Wednesday, January 23, 2013

Majlis Serahan Bantuan Awal Persekolahan 2013 : Done

kehadiran memberangsangkan
22 Januari , SK Lambor Kanan mengadakan program Serahan Bantuan Awal Persekolahan 2013 sepertimana yang diperuntukkan oleh kerajaan dalam pembentangan budget sebelum ini. Majlis yang pada asalnya disempurnakan oleh Tuan PPD Perak Tengah akhirnya disempurnakan oleh En Meor Sazlan wakil YB Dato' Nasaruddin.
doa kesyukuran dipohonkan
para tetamu yang hadir
simbolik serahan cek
majlis serahan

senyum menerima nikmat Allah
Alhamdulillah
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Guru Besar dan terus ucap utama. Kehadiran yang memberangsangkan jelas dan dapat dilihat dengan jayanya. Sesudah majlis tersebut maka diadakan serahan mop cek tanda simbolik penerimaan wang tersebut untuk diagihkan oleh pihak sekolah. Jelas kelihatan ibu bapa penjaga ceria dengan bantuan ini. Syukur kepada Allah dengan nikmat seperti ini setidak-tidaknya sekolah mengharapkan agar tunggak bayaran yuran dan wang buku tulis dapat dilunaskan.

Friday, January 11, 2013

Moga sucses di Tahun 2013

Mengalas Harapan Komuniti Lambor Kanan

Staf pendokong kejayaan misi cemerlang bersama
Inilah warga pendidik SK Lambor Kanan 2013.

Thursday, January 3, 2013

Transisi Tahun 1/2013 di Makmal Komputer

Keghairahan anak-anak tahun satu memasuki sekolah 2013 ini jelas terbayang. Program Transisi yang telah 5-6 tahun diperkenalkan membawa kepada pengalaman murid menjana pemikiran matang. 

SK Lambor Kanan juga melaksanakan program tersebut dan pada hari kedua persekolahan ini mereka diberi peluang mengenali peralatan ICT di makmal komputer sekolah. 

Berbetulan tahun ini sekolah telah menerima program pengantian peralatan yang telah dilupuskan tahun 2010 lagi. Tanggal 17/12/2012 SK Lambor Kanan menerima 21 buah komputer dekstop bagi pengantian tersebut.

Peralatan pengantian ICT 2012 tiba. Alhamdulillah, pelupusan alatan sebelumnya 2010
Pemasangan Komputer Lenovo
Transisi ICT Tahun 1/ 2013
Teruja mereka bersama alat ini
Pn. Syafiah sibuk menunjuk ajar murid-muridnya
Maka manfaatkanlah kemudahan yang diberikan kepada kita dalam memprogramkan minda cemerlang ummah berilmu matang.

Monday, December 3, 2012

Jadual Waktu Peribadi Murid : Suatu cadangan untuk diamalkan.

Jadual Peribadi Murid : Suatu cadangan diamalkan
Selamat bercuti, walaupun dah lama bercuti dipaparkan sebagai perkongsian 2007 dimana edaran jadual peribadi murid untuk diamalkan dalam cuti mahupun sesi persekolahan. 

Moga dapat memberikan manfaat dan panduan bersama.

Wednesday, November 7, 2012

Hari Anugerah Gemilang Akademik 2012

6 November 2012, Hari Anugerah Gemilang Akademik 2012 dilaksanakan dengan jayanya. Dengan bermatlamatkan Mewujudkan rangkaian kerjasama serta kesefahaman antara sekolah dengan semua pihak yang berkepentingan “stake holder” untuk mencerna kecemerlangan  murid dalam pelbagai lapangan.

Atas tujuan Memberikan penghargaan kepada semua murid yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik sepanjang tahun 2012



Backdrop : Sir Amizal & golongan puteri2 pilihan

JK Hadiah & makanan

Perbarisan lintas hormat

Tetamu yang hadir


Tokoh Murid 2012 : Siti Nur Fatehah bt. Abdul Rahim

Persembahan Pra Sekolah

Persembahan Bahasa Arab 

Perbarisan

Tetamu & ibu bapa yang hadir

Guru Besar Tn. Hj. Abdul Khalid b. Abdul Latiff

Dato' Ahmad Daud b. Azain,
CEO Syarikat Adaza Group

Tanda ingatan

Men on show

Wednesday, October 10, 2012

BSN ke sekolah Lambor Kanan

ramah mesra
 10 OKTOBER 2012 , BSN Cawangan Batu Gajah hadir memberi penerangan untuk Kelab Penabung Muda. Bawa bersama mereka ialah Ally & Amy juga hadir meriuh rendahkan keadaan.

soal jawab

gambar bersama
 Menabung diusia muda....
action sukanya mereka ...

senyum semua

Wednesday, September 26, 2012

Reform 2012 'Road To 2013'

Alhamdulillah, kini kami 'Road To 2013'
Lencana SK Lambor Kanan

Thursday, September 6, 2012

Iktibar daripada Kisah Ketaatan Seorang Isteri

Teladan menerusi suatu kisah menarik. 



Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. 

sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah 
Gambar Hiasan
jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.. 


Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal, then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan 

jenazah suaminya..

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang 

ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. 

Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."


Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang
 halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."
membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,
moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"



Membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, 

Gambar Hiasan
berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...
moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"


Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata 

"trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan 

trima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku 
sbg seorang istri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."


Ya Allah..menitis airmata admin baca cerita ni..
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..


klau nak share post ni silalah :'(

Terima kasih perkongsian daripada FB Hj Azim.

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN