RABU 16 Mei 2012, sebagaimana yang dilaksanakan setiap tahun beberapa aktiviti telah diadakan dalam suasana sederhana. Cuaca mendung diawal paginya menjadi ceria bilamana sukaneka dimulakan. 3 acara dijalankan mengikut kumpulan yang diundi.
 |
Ucapan buat Guru-guru Malaysia |
 |
Instruktor Sukaneka |
Cabaran pertama, 'bola sepak' menjaringkan bola dengan sepakan. Bagi guru perempuan bebas menggunakan mana-mana kaki namun bagi lelaki hanya dibenarkan kaki kiri. Manakala cabaran kedua ialah bola jaring dan yang ketiga badminton. Gelak ketawa gembira terpancar disetiap bibir guru-guru dan murid dengan harmoni usik mengusik.
 |
Ucapan wakil Guru Besar : Cikgu Murat |
Beberapa acara dalaman juga dilaksanakan dengan baik. Ucapan, nyanyian lagu Guru Malaysia, ikrar , persembahan pentas dan live show' perutusan Menteri Pelajaran Malaysia juga ditayangkan.
 |
Live Menteri Pelajaran Malaysia |
'Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara' adalah tema bagi Hari Guru 2012. Ianya menjadi azimat dan matlamat melaksanakan tugas dan tanggungjawab setiap insan berjiwa guru sebenar diperjalanan kerjaya mereka.
 |
Bola Jaring |
 |
Aksi penyumbat gol |
 |
Thomas Cup |
Keceriaan dan kegirangan hari ini akan menjadikan semangat berkerja bersama kan menjelmakan kejayaan sebenar anak-anak jati tempatan demi memacu Agama , Bangsa dan Negara dunia dan akhirat.