
Seramai 140 orang peserta telah mengambil bahagian. 70 lelaki dan 70 perempuan merangkumi 22 buah sekolah seluruh Perak Tengah. Setelah 3 hari kejohanan berlangsung akhirnya Adik Azrul Aznie dari SK Pulau Juar dan Adik Hajar Mastika dari SK Serikaya telah dinobatkan sebagai JUARA ketegori masing-masing. Mereka akan mewakili Daerah Perak Tengah ke Kejohanan Badminton MSSPK kelak yang akan dilangsungkan di Ipoh.
Tahniah kepada seluruh anggota yang terlibat dalam merealisasikan kejohanan ini iaitu seluruh guru & kakitangan SK Lambor Kanan, PTS Badminton (En. Termizi) , Pengetua SMK SMS1, Pengurus-pegurus pasukan yang terlibat.
