Thursday, August 30, 2012

Resepsi Perpisahan & Selamat Datang : Guru Besar SK Lambor Kanan

29 OGOS 2012 , Badan Kebajikan Guru dan Staff Sekolah telah menganjur dan meraikan majlis sambutan Aidilfitri sempena Resepsi Perpisahan & Selamat Datang Guru Besar, bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ipoh. Hasil kerjasama dan persepakatan ahli maka majlis ini dapat dijayakan.
walldrop
tunggu nak mamam
MC
GB Tn Hj Abdul Khalid
Bulatan tetamu yang diraikan
ketika kelaparan
En. Ahmad Safri b. Hj. Ismail (1.9.2010 - 10.8.2012) kini bertukar ke SK Changkat Lada 3. Manakala Tn. Hj. Abdul Khalid b. Abdul Latif hadir dari SK Tanjung Belanja. Pertukaran ini adalah suatu rutin biasa penjawat awam bagi memastikan kesinambungan kecemerlangan akan tercapai.

Insan keriangan

Jejaka warisan

Hadir kenangan

Teruskan kecemerlangan

Wednesday, August 8, 2012

Lambok de' Lambor


Hidangan Bubur Lambuk yang telah tersedia

 8.8.2012 , Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Projek Lambuk de Lambor iaitu projek Jom Masak Bubur Lambuk. Seawal perancangan yang rapi telah dilakukan menerusi penubuhan jawatankuassa mantap meliputi semua warga kerja sekolah guru dan staf sokongan.


Persepakatan dan ukhuwah yang ada maka projek ini dapat direalisasikan dengan mengahsilkan lebih 300 bekas bubur lambuk. Terima kasih kepada seluruh warga BAGUS (Badan Kebajikan Guru & Staff) SK Lambor Kanan di atas kejayaan penganjuran ini.

Tidak lupa saf Masterchef Pn Noraini and the geng menjadi sandaran termahal dengn keberhasilan dan keenakkan bubur tersebut. 

Seluruh murid, guru dan staff berjaya membawa pulang sekurang-kurangnya satu bekas seorang. Jika 1.8.2012 sebelum ini kita sepakat beriftar (berbuka puasa) bersama anak-anak yatim , kini bubur lambuk , tadarus yang sedang berjalan & program khatam al-quran akan dilaksanakan oleh saf panitia pendidikan Islam 2012.

Bacaan Tahlil ketika Majlis Iftar Warga BAGUS SK Lambor Kanan
 Semoga roh ramadan sentiasa memberi jutaan kerahmatan buat kami warga SK Lambor Kanan.

http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.468059013212497&type=1


Ihya Ramadan 1433H

Ihya Ramadan 1433H


Ahlan wa sahlan Ya Ramadan.. insya Allah pada pagi Isnin 23 Julai 2012, Panatia Pendidikan Islam akan melancarkan Program Ihya Ramadan Peringkat Sekolah. Antara aktiviti yang disusun melibatkan murid ialah:

1. Halaqah Al-Quran  (6 Halaqah)
2. Pelancaran Tabung Infaq Ramadan 
3. Tazkirah Ramadan (Mingguan)
4. Penerbitan Risalah Ramadan Dwi Bulanan
5. Mahabbah Anak Yatim
6. Iftar Jamaie bersama Anak Yatim
7. Majlis Tahlil dan Solat Tarawih
8. Memasak Bubur Lambuk
9. Sumbangan kepada surau berhampiran
Anak Yatim ke PPD Perak Tengah terima sumbangan
10. Forum Di Ambang Syawal

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN