Thursday, August 11, 2011

CONTOH FORMAT BORANG PERMARKAHAN UJIAN LISAN SPI TAHUN 6 NEGERI PERAK 2011

Bersama-sama ini , alternatif pilihan perkongsian Contoh Format Borang Permarkahan Ujian Lisan Tilawah al-Quran dan Hafazan Sijil Pendidikan Islam Tahun 6 / 2011, Negeri Perak. Kelak ianya akan disatukan didalam sistem yang akan dimaklumkan kelak.

Kalian boleh memuat turun format ini , dan terpulang pada kalian cara apakah untuk tuan/puan laksanakan peringkat sekolah. Ini sekadar perkongsian dan ingatan menerusi Borang Permarkahan Ujian Lisan tahun sebelum ini.

Wednesday, August 10, 2011

Ahlan wasahlan bika Ya Ustaz Wan Azizi

Ustaz Wan Azizi b. Abdul Rahman

4 OGOS 2011, Sekolah Kebangsaan Lambor Kanan berbesar hati menerima kehadiran keluarga baru kami, Ustaz Wan Azizi b. Abdul Rahman. Berasal dari Melaka Kota Bersejarah mula menjalankan tugas sebagai pendidik pada 2004 di Bumi Kenyalang. Sebelum bertugas di sekolah ini al-fadhil Ustaz telah berkhidmat selama 4 tahun di SK Bukit Chupak, Parit. Berkelulusan syariah Islam , dari salah satu Universiti Jordan, menghadirkan suasana keilmuan yang tinggi akan dapat dicurahkan kepada anak bangsa secara khususnya dan kami rakan setugas umumnya.

Beliau yang kini menetap di Lakeview, Bandar U, Seri Iskandar diharapkan agar memberikan sinar baharu kepada murid-murid sekolah ini sepertimana yang dikehendaki oleh YDP PIBG kami sebagaimana yang diucapkan oleh beliau di sambutan Hari Guru 2011 tempohari. Semoga pengalaman yang beliau perolehi sebelum ini akan dapat menyuntik semangat diri anak-anak Lambor kearah kecemerlangan terutama dalam bidang ilmu agama Islam.

Selamat mencurahkan Ilmu wahai sahabat. - admin

Saturday, August 6, 2011

SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH ...


JUMAAT 5 RAMADAN 1432 , Satu majlis bacaan Yasin dan Solat Hajat telah diadakan bagi meraikan keberangkatan menunaikan ibadah Umrah buat salah seorang Guru j-QAF kami. Beliau yang dimaksudkan ialah Ustazah Zuraidah Saebun.

Selamat Menunaikan Umrah

Ini merupakan peluang yang sangat berharga buat beliau bersama suami tecinta dalam suasana bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Dijadualkan akan melangkah pada 8.8.2011 jam 3.30 bersama Saudi Airline System terus menuju Madinah al-Munawarah. Dan akan pulang pada 20.8.2011.

Sesungguhnya suatu rahmat dan besar harapan sahabat-sahabat yang lain untuk kelak mempunyai peluang sebegini. Beliau yang telah berjaya memperolehi Cuti Tanpa Gaji selama 9 hari diharapkan akan membawa bersama doa-doa kita semua untuk dipohonkan agar kita semua berada dalam keadaan Islam dan beriman kepada Allah yang Maha Esa.

Kami doakan akan selamat pergi dan kembali , semoga memperolehi ibadah yang makbul disisi Allah. Amin Ya Rabb.

Thursday, July 28, 2011

MAKLUMAN PENTING UNTUK GPI PERSIAPAN SIJIL PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6 / 2011


Dikongsikan bersama maklumat persediaan kepada Seluruh Guru Pendidikan Islam Tahun 6 negeri Perak. Ini bertujuan untuk membantu kalangan GPI dan Panitia Pendidikan Islam bagi persiapan murid menghadapi Peperiksaan Sijil Pendidikan Islam Tahun 6 2011.

'Salam Imtihan'

Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat bersama, bagi memastikan persediaan dan kecemerlangan murid akan dicapai.

Wednesday, July 6, 2011

Cakupan Topik PAI Ujian Pengesanan 3/2011 Negeri Perak

Disini dipaparkan Cakupan Topik Pendidikan Islam bagi Ujian Pengesanan 3 , insyallah digunapakai Julai 2011. Mohon untuk diambil perhatian khusus buat seluruh sekolah - sekolah rendah Negeri Perak Darul Ridzuan.


Semoga anak didik kita kan berjaya dengan cemerlang.

Friday, May 27, 2011

Majlis Kesyukuran Kelas Mutiara (Pendidikan Khas) pula.


Sekali lagi gabungan guru-guru dan staf sekolah ini menganjurkan keraian bersama murid-murid istimewa dari Kelas Mutiara. Jika sebelumnya di Kelas Manja (Pra Sekolah) tidak kurang meriahnya di Kelas Mutiara ini. Pelbagai hidangan disediakan , demi kelangsungan meraikan kesyukuran murid-murid khas sekolah ini.


Seramai 7 orang diraikan dengan sambutan hari ulangtahun kelahiran mereka termasuk salah seorang tenaga pengajarnya Pn Norhazlina. Sajian yang disediakan hasil gotong-royong guru-gurunya membuatkan kami lebih mesra dalam dunia pendidikan kesan ukhuwah yang berpanjangan.


Kami yang berada Kelas Perdana juga turut dijemput hadir memeriahkan lagi suasana. Terima kasih atas jemputan tersebut. Semoga majlis kesyukuran ini , sentiasa menyatukan hati-hati kami dalam melaksanakan amanah yang diberi.

Selamat Bercuti...

Ulangtahun kesyukuran Murid Pra Sekolah

Kenduri kesyukuran meraikan hari ulangtahun murid-murid Pra Sekolah telah diadakan kini.


Walaupun sederhana namun ianya meriah dengan suasana harmoni.


Kehadiran Majlis Permuafakatan , guru-guru dan pembantu pengurusan murid menjadikan kekuatan perjalanan program Kelas Pra Sekolah SK Lambor Kanan mantap.

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN