Wednesday, May 27, 2009

Kursus Pemantapan Guru ICTL For Primary Schools Y1 - Y3 Prk Tgh

Apa yang menarik perhatian bagi kursus kali adalah lantikan JU-nya dalam tempoh 3 hari sebelum dijalankan program tersebut. JU tidak ditaklimatkan tentang apakah yang ingin dilaksanakan dan disampaikan kepada peserta.

Saya bersama Sdra Nursyaril Faizal (SK Felcra Nasaruddin) mengambil tanggungjawab ini dengan penuh kehairanan. Peserta adalah dikalangan guru B.Inggeris, kami 100% menggunakan B.Melayu menerangkan modul-modul yang kami perolehi pada pagi hari berkenaan. Apa yang pasti, pendedahan & penyegaran semula asas ICT terhadap guru-guru berkenaan.

Alhamdulillah tugas kami berdua selesai pada hari ini (26 Mei) dan akan disambung oleh JU lain. Kepada peserta-peserta saya mohon ampun dan maaf sekiranya penyampaian dan pengisian yang saya dan Faizal telah lakukan ini tidak menepati apa yang dikehendaki oleh para peserta sendiri.

'Ilmu yang sekumit akan bermanfaat bilamana ianya diamalkan'

Tuesday, May 26, 2009

Ingatan untuk pembaca & anak didik pembaca...

crispy haram

crispy haram

Saya mendapat email mengenai keraguan pembaca mengenai coklat berjenama CRISPY KELUARAN SYARIKAT NETWORK FOODS INDUSTRIES SDN BHD didapati mengandungi EMULSIFIER (E476) iaitu kod lemak babi yang jelas haram di makan oleh umat Islam.

Walau bagaimana pun logo Halal tertera di belakang sampul plastik Crispy tersebut.

Saya googling dan mendapati E476 boleh terdiri dari lemak haiwan atau sayuran. E476 Coklat Crispy ni ambil dari mana ya?

Kalau was-was baik kita tinggalkan... banyak lagi benda yang halal untuk dimakan.

Untuk mengetahui kod babi yang tersebar di internet satu masa dahulu boleh download dengan klik button di bawah

Santai seketika bersama Sicomel.....


Sunday, May 24, 2009

Alahai Cucu Opah Hjh Rokiah : Iman Mujahidah

23.5.2009 genap 45 hari Pn. Hjh. Rokiah menimang cucu sulungnya yang diberi nama 'Iman Mujahidah bt. Mohd Hafez'.

Hari ini adalah hari upacara kesyukuran setelah 45 hari yang digelarkan 'Kenduri Naik Buai'. Ianya telah dilaksanakan di rumah bisan pn. hjh. @ Kg. Gajah.

Penulis berpeluang untuk hadir bersama di Kg. Gajah dan majlis tersebut sangat meriah, lebih2 lagi kedua2 pihak ini adalah pengalaman pertama menerima cucu pertama dikamar kegembiraan Atuk & Opah masing2.

Semua Guru-guru & kakitangan SK Lambor Kanan mengucapkan 'SYABAS & TAHNIAH' diatas kehadiran warga baru dalam salasilah keluarga masing2. Buat Opah Kiah, jangan terkenang2 bilamana cucu dah tak de dirumah selepas ini. Salam Kasih Sayang.

Tuesday, May 19, 2009

Tahniah, tahniah, tahniah & yang lain cuba lagi

Setiap yang berjaya , ungkapan tahniah dan syabas. Ungkapan lain bagi yang belum berjaya, 'next time' cuba lagi.

Alhamdulillah kali ini ramai pula yang berjaya menemui gred IV. Seorang lagi yang dapat IV dalam sekali ambil je ialah Pn. Nursyakinah (kini baru sahaja berpindah ke SK Padang Tenggala). Namun yang paling 'smart' dikalangan keluarga kami ini ialah Pn. Nurul Asma yang kini akan melangkah ke P3 dalam gred DGA29. Beliau mengekalkan setiap kali keputusan keluar pastikan wujud IV yang rata2 angka ini sering menghantui calon lain.

Insyallah kejayaan ini akan menjadi pemangkin dalam diri untuk lebih bersemangat mendidik selain mengharapkan sesuatu yang tidak akan pasti hadir dalam diri ini. Syukur Alhamdulillah. Allahu Akbar!
'Keikhlasan Bekerja Tanggungjawab Bersama'

Melapor Diri @ sklamborkanan

Sewaktu Sambutan Hari Guru 2009 di SK Lambor Kanan, kami menerima seorang lagi keluarga baru. Beliau ialah Pn. Norzafahalila bt. Kamis, melapor diri sebagai GSTT Kelas Pendidikan Khas.

Beliau amat bertuah mungkin kerana sejarah hadir melapor diri di sklamborkanan, terus terlibat dalam beberapa aktiviti sempena Sambutan Hari Guru di sekolah ini.

Diharapkan buat beliau akan terus dapat menyesuaikan dirinya dalam keluarga baru disini.

Selamat Melapor Diri

Monday, May 18, 2009

Warna - warni Hari Gembira Diri Warga Pendidik SKLKn

Yang tidak HADIR bersebab : Tuan Yang Terutama GB Abu Naim b. Hamzah (menghadiri majlis bersama Kebawah Duli Sultan Perak di SMKASAS) & Pn. Norsuhaila (berkursus di PKG Bota)








Kenangan bergambar beramai-ramai dalam suasana
Sambutan Hari Guru 2009,
peringkat SK Lambor Kanan

Friday, May 15, 2009

SEMUA GURU ADALAH TERBAIK IDOLA ANAK MURID

KEPUTUSAN PENUH PILIHAN MURID 2009
Bingkisan Buatmu Guru
Jadilah seorang guru yang
hadirnya ditunggu
hilangnya dirindu
ilmunya diburu
nasihatnya diseru
tingkahlakunya ditiru
TAHNIAH & SYABAS buat pemenang ANUGERAH.

Thursday, May 14, 2009

SIAPALAH AKU TANPAMU GURU....

Sambutan Hari Guru Peringkat SK Lambor Kanan akan diadakan pada 18hb. Mei 2009
Pelbagai acara telah diatur dalam mempereratkan hubungan kekeluargaan sesama guru dan murid-murid. Dikesempatan ini tiada ungkapan seindah 'Syukur BuatMu Ya Allah' atas kurniaan kesejahteraan kami warga pendidik dan merealisasikan anak didik kami sebagai Insan Masyhur dibawah pemeliharaan-Mu Ya Allah dunia & akhirat. Amin Ya Rabb.

Friday, May 8, 2009

DOWNLOAD PERUTUSAN!

Perutusan Hari Guru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sempena Perayaan Hari Guru 2009 - Guru Pembina Negara Bangsa

Thursday, May 7, 2009

9 Pembaziran Kerap dilakukan

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

Ilmu pengetahuan - Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan - Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan - Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati - Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan - Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta - Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa - Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal - Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir - Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Wallahualam

Realiti Kehidupan Negaraku Kini

Artis dijulang, doktor dan guru pula dicemuh

ANUGERAH Industri Muzik (AIM) kali ke-16 baru sahaja melabuhkan sauhnya. Artis-artis yang ditabalkan sebagai pemenang dalam kategori masing-masing pulang dengan hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Pengiktirafan demi pengiktirafan dihamparkan kepada golongan artis atas jasa menghiburkan pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua mahu pun muda.

Malah artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara telah meraih sebanyak lebih daripada 150 anugerah seni dalam dan luar negara hasil daripada nyanyiannya yang berjaya menghibur para pendengar.

Terbaru, Tomok pula dianugerahkan dengan ganjaran RM1 juta kerana memenangi pertandingan One In A Million.

Meet Uncle Hussain juga tidak kurang hebatnya apabila telah mengungguli tiga anugerah hiburan berprestij tahun ini iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23, Anugerah Bintang Popular dan AIM ke-16.

Di sudut yang lain, doktor yang bergadai nyawa siang dan malam menyelamatkan nyawa ribuan manusia jarang diberi penghormatan sebesar itu, malah sering dipersalahkan atas kelemahan dan kecuaian yang berlaku.

Mungkin tidak ramai yang prihatin apabila para doktor dan jururawat sentiasa berada di barisan hadapan setiap kali negara dilanda wabak penyakit yang merungsingkan semua.

Lihat sahaja ketika ini, di saat seluruh dunia bimbang akan penyebaran virus influenza A (H1N1), para doktor berkorban nyawa, menanggung risiko kemungkinan dijangkiti wabak itu, apabila mereka dipertanggungjawabkan dengan tugas memeriksa setiap pelawat yang tiba di pintu masuk utama negara.

Mereka dikerah bertugas siang dan malam semata-mata bagi mengawal penyebaran wabak ini kepada rakyat Malaysia.

Perkara serupa juga berlaku ketika negara diserang virus JE dan virus Nipah. Para doktor dan jururawat jugalah yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia, sehingga ada di kalangan mereka yang turut dijangkiti virus itu.

Selayaknya para doktor dan jururawat diberi penghormatan yang sebesar-besarnya atas jasa bakti menyelamatkan seluruh warga negara Malaysia tanpa mengira kaum dan ikutan agama daripada dijangkiti penyakit berbahaya ini.

Kecuaian yang mungkin dilakukan oleh sesetengah pengamal perubatan tidak wajar dijadikan alasan untuk memperlekehkan mereka, sehingga seolah-olah segala jasa bakti kepada negara dilupakan begitu sahaja.

Sebagai manusia biasa yang tidak maksum, semua perlu sedar bahawa kekurangan dan kealpaan merupakan sifat semula jadi manusia. Malah yang afdal, segala kelemahan dan kecuaian yang berlaku diganti dengan usaha-usaha penambah baikkan untuk manfaat bersama.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ''Semua anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat, berhenti daripada melakukan kesalahan itu.''

Golongan guru juga sering menerima nasib yang sama. Setiap kali pelajar dihukum kerana kenakalan anak-anak, mereka dihujani dengan pelbagai tohmahan dan kata-kata nista. Masyarakat kelihatan alpa dengan cabaran dunia pendidikan masa kini yang jauh berbeza daripada zaman lalu.

Sering kali dilaporkan berita murid membelasah guru dan tidak kurang juga terdapat laporan-laporan yang melibatkan salah laku guru. Semua ini berlaku kerana faktor persekitaran yang turut menyumbang kepada masalah yang berlaku.

Oleh itu, ungkapan guru umpama lilin, membakar diri untuk kebahagiaan orang lain selayaknya dihayati dengan rasa tanggungjawab bersama. Ini kerana tugas memberi pendidikan tidak hanya terbatas kepada guru di sekolah sepenuhnya.

Ibu bapa juga wajar memainkan peranan sebagai pendidik kepada anak ketika mereka di rumah. Malah jika diteliti, mereka lebih lama berada di rumah berbanding di sekolah yang hanya memakan masa lebih kurang tujuh hingga lapan jam sahaja sehari.

Ibu bapa juga disaran menjadi contoh teladan terbaik kepada anak-anak dengan sentiasa melakukan ketaatan dan kebajikan.

Amalan solat berjemaah bersama seluruh ahli keluarga selain dapat merapatkan hubungan dengan Allah SWT juga mampu menjadi mekanisme terbaik kepada pendidikan anak-anak.

Tulisan ini tidak bermaksud untuk menyatakan isu betul dan salah, sebaliknya marilah kita seluruh warga negara atas prinsip One Malaysia, bersama berganding bahu memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku.

Amalan menuding jari menyalahkan orang lain tidak akan memberi apa-apa kebaikan untuk kejayaan bersama. Adalah lebih manis jika cadangan-cadangan penambahbaikkan disalurkan kepada pihak-pihak tertentu agar perkara serupa tidak berulang kembali.


MOHD. ALI MUHAMAD DON
Pensyarah Pusat Pemikiran
dan Kefahaman Islam
UiTM Kampus Bandaraya,
Johor Bahru

Tuesday, May 5, 2009

5 sasterawan negara tolak PPSMI

Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima tamparan besar sekali lagi hari ini apabila kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolaknya.

muhammad haji sallehMereka menyatakan enam sebab penolakan dalam satu kenyataan bersama yang diedarkan dalam sidang media di Rumah PENA pagi ini.

Dua tokoh sasterawan yang hadir - Datuk A Samad Said dan Muhammad Salleh - membayangkan akan membuang gelaran rasmi kerajaan itu "jika keadaan memerlukan".

Tiga lagi Sasterawan Negara yang menentang dasar PPSMI - Datuk Shahnon Ahmad, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Abdullah Hussain - tidak hadir kerana masalah kesihatan.

a samad saidAwal Mac lalu, A Samad mengejutkan dunia sastera Melayu dan nasionalis bahasa apabila menerajui ribuan penunjuk perasaan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum membantah dasar tersebut.

Sejak 1981, Malaysia menganugerahkan gelaran berprestij ini kepada sembilan tokoh sastera dan kreatif negara, terbaru Syed Othman Syed Omar atau lebih dikenali S Othman Kelantan pada 2003.

Negara kini sedang menyaring senarai tokoh untuk dicalonkan sebagai sasterawan negara ke-10.

Empat yang telah meninggal dunia: Kamaluddin Muhamad (popular dengan nama pena Keris Mas), Datuk Usman Awang, Muhammad Dahlan Abdul Biang (Arena Wati) dan Syed Othman.

Semuanya aktif dalam dunia sastera kecuali Noordin yang dikenali sebagai penggiat teater tersohor. Petikan : Malaysiakini.com

Friday, May 1, 2009

Majlis Permuafakatan Kelas Pendidikan Khas - SKLKn

SU melaporkan. Guru Besar sebagai Penasihat Mesyuarat Badan Kebajikan Kelas Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran (PKBP )telah ditubuhkan yang diterajui oleh Tn Hj Bahari sebagai pengerusi. Sebelum pembentukkan PKBP satu Taklimat Khas telah disampaikan oleh En Dzul Hanan Pegawai Khas Pendidikan Khas , PPD Perak Tengah mengenai apa itu sebenar erti kelas pend khas.


Selama ini tanggapan kelas budak cacat adalah salah. Namun hakikatnya ianya adalah satu pendidikan khusus utk murid yg mempunyai ciri mental yg berbeza. Murid2 ini juga boleh berjaya hingga ke tahap yang lebih cemerlang.


Ibu bapa penjaga bersetuju elaun murid rm150 sebulan akan dipotöng rm50 setiap bulan utk kegunaan & keperluan p&p murid serta kebajikan mereka. Pembentangan aktiviti sepanjang tahun akan dilaporkan dari masa kesemasa.

Kehadiran ibu bapa & guru memuaskan.


Mesyuarat Pembentukkan Majlis Permuafakatan ini berakhir pada jam 5.30.

Sekian, wallahualam.


Laporan oleh : Lamborian80

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN