Wednesday, January 23, 2013

Majlis Serahan Bantuan Awal Persekolahan 2013 : Done

kehadiran memberangsangkan
22 Januari , SK Lambor Kanan mengadakan program Serahan Bantuan Awal Persekolahan 2013 sepertimana yang diperuntukkan oleh kerajaan dalam pembentangan budget sebelum ini. Majlis yang pada asalnya disempurnakan oleh Tuan PPD Perak Tengah akhirnya disempurnakan oleh En Meor Sazlan wakil YB Dato' Nasaruddin.
doa kesyukuran dipohonkan
para tetamu yang hadir
simbolik serahan cek
majlis serahan

senyum menerima nikmat Allah
Alhamdulillah
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Guru Besar dan terus ucap utama. Kehadiran yang memberangsangkan jelas dan dapat dilihat dengan jayanya. Sesudah majlis tersebut maka diadakan serahan mop cek tanda simbolik penerimaan wang tersebut untuk diagihkan oleh pihak sekolah. Jelas kelihatan ibu bapa penjaga ceria dengan bantuan ini. Syukur kepada Allah dengan nikmat seperti ini setidak-tidaknya sekolah mengharapkan agar tunggak bayaran yuran dan wang buku tulis dapat dilunaskan.

Friday, January 11, 2013

Moga sucses di Tahun 2013

Mengalas Harapan Komuniti Lambor Kanan

Staf pendokong kejayaan misi cemerlang bersama
Inilah warga pendidik SK Lambor Kanan 2013.

Thursday, January 3, 2013

Transisi Tahun 1/2013 di Makmal Komputer

Keghairahan anak-anak tahun satu memasuki sekolah 2013 ini jelas terbayang. Program Transisi yang telah 5-6 tahun diperkenalkan membawa kepada pengalaman murid menjana pemikiran matang. 

SK Lambor Kanan juga melaksanakan program tersebut dan pada hari kedua persekolahan ini mereka diberi peluang mengenali peralatan ICT di makmal komputer sekolah. 

Berbetulan tahun ini sekolah telah menerima program pengantian peralatan yang telah dilupuskan tahun 2010 lagi. Tanggal 17/12/2012 SK Lambor Kanan menerima 21 buah komputer dekstop bagi pengantian tersebut.

Peralatan pengantian ICT 2012 tiba. Alhamdulillah, pelupusan alatan sebelumnya 2010
Pemasangan Komputer Lenovo
Transisi ICT Tahun 1/ 2013
Teruja mereka bersama alat ini
Pn. Syafiah sibuk menunjuk ajar murid-muridnya
Maka manfaatkanlah kemudahan yang diberikan kepada kita dalam memprogramkan minda cemerlang ummah berilmu matang.

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN