar Sinar.
KULIM - Geram dengan teguran guru disiplin, sekumpulan 30 pelajar sebuah sekolah menengah di sini licik mengatur strategi 'serangan balas' menyebabkan guru terbabit cedera di hidung dan menerima tujuh jahitan di dahi terkena meja yang dibaling salah seorang kumpulan pelajar terbabit.

Kejadian jam 1.00 tengah hari kelmarin berlaku selepas guru yang enggan namanya disiarkan mendakwa sedang mengelolakan mesyuarat Persatuan dan Kelab di dewan sekolah diganggu sekumpulan pelajar yang membuat bising.

Terganggu dengan tindakan itu, guru terbabit memberi teguran namun tidak diendahkan sebaliknya kumpulan pelajar terbabit mencabar guru terbabit mengambil tindakan.

“Dalam kejadian itu saya anggarkan 20 hingga 30 pelajar terlibat. Saya mengejar kumpulan pelajar tersebut bertujuan untuk tidak terus mengganggu mesyuarat yang sedang saya jalankan.

"Tanpa disedari tindakan pelajar terlibat merupakan satu rancangan yang telah dirancang. Apabila sampai di tangga, salah seorang pelajar telah bersedia menunggu di belakang dinding membaling meja ke arah saya. Saya tidak dapat mengelak dan mengenai dahi dan muka saya,” katanya, kepada Sinar Harian semalam.

Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kulim, sebelum dibenarkan pulang pada hari sama.

“Saya mengesyaki seorang pelajar tingkatan tiga membaling meja ke arah saya dan kejadian yang berlaku kepada saya bukan kali pertama, saya difahamkan ada kes guru diludah pelajar dan menjadi mangsa maki hamun, selain kenderaan guru turut dirosakkan termasuk seperti tayar dipancitkan dan badan kereta dicalar dengan kata-kata kesat.

"Saya sudah membuat laporan polis dan tindakan itu adalah untuk melindungi guru lain juga,” katanya

Guru terbabit yang kecewa dengan kejadian tersebut mahu pelajar terbabit dikenakan tindakan tegas termasuk buang sekolah bagi menjaga keselamatan guru yang mengajar di sekolah ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata dan jika sabit kesalahan boleh di penjara tidak kurang dari tujuh tahun.

Sementara itu, Pegawai Pelajaran Daerah Kulim, Abu Bakar Md Ali, enggan memberi sebarang kenyataan ketika ditanya mengenai kejadian itu.

Thursday, April 8, 2010

MTQ Zon Bota : Sekalung Penghargaan Buat Semua Yang Terlibat

Syukur Alhamdulillah, pada 6.4.2010 yang lalu, buat kali kedua berturut-turut kami telah manjayakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Bota. Majlis yang penuh bermakna dan warna warni ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama semua pihak yang terlibat baik dari JK Pelaksana hinggalah seluruh warga Zon Bota itu sendiri.

Dikesempatan ini crew sklamborkanan mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada insan yang telah terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung. 'Al-Quran Sebagai Pemangkin Wihdatul Ummah' dapat disempurnakan dengan realistik sekali menerusi kerjasama semua pihak.

Seramai 54 orang peserta telah mengambil bahagian menerusi 3 bahagian dan 6 acara berasingan. Berikut keputusannya :

KEPUTUSAN 3 TERBAIK
ACARA TILAWAH AL-QURAN LELAKI

JOHAN : AMIR NAUFAL RIFQI B. MOHD RASHID
SK LAYANG-LAYANG KIRI
85 %
N.JOHAN : LUQMAN AL-HAKIM B. AHMAD AZHAR
SK TELOK BAKONG
70 %
KETIGA : MOHD HAFIZUL AZAM B. HARUN
SK SERI ISKANDAR
68 %

ACARA TILAWAH AL-QURAN PEREMPUAN

JOHAN : FATIN IZZATI BT. SOFIAN
SK TITI GANTONG
80 %
N.JOHAN : PUTERI NUR ASILAH BT. MEGAT YUHANIB
SK LAYANG-LAYANG KIRI
74 %
KETIGA : NURUL NADIAH BT. ABDUL RAZAK
SK BOTA KANAN
73 %

ACARA HAFAZAN LELAKI

JOHAN : MIQDAD B. MOHD FADHALI
SK PADANG CHANGKAT
67 %
N.JOHAN : MOHD ILHAM B. ZULMEE
SK TELOK BAKONG
53 %
KETIGA : AHMAD A’TIF B. ABU HASSAN
SK SERI ISKANDAR
50 %

ACARA HAFAZAN PEREMPUAN

JOHAN : NAJIHATUL FATIHAH BT. AHMAD
SK FELCRA NASARUDDIN
78 %
N.JOHAN : HUMAIRA BT. SAIBATUL EHWAN
SK TITI GANTONG
72 %
KETIGA : MA FARIZA NUR AKMA BT. MUHAMAD FARIZAL
SK TELOK KEPAYANG
67 %

ACARA BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN LELAKI

JOHAN : MUHD AZIRUL ASRAF B. ZAINAL ABIDIN
SK TITI GANTONG
75 %
N.JOHAN : AHMAD LUQMAN AL-HAKIM B. HJ IDRIS
SK BOTA KIRI
61 %
KETIGA : MOHD SYAHMI AL-NASIM B. SHAMSUDDIN
SK SERI ISKANDAR
60 %

ACARA BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN PREMPUAN

JOHAN : NURHANANI BT. DAUD
SK FELCRA NASARUDDIN
79 %
N.JOHAN : NURFARAHIM BT. MOHD ZAIDI
SK BOTA KIRI
75 %
KETIGA : AINA MARDHIAH BT. MOHD SHAHROM
SK TELOK BAKONG
74 %





Bagi yang berjaya diucapkan tahniah dan syabas ,namun yang tidak sesungguhnya Allah maha pemberi ganjaran pahala yang mencurah-curah.

Atasi Kedegilan Anak-anak Terhadap Ibu Bapa

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din:
Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa dari notes FB Dato’ Haron Din
Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Salah satu ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;
  • Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.
  • Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.
  • Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.
  • Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.
  • Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
  • Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.
  • Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.
  • Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.

Pencegahan Awal

Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut;

Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.

P/S : jangan lupe tu yop yong weh...

Sunday, April 4, 2010

Ulama' berkorban merentas rintangan Menegakkan ISLAM

  • Inilah Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama Islam.
  • Imam Syafie – Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.
  • Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.
  • Imam Maliki – Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.
  • Imam Hambali – Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.
  • Sufyan Ath-Thauri – Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.
  • Said bin Jubair – Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.
  • Abu Yazid Al Bustami – Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.
  • Abul Husin An Nuri – Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.
  • Imam Nawawi – Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

Wallahualam..

Thursday, April 1, 2010

Apalagi hujah PEROKOK , udah...udah le merokok...


"Sembunyi perbuatan Merokok dari Bini macam sembunyi bini muda ?"

Kisah 1;
Saya pernah bertanya pada seorang sahabat sama ada isterinya tahu dia merokok atau tidak. Dia memberitahu ana bahawa isterinya tidak tahu dia merokok. Dia kata dia hanya merokok di pejabat sahaja, dah berbelas tahun dia kahwin tetapi isterinya tak tahu dia merokok. Bila nak balik, rokok dan pemetik api akan ditinggalkan dalam laci. Ana tanya padanya sama ada dia pernah "kantoi" tak ngan isteri dia. Dia kata tak pernah lagi. tapi dia ada satu cerita yang dia pernah tipu bini dia pasal rokok. satu hari Isteri sahabat ana ni tercium baru rokok dari tubuh sahabat ana ketika sahabat ana baru balik dari opis.
Isteri: Abang! kenapa bau rokok ni ? abang isap rokok ye...?
Usop: huuuuuusssh....(sambil pura-pura mencium bajunya), ini yang susahnya kawan-kawan isap rokok kat dalam bilik ni. Dahlah bilik abang ber"Aircond", dah melekat bau rokok dia orang kat baju abang.....
Isteri: Lain kali abang janganlah berkawan atau pun bagi kawan-kawan abang isap rokok kat dalam bilik abang.
(Kawan-kawan juga kena jual, pada hal dia yang merokok....)

Kisah 2:
Kisah ini pasal kisah ana dengan bos Ana. Bos ana ni pun isteri dia ingat dia dah berhenti merokok. Dia kata kat ana, isteri dia tak tau dia masih merokok, kalau isteri dia tau, nahaslah dia. Satu hari dia suruh ana tolong belikan sekotak rokok dekat dia. Dia bagi duit RM 50.00 kat ana. Ana ni sebenarnya memang pantang orang suruh tolong belikan rokok. Kalau keluar makan ngan kawan-kawan, dan ana yang belanja, ana akan bayar semua makan minum, tetapi kalau ade yg terambik rokok, harap maaf, "Sila bayar rokok tu sendiri" walau pun sebatang.
Bos: Duan! Hang pi tolong belikan aku rokok dunhill 20 batang (sambil menghulurkan wang kertas RM50.00)
Ana: mmmmmmm..... maaf datuk! sebenarnya..... masa saya kecil-kecil dulu mak saya selalu larang saya pergi kedai kalau bapa saya suruh saya tolong belikan rokok. Sampai sekarang saya masih ingat dengan pesanan mak saya itu. Bapa saya suruh pun saya tak pi belikan. maaf ye datuk....
Datuk: mmmmmmmmmmmm..... tak pe lah.....

Kisah 3:
Seorang sahabat yang merokok memberitahu pada ana bahawa isteri dan anak-anaknya tahu dia merokok. Isterinya tidak kisah dia merokok di rumah. Satu hari, dia sedang menghisap rokok didalam biliknya di pejabat. Saya berada bersamanya kerana berbincang tentang satu perkara. Tiba-tiba, tel;efon berdering dan dia pun menjawab panggilan. Sambil menjawab panggilan dia menghisap rokok. Tanpa kami sedari, tiba-tiba isterinya datang dan terus mencabut rokok di tangannya dihadapan ana. Sahabat ana tergamam dan tidak mampu berkata apa-apa. Barulah ana tahu rupanya selama ini isterinya tidak tahu dia merokok.(Orang nie skrg dah jadi YB pun.... hehehe)

MTQ Zon Bota kembali lagi.. @ Lambor Kanan


Tarikh : 6.4.2010 (SELASA)

Masa : 2.00 petang

Acara :
Tilawah Al-Quran LP,
Hafazan LP &

Bercerita Kisah Dari Al-Quran LP

Sekolah yang terlibat Zon Bota :

SK Lambor Kanan
SK Padang Changkat
SK Telok Bakong
SK Bota Kanan
SK Bota Kiri
SK Felcra Nasaruddin
SK Suak Padi
SK Seri Iskandar
SK Titi Gantong
SK Telok Kepayang
SK Serikaya
SK Bakong
SK Layang-Layang Kanan
SK Layang-Layang Kiri
SK Padang Tenggala
SK Pulau Padang

Muslim muslimat dijemput hadir.

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN