Yang tidak HADIR bersebab : Tuan Yang Terutama GB Abu Naim b. Hamzah (menghadiri majlis bersama Kebawah Duli Sultan Perak di SMKASAS) & Pn. Norsuhaila (berkursus di PKG Bota)



Yang tidak HADIR bersebab : Tuan Yang Terutama GB Abu Naim b. Hamzah (menghadiri majlis bersama Kebawah Duli Sultan Perak di SMKASAS) & Pn. Norsuhaila (berkursus di PKG Bota)




Perutusan Hari Guru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sempena Perayaan Hari Guru 2009 - Guru Pembina Negara Bangsa Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima tamparan besar sekali lagi hari ini apabila kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolaknya. Mereka menyatakan enam sebab penolakan dalam satu kenyataan bersama yang diedarkan dalam sidang media di Rumah PENA pagi ini.Dua tokoh sasterawan yang hadir - Datuk A Samad Said dan Muhammad Salleh - membayangkan akan membuang gelaran rasmi kerajaan itu "jika keadaan memerlukan". Tiga lagi Sasterawan Negara yang menentang dasar PPSMI - Datuk Shahnon Ahmad, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Abdullah Hussain - tidak hadir kerana masalah kesihatan. Awal Mac lalu, A Samad mengejutkan dunia sastera Melayu dan nasionalis bahasa apabila menerajui ribuan penunjuk perasaan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum membantah dasar tersebut.Sejak 1981, Malaysia menganugerahkan gelaran berprestij ini kepada sembilan tokoh sastera dan kreatif negara, terbaru Syed Othman Syed Omar atau lebih dikenali S Othman Kelantan pada 2003. Negara kini sedang menyaring senarai tokoh untuk dicalonkan sebagai sasterawan negara ke-10. Empat yang telah meninggal dunia: Kamaluddin Muhamad (popular dengan nama pena Keris Mas), Datuk Usman Awang, Muhammad Dahlan Abdul Biang (Arena Wati) dan Syed Othman. Semuanya aktif dalam dunia sastera kecuali Noordin yang dikenali sebagai penggiat teater tersohor. Petikan : Malaysiakini.com |
SU melaporkan. Guru Besar sebagai Penasihat Mesyuarat Badan Kebajikan Kelas Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran (PKBP )telah ditubuhkan yang diterajui oleh Tn Hj Bahari sebagai pengerusi.
Sebelum pembentukkan PKBP satu Taklimat Khas telah disampaikan oleh En Dzul Hanan Pegawai Khas Pendidikan Khas , PPD Perak Tengah mengenai apa itu sebenar erti kelas pend khas.
Selama ini tanggapan kelas budak cacat adalah salah. Namun hakikatnya ianya adalah satu pendidikan khusus utk murid yg mempunyai ciri mental yg berbeza. Murid2 ini juga boleh berjaya hingga ke tahap yang lebih cemerlang.
Ibu bapa penjaga bersetuju elaun murid rm150 sebulan akan dipotöng rm50 setiap bulan utk kegunaan & keperluan p&p murid serta kebajikan mereka. Pembentangan aktiviti sepanjang tahun akan dilaporkan dari masa kesemasa.
Kehadiran ibu bapa & guru memuaskan.
Mesyuarat Pembentukkan Majlis Permuafakatan ini berakhir pada jam 5.30.