Thursday, October 28, 2010

4 Golongan Lelaki Akan Ke Neraka Kerana Wanita...

Pertama:-

'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:-

'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:-

'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-

'Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.


Dipetik daripada: http://www.facebook.com/?ref=home#!/note.php?note_id=446729775937&id=100000628443398

Friday, October 22, 2010

HARI KOKURIKULUM 2010


Setelah perancangan dilakukan maka sempurnalah program Hari Kokurikulum 2010 bagi sekolah kami. Tahniah buat mereka yang telah terlibat dan menyertainya. Bermula dengan solat jemaah Zohor ikuti memasak telur dalam tanah , Amazing Race & Senamrobik.

Seramai 101 orang murid telah terlibat dan kerjasama guru juga amat memberangsangkan. Alhamdulillah ianya memberikan peluang murid bagi berfikir diluar kotak menjana minda survival hidup. Guru Besar En Ahmad Safri telah pun menyempurnakan perasmian penutup dan berharap agar program seumpama ini diteruskan kelak.



Monday, October 11, 2010

Jangan Lepaskan Peluang : Aplikasi Permohonan KPLI j-QAF 2011


Bagi sahabat-sahabat yang ingin menjadi pendidik sejati membantu mendidik anak bangsa seikhlas hati tiada sebarang paksaan atau bukan sebagai pilihan terakhir mendapat kerja. Maka amat-amat dialukan untuk mengambil peluang mengisi borang yang kini terbuka kepada seluruh warga negara Malaysia.

Kami mengalu-alukan aduhai jiwa pendidik yang kini diluar agar sama-sama kami mendidik anak bangsa kearah keahaman Islam hakiki luhur dari hati yang bersih. Tenaga kalian amat diperlukan dalam memartabatkan Islam hakiki didokong sepanjang masa.

Aidilfitri diambang Zulkaedah 1431


Sederhana dan meriah. Itulah ungkapan yang boleh dikongsikan kepada penggelintar dialam maya ini. Kami seluruh warga sekolah dapat bekerjasama dalam menjayakan program sambutan Aidilfitri bersama warga sekolah setelah selesai peperiksaan UPSR dan juga Peperiksaan UPKK Ujian Penilaian Kelas KAFA (petang).

Kredit diberikan kat Ustazah Sabtiah yang berlumus tungkus (susah payah) nak menjayakan jua majlis seumpama ini. Kali ini nasi ayam, lemang rendang & cendol antara juadah yang menjadi santapan kami warga sekolah dalam majlis ini. Walaupun diadakan dalam sederhana namun kelihatan murid-murid yang sangat seronok berwarna warni hadir pada hari tersebut. Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan lancar.


Monday, October 4, 2010

Majlis Perpisahan GB En. Abu Naim @ Sutera Bayu

Alhamdulillah , pada hari ini 4 Oktober 2010 kami 'BAGUS' Badan Kebajikan Guru Dan Staf sekolah kami menghadiri jamuan perpisahan Guru Besar En. Abu Naim b. Hamzah dan meraikan kehadiran Guru Besar Baru En. Ahmad Safri b. Ismail. Perjalanan menjangkau 40 km kami merentas desa ke Teluk Intan destinasi pilihan.

Selera masakan Restoren Sutera Bayu, Teluk Intan menjadi lokasi jamuan diadakan. Agenda yang sederhana menjadikan majlis ini berjalan lancar dipengerusikan oleh : Pn. Siti Fatimah bt. Zainol. Doa, ucapan dan penyampaian hadiah secara ringkas. Santapan penuh selera mengenyangkan diri kami yang hadir. Moga amanat dan ucapan kedua - dua yang diraikan akan menyatukan semangat kami dalam melaksanakan tugasan disekolah kami. InsyaALLAH.



Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN