

Monday, March 30, 2009
Thursday, March 26, 2009
INGATAN BUAT ANAK2 & ANAK DIDIK KALIAN
YANG MANA PILIHAN DIHATI? SANTAI MATA JE....
Wednesday, March 25, 2009
KEPUTUSAN PENUH MTQ ZON PKG BOTA
DIATAS KERJASAMA SERTA KOMITMEN PENUH DALAM MENJAYAKAN

Dipaparkan kini
KEPUTUSAN PENUH ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN
TILAWAH AL-QURAN ( L )
1. AMIR NAUFAL RIFQI B. ABD RASHID (SKLLK) - 68%
2. MOHAMAD HAFIZUL AZAM B. HARUN (SKSI) - 65%
3. MUHAMMAD MURSYID B. ABD KADIR (SKFN) - 60%
TILAWAH AL-QURAN ( P )
1. HANI MASTURA BT. RAZALI (SKTG) - 66%
2. NORDIANA BT. MEOR KASSIM (SKSI) - 60%
3. NUR ATIKAH BT. AS'ARI (SKFN) - 59%
HAFAZAN ( L )
1. BADRUL AMIN B. AHMAD (SKFN) - 87%
2. AZHAN B. ONN (SKTG) - 82%
3. MUS'AB UMAIR B. MOHD FADHALI (SKPC) - 76%
HAFAZAN ( P )
1. NUR AZILA ILHAMI BT. ZUN (SKFN) - 84%
2. NOR FARHANA BT. YUSOFF (SKTG) - 77%
3. NURUL IFFAH BT. MUHAMMAD ISMI (SKSI) - 65%
BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN ( L )
1. MUHAMMAD RUSDUN KAMILULLAH B. HEDER (SKFN) - 88%
2. DANISH AIMAN B. ZULKIFLI (SKTG) - 85%
3. MUHD ABD HAIY B. HALID (SKSI) - 83%
BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN ( P )
1. NURHANANI BT. DAUD (SKFN) - 85%
2. SHARIFAH FATIN IZZATY BT. SYED KHIDIR (SKSK) - 82%
3. AINA MARDIAH BT. SHAHROM (SKTB) - 80%
4. NURAIN BT. ABU ABBAS (SKLKn) - 75%
JOHAN KESELURUHAN
SK FELCRA NASARUDDIN - 463 MARKAH
Sekalung TAHNIAH untuk kalian pemenang,
JOHAN akan mewakili ZON PKG BOTA ke
MAJLIS TADARUS AL-QURAN
PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH
SALAH DAN SILAP MOHON DIMAAFKAN....
* Berita bergambar akan menyusul kelak - harap maklum.
Monday, March 16, 2009
PTK : Moga Kita Berjaya

Kot ia pun baca buku le dulu......
Moga kejayaan mengiringi kita semua.
Friday, March 13, 2009
KECEMERLANGAN & GAYA PEMBELAJARANMU INSPIRASI KAMI
KOTA BHARU, 12 Mac - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.
Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.
Dengan keputusan itu Nik Nur Madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di Kelantan dalam peperiksaan terbabit.
Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).
Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 memperolehi keputusan 17A.
Manakala Suhazlinda Ghazali diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) apabila memperolehi pencapaian 10 mumtaz dalam peperiksaan itu tahun lepas.
Hadir sama pada majlis penuh bersejarah tersebut, ibu Nik Nur Madihah, Mariani Omar, 42 dan ayahnya Nik Mohammad Kamal.
Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ustaz Zakaria Mohamad dan penolong-penolong pengarah Yik, tenaga pengajar sekolah terbabit, pelajar serta ibu bapa serta pelajar cemerlang SPM 2006, Siti Fatimah.
Mohd Amar ketika mengumumkan keputusan berkenaan berkata, sebanyak 17 sekolah Yik memperolehi keputusan peperiksaan 100 peratus dalam SPM termasuk Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang pertama kali menduduki SPM.
Katanya, dua pelajar Maahad Tahfiz Sains mendapat 11A.
"Pencapaian keseluruhan membanggakan memandangkan tahun 2007 hanya 15 sekolah Yik memperolehi kelulusan 100 peratus," katanya.
Beliau juga berkata, seramai tiga pelajar memperolehi keputusan 13A, 11 orang (12A) dan lima orang (11A).
Kata beliau secara keseluruhannya pencapaian peperiksaan SPM 2008 meningkat sebanyak 2.45 peratus apabila melonjak kepada 98.01 peratus.
Mohd Amar juga meluahkan rasa kecewa apabila keputusan peperiksaan tersebut lewat diumumkan kerana kurang mendapat kerjasama pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPN).
Difahamkan pegawai JPN melengah-lengah penyerahan slip keputusan sekolah agama kepada pegawai Yik yang datang mengambil keputusan tersebut pagi tadi.
"Tak perlulah kita nak sorok atau rahsiakan kejayaan pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Apa salahnya kalau dimaklumkan awal kepada kami," ujarnya.
Mohd Amar juga berkata, antara rahsia kejayaan pelajar agama di bawah Yik kerana tidak pernah membelakangkan syariat dalam semua hal termasuk pendidikan.
"Namun sikap pihak tertentu yang memperlekehkan sekolah agama dan hari ini mereka melihat sendiri kejayaannya," kata beliau. - mj _
Thursday, March 12, 2009
MTQ ZON BOTA : MENANTIKAN KEDATANGANNYA
Masa : 2.30 ptg
Acara yang akan dipertandingkan :
Tilawah Al-Quran, Tahfizul Quran & Bercerita Kisah Daripada Al-Quran
Penyertaan : 16 buah sekolah PKG BOTA
Mai ramai2 datang sama....
Wednesday, March 11, 2009
TIDAK SESEKALI DILUPAKAN....SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA
Friday, March 6, 2009
Monday, March 2, 2009
BERTEMU...BERPISAH...KERANA ALLAH

Walau dimana jua berada dan tenaga mendidik ini diperlukan , kami warga sklamborkanan.blogspot.com sentiasa mendoakan keberkatan berpanjangan. Ampun dan maaf dari kami semua. Wassalam....
Sunday, March 1, 2009
NURUL NADIA SALEH : TOKOH MURID 2008/09



Terdahulu d' Lambor Kanan
Setia Bersama..
RUANG IKLAN
