Wednesday, July 4, 2012

APC 2011

Tahniah buat 2 insan pendidik sekolah ini yang dipilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011. Mereka ialah Pn. Siti Fatimah bt. Zainol 41, selaku guru , jurulatih utama Bahasa Melayu , pemeriksa kertas b.melayu UPSR 2009 serta sebelum2nya , jurulatih utama 1M1S Perak & pendek kata banyak lagi. Manakala seorang lagi ialah Pn. Nurul Fitri bt. Zamah Shaari 42, mengetuai  Panitia Bahasa Inggeris , jurulatih utama b.inggeris , pemeriksa kertas UPSR b.inggeris , bendahari PIBG dan pendek kata banyak lagi tugas-tugas rutin seharian mereka. 

Penerima APC 2011 SK Lambor Kanan
Penganugerahan ini sebagai pemangkin semangat dan pengorbanan mereka dalam menjayakan teras dasar pendidikan negara. Pengajaran dan pembelajaran yang telah disampaikan merupakan aspek penting untuk mereka memberikan kejayaan kepada anak-anak didik sekolah ini. Ucapan tahniah daripada kami seluruh warga sekolah dan diharapkan semangat kalian untuk menjadikan kejayaan cemerlang milik murid lambor kanan akan terlaksana kelak.

Saturday, June 30, 2012

Temasya Sukan Ke-46

28 Oktober 2012, Alhamdulillah, sekolah kami telah mengadakan Temasya Sukan Kali ke-46. Ust Shariffuiddin Ahmad kali ini menerajui selaku Setiausaha Sukan untuk kali kedua di sekolah ini. Segala perancangan berjalan lancar. 
Bacaan Ikrar Sukan Oleh Adik Safwan Isa

Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Perak Tengah yang baharu iaitu Tuan Hj Zolkarnain telah pun sdui menyempurnakan Perasmian Penutup bagi temasya kali ini. 

Ceria bersukan
Pelbagai acara telah dapat dijalankan sepanjang kejohanan sama ada pra-sukan ataupun hari dimana temasya diadakan. 

antara formasi
Suka dan kegembiaraan pelajar dan seluruh ahli warga sekolah ini jelas terpancar diwajah mereka. Kecergasan tubuh badan dan minda amat dituntut dalam kehidupan seharian. Acara olahraga yang diselang selikan dengan sukaneka mengikut tahun. Sebagaiman yang dirancang begitulah pengakhirannya, bersatu bekerjasama menjadi pemangkin kejayaan program yang dijalankan. 
photofinish

Olahragawan 2012
Kedudukan Mata Keseluruhan 2012
Penghargaan buat semua yang terlibat. Tahniah buat Pasukan Biru yang menjadi Johan Keseluruhan Sukan 2012 kali ini. 

Friday, June 22, 2012

Pertandingan Soalan Tulisan Jawi Guru & Staf , Israk & Mikraj 2012


Banner Israk Mikraj SK Lambor Kanan
Soalan Pertandingan Soalan Tulisan Jawi Guru & Staf , Israk & Mikraj  2012. Pertandingan dijalankan dan pengumuman keputusan akan dijalankan pada majlis perhimpunan minggu depan. 

Wednesday, June 13, 2012

Borang Semakan Penilaian & Rumusan PAFA 2012

Bersama-sama ini adalah Borang Semakan Penilaian dan Rumusan PAFA bagi tahun 6 sekolah-sekolah.

Ianya perlu diupdate untuk tindakan dan simpanan Panitia Pendidikan Islam.

Friday, May 18, 2012

Hari Guru 2012 @ SK Lambor Kanan

RABU 16 Mei 2012, sebagaimana yang dilaksanakan setiap tahun beberapa aktiviti telah diadakan dalam suasana sederhana. Cuaca mendung diawal paginya menjadi ceria bilamana sukaneka dimulakan. 3 acara dijalankan mengikut kumpulan yang diundi. 
Ucapan buat Guru-guru Malaysia

Instruktor Sukaneka
Cabaran pertama,  'bola sepak' menjaringkan bola dengan sepakan. Bagi guru perempuan bebas menggunakan mana-mana kaki namun bagi lelaki hanya dibenarkan kaki kiri. Manakala cabaran kedua ialah bola jaring dan yang ketiga badminton. Gelak ketawa gembira terpancar disetiap bibir guru-guru dan murid dengan harmoni usik mengusik.
Ucapan wakil Guru Besar : Cikgu Murat
Beberapa acara dalaman juga dilaksanakan dengan baik. Ucapan, nyanyian lagu Guru Malaysia, ikrar , persembahan pentas dan live show' perutusan Menteri Pelajaran Malaysia juga ditayangkan.

Live Menteri Pelajaran Malaysia 
'Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara' adalah tema bagi Hari Guru 2012. Ianya menjadi azimat dan matlamat melaksanakan tugas dan tanggungjawab setiap insan berjiwa guru sebenar diperjalanan kerjaya mereka.


 
Bola Jaring

Aksi penyumbat gol 

Thomas Cup
 Keceriaan dan kegirangan hari ini akan menjadikan semangat berkerja bersama kan menjelmakan kejayaan sebenar anak-anak jati tempatan demi memacu Agama , Bangsa dan Negara dunia dan akhirat. 

Wednesday, May 2, 2012

Jamuan Jasamu Dikenang

Baru-baru ini Kelab BAGUS dengan kerjasama Guru dan Kakitangan serta PIBG SKLKn telah berjaya mengadakan Majlis Jamuan Jasamu Dikenang. Majlis yang diadakan pada petanmg Isnin 30 April itu, bertempat di Cempakasari Cafe, Parit.  

Antara tujuan utama majlis ini meraikan 3 rakan sekerja yang bertukar ke sekolah lain. Di samping itu, Kelab BAGUS turut meraikan Sambutan Harijadi untuk semua ahli yang menyambut hari lahir antara Januari- April. Kelab BAGUS juga turut mengambil kesempatan ini menyampaikan bantuan kebajikan untuk ahli yang menerima musibah baru-baru ini. 


Ustazah Zuraidah bertukar ke SK Selat Pulau

Ustazah Nawal bertukar ke SK Raja Chulan
Tn Hj Mohd Raduan bertukar ke SK Parit

Friday, March 9, 2012

Suatu resam penjawat awam, perpindahan atas keperluan.

SK Lambor Kanan tidak terkecuali dalam penarikkan dan penambahan guru-guru di musim 3 bulan yang pertama ini. Pergerakkan mereka ini adalah memenuhi keperluan perkhidmatan dan sesungguhnya penghijrahan suatu pengorbanan. Diawal tahunnya kami menerima 2 orang guru lelaki dan kini 2 orang guru seorang Penolong Kanan dan seorang Ustazah j-QAF beralih ke destinasi baharu dalam perkhidmatan mereka.

Tn Hj Ibrahim (Guru j-QAF) dari SK Pengkalan Baharu, Pantai Remis

Cikgu Wan Faizan (Guru Pra Sekolah) dari Sabah

Semoga yang hadirkan membawa iltizam baharu dalam menjadi kecemerlangan pendidikan dan yang berpindah pula juga memantapkan kecemerlangan sedia ada untuk dikongsi bersama sekolah mereka.
Tn Hj Raduan (GPK Koku) ke SK Parit

Ustazah Nawal Zaki (Guru j-QAF) ke SK Raja Chulan, Pulau Tiga, Kg Gajah

Kami mohon maaf dari kami Kelab BAGUS SK Lambor Kanan. Ukhwah kekal dan terus berbakti.

Monday, March 5, 2012

Kad Kahwin Bercetak Ayat Suci Tidak Boleh Dibuang

Kad Kahwin Bercetak Ayat Suci Tidak Boleh Dibuang

KUALA LUMPUR – Perbuatan mencetak ayat al-Quran dan hadis Nabi S.A.W pada kad jemputan kahwin boleh menjejaskan kesucian Islam jika kad itu dibuang merata-rata.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, berkata tindakan tersebut juga mungkin boleh dikategorikan sebagai menghina ayat al-Quran.

“Istilah suci dalam Islam seperti Bismillah, Assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya,” katanya.

Othman berkata, pihak yang terbabit meletakkan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis pada kad jemputan kahwin mungkin berniat baik iaitu ingin memberi peringatan dan berdakwah kepada orang lain.

Bagaimnapun, katanya, perbuatan sedemikian patut dielakkan.

“Jika bertujuan untuk memberi pengingatan hanya memadai dengan menulis maksudnya sahaja,” katanya.

Beliau juga berkata, pihak yang menerima kad jemput kahwin yang tertulis ayat al-Quran sepatutnya lebih prihatin dan menjaga kesucian ayat-ayat tersebut dengan tidak membuang bahan yang mengandunginya di merata-rata tempat.

Katanya, mengikut Garis Panduan Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dikeluarkan JAKIM, perbuatan membuang bahan-bahan yang mengandungi ayat al-Quran boleh dikategorikan sebagai perkara yang menyentuh kesucian Islam.

Beliau berkata, pelupusan bahan penerbitan yang mengandungi ayat al-Quran sepatutnya dibuat mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.

Sementara itu, seorang pembuat kad perkahwinan, Mohd Natasha Md Nasir, berkata pihaknya sentiasa menasihatkan pelanggan yang ingin mencetak istilah suci termasuk Bismillah supaya tidak berbuat demikian.

“Kalau ada pelanggan yang hendak cetak Assalamualaikum dalam tulisan jawi pun kita tak galakkan, sebaliknya kita cadang supaya ditulis dalam tulisan rumi sahaja,” katanya.

Seorang lagi pembuat, Nor Azli Masrudin berkata pihaknya akan turut menerangkan kepada pelanggan mengenai pro dan kontra mencetak kalimah suci pada kad jemputan kahwin.

“Kita akan sediakan format standard, tapi kalau pelanggan nak juga cetak kalimah suci kita kena ikutlah,” katanya. – BERNAMA

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN