Sunday, January 30, 2011

Perjalanan bermula.


Tanggal 24 haribulan 2011, dengan rasminya aku telah mengikuti kursus perguruan di IPG Kampus Ipoh. Dengan itu, aku juga telah memasuki dunia pendidikan. Seramai 153 orang yang telah mengikuti program KPLI ini. Di sini, aku mengenali ramai rakan-rakan baru dan juga rakan-rakan lama aku sewaktu di sekolah dan di universiti dahulu. Pelatih daripada Perak adalah antara pelatih yang teramai sekali. Manakala, dari negeri-negeri lain tidaklah terlalu ramai sangat bilangannya.

Banyak perkara yang boleh dikongsikan bersama rakan-rakan yang lain. kabanyakan mereka berasal dari pelbagai latarbelakang dan mempunyai pengalaman yang luas dari pelbagai bidang. Bermaksud, ada yang bekerja di bidang lain sebelum menceburkan diri dalam bidang pendidikan. Benarlah apa yang dikatakan orang, kita mampu hidup melebihi 1000 tahun sekiranya kita meneladani dan mempelajari pengalaman hidup orang lain.

Sepanjang minggu pengurusan dijalankan, aku telah dilantik menjadi penghulu pada minggu itu. Pengalaman yang aku miliki selama ini, aku gunakan sebaik yang mungkin. Terima kasih kepada rakan-rakan kerana memberi kepercayaan kepada aku. Tak lupa juga kepada Letchmi, penghuluwati yang sentiasa bertanya tentang perjalanan program.

Bagi mengekalkan hubungan di antara pelatih yang lain, aku dan rakan-rakan yang lain telah melancarkan laman facebook untuk batch kami ambilan januari 2011. setakat ini masih lagi menantikan kedatangan rakan-rakan yang lain.

Thursday, January 27, 2011

Pemantauan jQAF dan Dakwah

Dari sudut meja Unit Media, Panitia Pendidikan Islam SKLKn...

Pada hari Isnin yang lalu, kira-kira jam 10.00 pagi Panitia Pend. Islam SK Lambor Kanan telah didatangi dua orang Pegawai Pemantau. Mereka ialah Tn. Hj. Ahmad Lutfi Abu Bakar (Pen. Pengarah jQAF SPI JPN Perak) dan Us. Mohd Syukri Al-Salam Bin Musman (Pegawai dari Unit Pendidikan Islam PPD Hilir Perak).


Dua instrumen pemantauan yang kami sediakan ialah Pemantauan jQAF dan Pemantauan Dakwah. Hasil dapatan daripada pemantauan tersebut, kami perlu melakukan beberapa tindakan. Antaranya:

a) Mengubah dan mereka strategi baru bagi meningkatkan penguasaan murid dalam pencapaian Bacaan Al-Quran. Penekanan juga perlu diberikan tentang cara mengemaskini Kad Pelaporan Al-Quran

b) Mewujud dan mengaktifkan Persatuan Bahasa Arab dan Persatuan Jawi semasa aktiviti kokurikulum. Sekiranya berlaku masalah kurang murid, bolehlah digabungkan dengan Ahli Persatuan Agama Islam.

c) Memaksimumkan penggunaan BBM yang dibekalkan oleh pihak KPM dan SPI terutamanya berkaitan Bacaan Al-Quran.


Pemantauan berakhir kira-kira sejam kemudian. Terima kasih atas segala teguran dan nasihat yang diberikan. Semoga kunjungan ini membawa rahmat dan keberkatan dariNYA untuk kami warga SKLKn.


Monday, January 24, 2011

Learning Management System (LMS) kini dilancarkan


sms diterima dari salah seorang Pegawai BTP , Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Assalamualaikum Ustaz / ustazah / Tuan / Puan,
Dijemput untuk menggunakan Learning Management System (LMS) yang mengandungi pelbagai bahan multimedia interaktif terkini dengan hampir kesemua subjek SR dan SM.
Istimewa bagi Pendidikan Islam 3D bagi SR Tahun 1, 2, & 3. Sama-sama kita manfaatkan untuk anak bangsa dan membantu p&p kita.

Wednesday, January 19, 2011

Tahniah Us. Leh


Perkhabaran gembira diterima... mantan GTPI SK Lambor Kanan 2010 Us. Fikri Hakim @ Leh telah berjaya mendapat tawaran KPLI jQAF... akan melaporkan diri di IPG Ipoh, Perak.

Semoga beliau akan terus berjaya menjadi guru yang cemerlang dan berkaliber, di dunia dan akhirat.

Tuesday, January 18, 2011

Pemantauan bermula...

Mulai Isnin ini, semua sekolah di seluruh negeri Perak dalam keadaan bersiap sedia untuk dipantau. Berikut ayat yang dipetik dari laman web Sektor Pendidikan Islam Negeri Perak:

Pemantauan akan bermula pada 17 Jan 2011 sehingga 10 Feb 2011. SEMUA sekolah rendah diminta untuk mengemaskini instrumen pemantauan di bahagian A-D sebelum pemantauan dibuat.

Pada masa yang sama, sekumpulan tenaga pakar di kalangan GPI negeri Perak sedang berkampung di BTPN Perak untuk Pembinaan Soalan PKSR Negeri Perak. Semoga Allah memberkati usia dan jerih perih kalian selama 3 hari 3 malam di sana.

* salah seorang daripadanya wakil dari SK Lambor Kanan (AF Tn. Hj. Amir Hamzah Musa)

Thursday, January 13, 2011

Hadir dan pergi : 2011 @ sekolah ini


Sepertimana posting terdahulu, blogger sksv melapor diri ke sekolah ini. Namun apa yang pasti hakikat sebenarnya ialah 3 insan pilihan untuk meneruskan khidmat bakti mereka disini.

1. Tn. Hj. Ruduan b. Dahalan, PPPLD DGA32 dari SK Lambor Kiri, kini menjawat jawatan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Beliau telah melapor diri minggu-minggu akhir 2010 lalu setelah pulang dari mengerjakan ibadah haji di Makkah. Berkat doa dan rezeki buat beliau maka jawatan tersebut sebagai hadiah rahmat ketentuan Allah buat tetamu-Nya sebelum ini.

2. Ust Shariffuddin b. Ahmad, PPPS DG41. Sebelum ini berkhidmat dengan cemerlangnya di SK Slim Village, Slim River selama hampir 3 tahun. Kini untuk kali kedua dalam perkhidmatannya pulang semula ke Perak Tengah. Syabas dan tahniah atas kecemerlanganya sebelum ini. Moga kecemerlangan beliau akan dapat diteruskan terhadap anak bangsa seagamanya dibumi berpijak Lambor Kanan.

3. Cik Kuet Mee Ling, PPPS DC41 Opsyen Pra Sekolah. Sepertimana ketahui sekolah ini mempunyai 2 kelas Pra Sekolah yang diberi nama Manja 1 & Manja 2. Beliau yang pada awal tahun ini merupakan Guru Pelatih Praktikum bagi Ambilan KPLI Institut Perguruan temenggong Ibrahim. Kehadiran sekuntum bunga , kini menceriakan sang kumbang yang saban kali merana. Peluang dan pengalaman yang akan ditimba sebanyak mungkin ini, kelak akan menjadikan Cikgu Mee Ling sebagai Guru Pra Sekolah Cemerlang satu masa nanti.

Kami seluruh warga SK Lambor Kanan mengalu-alukan kehadiran ketiga-tiga insan ini agar menjadi pemangking Visi Dan Misi sekolah terus dapat dicapai seperti yang disasarkan.

Walaubagaimana pun, pihak sekolah turut kehilangan 2 insan yang pernah menabur jasa di sekolah ini.

1. Pn. Hjh. Normala bt. Bahtiar, PPPLD DGA32 Guru Media merangkap SU Peperiksaan. Beliau merupakan 'Super Senior' sebelum ini di Lambor Kanan. Malah hakikat sebenar, beliau telah pun mempunyai cucu (anak kepada bekas anak muridnya) di sini. 23 Tahun suatu jangka masa yang tidak boleh diukur, betapa banyaknya pengalaman beliau di sini. Segala-galanya dalam pengetahuan atau ertikata lain dalam handbag beliau sahaja mengenali sekolah ini. Beliau ditukarkan dengan jawatan kenaikkan pangkat sebagai GPK Hal Ehwal Murid, SK Simpang Tiga, Parit. Syabas dan tahniah khas dari kami.

2. Ust Fikri Hakim, walaupun beliau hanya berkhidmat selama kurang lebih 10 bulan sahaja selaku GTPI (Guru Tambahan Pendidikan Islam) akan tetapi pengalaman amat bermakna kami bersamanya. Saling kongsi pelbagai bahan dan makumat, juga ceria bujangnya sering membuatkan rakan setugas tidak gusar mohon pertolongan darinya. Kini dikhabarkan sedang menunggu keputusan kemasukkan KPLI Ambilan 2011. Kami iringi doa agar beliau akan berjaya terpilih dan akhirnya kelak akan hadir kembali di sekolah ini menabur bakti. "Leh, jangan risau, bunga di Lambor Kanan ini makin bertambah, cuma waspada cabarannya juga makin tinggi."- jangan marah..... yang penting buktikan usaha anda. Anak dara @ Pendidikan Khas dan Pra Sekolah pula, amoi lagi gitu....

Jasa kalian tetap disanjung , maaf zahir dan batin. Moga keberkatan dan keredhoaan Allah mengatasi dan mengiringi kalian. Amin ya Rabb.

Thursday, January 6, 2011

Blogger sksv kini, berkhidmat di SK Lambor Kanan

RABU , SK Lambor Kanan hari ini menerima seorang lagi tenaga pengajar Pendidikan Islam PPPLS DG41 , Ust Sharifuddin b. Ahmad. Beliau yang sebelum ini telah berkhidmat menabur bakti di SK Slim Village, Slim River, Perak telah melapor diri untuk berkhidmat di sekolah ini. Kehadiran beliau amat dinantikan dalam merealisasikan wawasan pendidikan Islam.


Kami warga sekolah amnya, Panitia Pendidikan Islam khususnya mengucapkan 'Ahlan Wasahlan' selamat datang kepada beliau dan diharapkan pengalaman beliau diperantauan sebelum ini akan dapat dikongsi bersama warga Lambor Kanan. Beliau yang sebelum juga tidak asing di Perak Tengah kerana pernah berkhidmat di SK Selat Pulau, Kg Gajah pada tahun 2005-2007.

**jika sebelum ini beliau pernah mengajar bersama zaujah ana. Kini walaupun sudah berhijrah ke Batang Padang, namun pulang semula Perak Tengah bersekolah pula dengan ana. Alfun mamruq. Sama-samalah kita kongsi pengalaman mendidik anak2 didik disini.

Monday, January 3, 2011

2011 : Azam & semangat baru, mantap dan terus maju

Alhamdulillah, hari pertama yang disirami hujan lebat diperkarangan sekolah menjadikan suasana ceria bersemangat baru. Kehadiran ibu bapa memimpin anak2 mereka terus damai mengharapkan ilmu teras pendidikan dalam diri masing-masing.

Guru kelas antara yang paling sibuk melayani ibu bapa dalam sesi pembayaran yuran dan pelbagai kelengkapan. Pengajaran dan pembelajaran murid2 juga dijalankan terus mulai jam 9.15 pagi dengan semangat jitu guru dan murid2.

Moga harapan baru ini menjadi pemangkin kecemerlangan teguh dalam diri insan yang kelak menjadi pemimpin agama, bangsa dan negara.

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN