
SK Lambor Kanan yang hadir bagi tahun kedua dalam kejohanan ini , berjaya merangkul 2 kilauan pingat iaitu 1 Emas & 1 Perak.

Emas adalah menerusi Acara Sukaneka Pundi Kacangku Sayang yang menampilkan 6 orang peserta satu kumpulan. Inilah unitnya Sukan Olahraga Pendidikan Khas, walaupun acara rasmi adalah acara trek dan balapan namun acara ini mewarnai gelak ketawa dalam kejohanan tersebut.
Perak pula diperolehi menerusi Norain (pelajar down sindrom) dalam acara Lari 50 meter Junior Down Sindrom. Sesungguhnya kejayaan beliau merupakan suatu keistimewaan yang mengharumkan nama sekolah walaupun beliau serba kekurangan. Moga pelajar-pelajar yang lain akan mengikut jejak langkahnyamengukir kejayaan dalam mana-mana aktiviti yang diprogramkan. Tahniah daripada sklamborkanan.blogspot.com. Klik sini untuk gelak ketawa mereka
No comments:
Post a Comment