
Monday, December 29, 2008
TAMAN TAMADUN ISLAM, K.TERENGGANU


Pelbagai aktiviti yang menarik boleh kita rancangkan untuk membina kekuatan minda dan pengetahuan buat pelajar Muslim di sekolah-sekolah kita.

Dalam keadaan yang bersantai kita boleh mengetahui sejarah perkembangan Islam seluruh dunia terutama negara-negara besar, mengenali tokoh yang terbabit , mengalami sendiri suasana sebenar beberapa Rumah ALLAH dan sirah pembinaannya.

Rancanglah aktiviti yang terbaik buat menambah pengetahuan & jana minda muslim murid-murid kita di tahun 1430H ini InsyaALLAH.
Klik berikut untuk gambaran sekitar yang menarik
KG. GAJAH - SIMPANG PULAI - GUA MUSANG - K.BERANG - K. TERENGGANU

Kg. Gajah - Simpang Pulai 53 km
- Simpang K. Betis 196 km
- Gua Musang 214 km
- Simpang ke Felda Aring 247 km
- Santuari Gajah, Sg Ketior 303 km
- Tasik Kenyir 405 km
- K. Terengganu 485 km
Paling teruja ialah pengalaman bermain dengan lidah gajah yang sukar dilupakan.
Sunday, December 21, 2008
BERHATI-HATI KETIKA BERUCAP....
Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya.
Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH).
Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH.
ORGANISASI TMK 2009
MAKLUMAT & KOMUNIKASI
SK LAMBOR KANAN
2009
PENAUNG
EN. ABU NAIM B. HAMZAH
(GURU BESAR)
PENASIHAT
PN. HJH. ROSNAH BT. OTHMAN
(GPK 1)
PENGERUSI
UST. AMIR HAMZAH B. MUSA
(PENYELARAS BESTARI)
SETIAUSAHA
EN. SHAIZUL AMIZAL B. SULAIMAN
(GURU DATA)
EN. MOHAMMAD KHALID B. ZAINUDIN
(PEMBANTU ICT)
BENDAHARI
PN. NORMALA BT BAHTIAR
AJK
PN. NURSYAKINAH BT. MOHD NASIR
EN. AZMAN B. HUSSEIN
PN. NORAISHAH BT. MAT SAID
PN. NURUL FITRI BT. ZAMAH SHARI
PN. NAWAL BT. ZAKI
Wednesday, December 17, 2008
TERKINI : 7 pilihan ajar Sains, Matematik

- Foto Izhari Ariffin
Pilihan itu ialah:
Pilihan itu dirumuskan selepas lima sesi Persidangan Meja Bulat PPSMI diadakan, yang disertai tokoh akademik, penyelidik, parti politik dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Pakar dari Lembaga Pentaksiran dan Kurikulum Victoria, Australia (VCAA), William Perrin, turut menyertai persidangan semalam.
*p/s : Moga perubahan dalam sistem yang tidak memeningkan ini akan menjadi pemangkin kearah perkembangan jiwa rohani....so JANGAN KESAMPINGKAN JUA PENDIDIKAN ISLAM UNTUK ANAK BANGSA SUDAHLAH....VOTE KEPADA PERUBAHAN INI.
Tuesday, December 16, 2008
SEBARAN BLOG SK LAMBOR KANAN DI PORTAL JPN PERAK
Monday, December 15, 2008
TIDAK SALAH KUHARGAI DIRI, KELUARGA & TAULANKU
Sunday, December 14, 2008
Jenama Sosej Yg Tidak Boleh Dimakan
** Gourmessa
** Muller's Haus
** Dew Fresh
** Puteri
** Miami Butcher House
** Maspac
Pengilang yang mengeluarkan produk sosej yang menggunakan usus babi dan
memasarkan di pasaran tempatan adalah;
** Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa)
** German Delicatessen - Subang (Muller's Haus dan Dew Fresh)
** Puteri Pan Pacific (Puteri)
** MiamiButcher House - Batu Feringgi (MiamiButcher House)
** Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh)
** Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac)
Projek Koordinator PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, di antara hotel dan restoran yang disyaki menyajikan dan menjual sosej menggunakan
usus babi adalah
** Palace of Golden Horses
** Coffee Bean Tea Leaf
** Hotel Equatorial
** Ikea Cafe
** Muller Sausage.
Sila sebarkan pada rakan2 islam yg lain.
Thursday, December 11, 2008
TIADA KUTIPAN PIBG AWAL TAHUN 2009
28 November 2008
Oleh nor zainah nordin
KUALA LUMPUR 27 Nov. - Mulai tahun depan, sebarang kutipan bayaran tambahan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak lagi dibuat pada awal tahun, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien.
Beliau berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Awal Penggal Persekolahan 2009 pada Isnin lalu memutuskan bahawa bayaran tambahan tersebut akan dikutip pada pertengahan tahun setelah mendapat persetujuan mesyuarat PIBG.
Katanya, melalui langkah itu, PIBG dan ibu bapa diberi peluang untuk menentukan jumlah yang akan dikutip daripada ibu bapa.
''Selain mengurangkan beban tanggungan ibu bapa, khususnya pada awal penggal, langkah ini juga selaras dengan usaha Kementerian Pelajaran mengupayakan peranan dan tanggungjawab PIBG dalam sama-sama membantu membangunkan sistem pendidikan negara," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Cuba ke Malaysia, Carlos Alfredo di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Menurut Hishammuddin, perkara berkenaan diputuskan selepas jawatankuasa itu membincangkan pendekatan terbaik mengurangkan perbelanjaan awal tahun ibu bapa dalam menanggung perbelanjaan persekolahan, lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.
Beliau berharap, PIBG tidak menjadikan keputusan kerajaan itu satu isu kerana pada masa sama kementerian terpaksa menanggung peruntukan besar bagi sesi persekolahan 2009.
''Perkara ini perlu diperjelaskan ke peringkat akar umbi dan saya telah meminta pengarah di Jabatan Pelajaran negeri untuk memaklumkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) supaya tidak ada mana-mana pihak terkeliru,'' katanya.
Hishammuddin berkata, beliau juga telah mengarahkan supaya kementerian melihat cara yang sesuai untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada PIBG secara telus.
Isu yuran tambahan PIBG sering menjadi rungutan setiap kali bermula sesi persekolahan kerana jumlahnya mencecah sehingga RM180 dan membebankan ibu bapa yang tidak berkemampuan.
Pada 30 Oktober tahun lalu, Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling mengenai garis panduan amaun maksimum atau siling yang boleh dikutip daripada ibu bapa.
Kementerian menetapkan amaun maksimum bayaran tambahan bagi sekolah rendah ialah RM38.50 manakala bagi sekolah menengah pula ialah RM55.50.
Kerajaan telah memansuhkan yuran rasmi bagi sekolah rendah dan menengah bermula sesi persekolahan 2008.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, bagi sesi persekolahan 2009, kementerian telah menyediakan peruntukan besar bagi tujuan bantuan tambahan antaranya RM1.06 bilion untuk Bantuan Makanan Asrama, RM270 juta untuk Rancangan Makanan Tambahan, RM262 juta untuk Biasiswa Pelajar, RM246 juta untuk Skim Bantuan Tuisyen dan RM200 juta untuk tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin.
Beliau berkata, peruntukan lain adalah RM72 juta untuk Bantuan Murid Orang Kurang Upaya (OKU), RM27 juta untuk Program Susu Sekolah dan RM20 juta untuk Bantuan Pakaian Seragam Unit Beruniform.
''Selain itu, kementerian turut menyalurkan RM96.319 juta untuk perluasan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).
''Pada masa sama kementerian turut membantu pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dari keluarga miskin iaitu berpendapatan kurang RM600 sebulan," katanya.
Tuesday, December 9, 2008
TARIKH PEPERIKSAAN
(Jika tiada perubahan)
UPSR 8.9.2009 - 10.9.2009
PMR 12.10.2009 - 16.10.2009
SPM 9.11.2009 - 4.12.2009
STPM 11.11.209 - 3.12.2009
MUET 9.5.2009
MUET 7.11.2009
STAM 19.10.2009 - 21.10.2009 dan 26.10.2009 - 27.10.2009
PTK - ????
TARIKH PENTING 2009
5.1.2009 - 30.1.2009 (20 hari)
1.2.2009 - 27.2.2009 (20 hari)
1.3.2009 - 13.3.2009 (10 hari)
Cuti Pertengahan Penggal 14.3.2009 - 22.3.2009 (9 hari)
23.3.2009 - 31.3.2009 (7 hari)
1.4.2009 - 30.4.2009 (22 hari)
1.5.2009 - 29.5.2009 (21 hari)
Cuti Pertengahan Tahun 30.5.2009 - 14.6.2009 (16 hari)
PENGGAL 2
15.6.2009 - 30.6.2009 (12 hari)
1.7.2009 - 31.7.2009 (23 hari)
3.8.2009 - 21.8.2009 (15 hari)
Cuti Pertengahan Penggal 22.8.2009 - 30.8.2009 (9 hari)
31.8.2009 (1 hari)
1.9.2009 - 30.9.2009 (22 hari)
1.10.2009 - 29.10.2009 (22 hari)
2.11.2009 - 20.11.2009 (15 hari)
Cuti Akhir Tahun 21.11.2009 - 3.1.2010 (44 hari)
Jumlah Hari Persekolahan termasuk cuti (210 hari)
Jumlah Hari Cuti Penggal (78 hari)
Jumlah Hari Persekolahan termasuk cuti dan Cuti Penggal (288 hari)
RINGKASAN HARI PERSEKOLAHAN MENGIKUT PENGGAL
PENGGAL 1
Hari Persekoahan 5.1.2009 - 13.3.2009 (10 minggu = 50 hari)
Cuti Pertengahan Penggal 14.3.2009 - 22.3.2009 (9 hari)
Har Persekolahan 23.3.2009 - 29.5.2009 (10 minggu = 50 hari)
Cuti Pertengahan Tahun 30.5.2009 - 14.6.2009 (16 hari)
PENGGAL 2
Hari Persekolahan 15.6.2009 - 21.8.2009 (10 minggu = 50 hari)
Cuti Pertengahan Penggal 22.8.2009 - 30.8.2009 (9 hari)
Hari Persekolahan 31.8.2009 - 20.11.2009 (12 minggu = 60 hari)
Cuti Akhir Tahun 21.11.2009 - 3.1.2010 (44 hari)
Jumlah Hari Persekolahan termasuk cuti am = 42 minggu = 210 hari
Jumlah Hari Cuti Penggal = 78 hari
SELAMAT MAJU JAYA BAGI TAHUN 2009
Monday, December 8, 2008
MOHON DOAKAN BERSAMA KEJAYAAN KAMI & WARGA PENDIDIK LAMBOR DI OUM KINI

Bagi pihak sahabat-sahabat warga Lambor jua (2 org) gurunya yang lain juga memohon untuk dipermudahkan menjawab di exam sem ini.
'Semoga ALLAH akan memberikan ruang yang lebih baik buat warga kerja untuk terus maju memperolehi kejayaan yang gemilang.'
Thursday, December 4, 2008
KONGSI BERSAMA
- SKLKn akan menerima rakan setugas yang baru? Lelaki @ perempuan? Opsyen ape yek? dari mana gerangannya pula? ......jawapan akan dilampirkan kemudian.
- Bilik Sembahyang kita masih dalam penambahbaikan secara tersendiri..maka jika ada sesiapa berkelapangan bolehlah bantu dan rujuk terus (Ustazah Sabtiah) selaku Ketua Panita PAI
- Cadangan ingin mengubah alihkan kedudukan bilik guru...mohon restu kalian oleh pihak pengurusan.....sila pastikan kelengkapan ANDA (guru-guru) dikemasrapikan @ dilupuskan mana-mana yang PERLU
- TERDAPAT :- Surat Siaran Pekeliling (peringatan buat warga pendidik terutama GPI j-QAF) surat siaran larangan pertukaran 36 bulan selepas dilantik @ disahkan bagi jawatan GPI j-QAF tersebut. Manakala surat siaran sebelum ini yang pernah MEMBENARKAN pertukaran suka sama suka telah TERBATAL mulai surat siaran yang baru tersebut dikeluarkan. So harap maklum aduhai sahabat-sahabat GPI j-QAF....'Bersabar itu banyak HIKMAHNYA'
TUNTUTAN BERPUASA SUNAT (9 ZULHIJJAH)
Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)
Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)
Puasa pada hari Isnin dan Khamis
Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)
Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)
Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)
Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)
Puasa tiga hari pada setiap bulan
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Puasa tiga hari pada setiap bulan, Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa."
Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.
Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.
NIAT PUASA TIDAK SEMESTINYA DENGAN MELAFAZKAN DALAM BAHASA ARAB, MEMADAI MELINTASKAN DIDALAM HATI DENGAN APA-APA JUGA BAHASA YANG KITA FAHAMI, IAITU BAHAWA KITA HENDAK MELAKUKAN PUASA (SEBUT JENIS PUASANYA) PADA HARI ESOK (JIKA NIAT PADA WAKTU MALAM) ATAU PADA HARI INI (JIKA BERNIAT PADA WAKTU DINIHARI ATAU WAKTU SAHUR ATAU PADA SEBELAH PAGI SELEPAS SUBUH JIKA PUASA SUNNAT)
Wednesday, December 3, 2008
RAJA SEHARI BUAT WARGA SKLKn
Bakal Puan Hasnida bt. Ahmad Damanhuri yang juga bertugas sebagai Guru Pend. Khas
SK Lambor Kanan
'Moga kebahagian meliputi segala-galanya...'
p/s: admin xdpt hadir kerana berdepan dengan final exam OUM (Numerical Method) so...TAHNIAH drpd admin sekeluarga. Jka ada photo yg menarik mai kongsi..k
DARI LAMBOR KANAN KE RAJA CHULAN
Terdahulu d' Lambor Kanan
Setia Bersama..
RUANG IKLAN
