Tuesday, March 30, 2010

Juara Bola Jaring Telah Ditentukan, SK Lambor Kanan & Bota Menang

Beginilah resam permainan kalau menang kita sembang kalau kalah, faham2 ajelah. Zon Bota yang terdiri daripada SK Lambor Kanan, 2 org pemain SK Telok Bakong & seorang pemain SK Serikaya telah dinobatkan sebagai JUARA BOLA JARING DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2010.
Setelah berhempas pulas bersaing dengan pihak lawan akhirnya kami berjaya memenangi kesemua perlawanan antara zon dalam daerah Perak Tengah ini. Pn. Siti Fatimah (jurulatih), Pn. Nurul Fitri (Pengurus Pasukan), Pn. Normala (Penyelaras Pemaianan) & beberapa orang lain adalah orang yang bertanggungjawab membawa kejayaan ini. Terima kasih dari kami seluruh warga pendidik Zon Bota terutama SK Lambor Kanan kepada mereka dan syabas diucapkan atas kejayaan menjayakan kejohanan tersebut sebagai tuan rumah peringkat daerah tahun ini.

Naib Johan disandang oleh Zon Parit dan tempat ketiga dimenangi oleh SK Dato' Sagor mewakili Zon Kg. Gajah. Manakala Zon Seberang Perak menduduki tempat keempat pada tahun ini. tahniah dengan semangat kesukanan yang ditonjolkan.Apa yang pasti kejayaan ini tidak akan berhenti begitu sahaja dan perlu dibuktikan dengan membawa sinar kegemilangan Perak Tengah ke Peringkat Negeri Perak.

Kejohanan Bola Jaring Dae. Perak Tengah disambung lagi hari ini...

Semalam telah bermula kejohanan Bola Jaring Bawah 12 tahun peringkat Daerah Perak Tengah di sekolah kami. 4 Pasukan mewakili 4 Zon telah mengambil bahagian. Zon tersebut ialah Bota, Parit, Kg. Gajah & Seberang Perak. Mereka bermain secara liga.

Namun ketika perlawanan rancak berlangsung , rahmat Allah telah turun dan memaksa pertandingan tersebut bersambung pagi ini. Semua pasukan kelihatan seimbang dan kejuaraan akan dapat ditentukan menerusi pungutan mata pasukan setelah selesai pertandingan.

Monday, March 22, 2010

KOD BAHAN YANG TIDAK HALAL

Disenaraikan kod bagi unsur-unsur TIDAK HALAL yang TERLALU BANYAK berada di dalam pasaran kita hari ini. Sekadar berkongsi sama buat kita semua dan dinasihatkan untuk copy gambo ini ke dalam handphone masing-masing dan pastikan menyemak setiap belian kita.

ANDA AKAN BERTEMU dengan bahan demikian. - Sumber ini telah disahkan oleh pegawai2 kesihatan yang sangat peka tentang produk kehalalan sesuatu pemakanan.

Friday, March 12, 2010

KETETAPAN MTQ ZON BOTA DISEPAKATI BERSAMA

Kegawatan kewangan masa kini tidak dapat diselindungi oleh mana-mana pihak lagi. Walaupun dari sudut arus media perdana menampakkan ekonomi Negara utuh dan stabil namun dalam institusi pendidikan telah diperlihatkan beberapa tindakan drastik yang jelas. Terutama dari segi tuntutan perjalanan, perbatuan dan sebagainya. Sehingga kesaat ini Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Perak Tengah masih tiada sebarang ketetapan pengendaliannya.

Justeru keputusan telah dibuat bahawa format pertandingan bagi peringkat Zon Bota adalah berarahkan seumpama saringan Akademi Al-Quran iaitu sekolah - sekolah yang terlibat PERLU menghantar peserta yang benar - benar LAYAK calon cemerlang yang ingin diketengahkan ke peringkat seterusnya. Ini kerana bagi memastikan kos dapat dijimatkan. Minit mesyuarat semalam (Khamis) akan saya kirimkan ke semua 16 buah sekolah yang terlibat.


Apa yang lebih penting ialah pihak sekolah dipohon untuk menghantarkan senarai nama peserta pada atau sebelum 23 MAC 2010.

Harap maklum, apa nak dikata....

Wednesday, March 10, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H DI SK LAMBOR KANAN










Alhamdulillah...dengan izin Allah, kami telah berjaya melaksanakan satu lagi program tahunan sekolah iaitu Sambutan Maulidur Rasul. Walaupun tahun ini aktiviti bagi guru - guru tidak dapat dijalankan kerana kekangan kewangan tetapi aktiviti bagi pelanggan utama iaitu murid - murid terus diadakan.

Aktiviti - aktiviti yang telah dijalankan adalah:

Murid Tahap 1 : pertandingan kolaj tulisan jawi (Rasulullah)
Murid Tahap 2 : pertandingan kuiz Sirah Nabi
Murid Tahap 1 & 2 :
pertandingan menulis riwayat Rasulullah saw
pertandingan Selawat ke atas Rasulullah saw

Seterusnya pada hari Jumaat lepas (5 Mac 2010 /21 Rabiulawal 1431) telah berlangsung majlis penutup yang sederhana tetapi meriah dengan pertandingan selawat dan majlis penyampaian hadiah serta ceramah "Mengenali & Menyintai Rasulullah saw" oleh Ustaz Fairuz dari SKCL3 selaku penceramah jemputan.



Hadirnya GTPI Baru : Ahlan Bik .....

1hb. Mac 2010 yang lalu, sekolah ini telah menerima seorang lagi tenaga pengajar baru yang sangat2 dinantikan. Beliau ditempatkan sebagai Guru Tambahan Pendidikan Islam (GTPI) yang mengisi kekosongan pejawatan (warrant) bagi GPI sekolah ini. Dengan kewujudan kelas2 pendidikan khas & 2 kelas pra sekolah , maka sumbangan tenaga dan ilmu beliau amat ditagih demi kelangsungan pendidikan Islam yang hakiki di alam nyata ini.

Beliau yang dimaksudkan ialah Ustaz Fakri Hakim b. Abdul Latif, berkelulusan Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Al-Quran & As-Sunnah. Berasal dari Felcra Seberang Perak dan hingga berita ini ditaipkan beliau masih 'single'. Syabas dan tahniah , moga kesempatan yang ada ini akan dapat dimanfaatkan sebagai pengalaman berharga untuk dirinya dan juga anak bangsa.

Selamat Mengajar & Maju Jaya.

Monday, March 1, 2010

KBS Fasa 1/2010


Sekitar Kem Bestari Solat Fasa I, Alhamdulillah dalam keadaan yang sederhana kami GPI & j-QAF team telah dapat menyelesaikan program ini. Dengan bilik solat yang terhad muatannya maka kami terpaksa bergilir untuk menyempurnakan solat fardu. Kelas yang terlibat dalam KBS kali ini adalah dari Tahun 1 hingga 5.


Tahniah kepada Ustazah Sabtiah , Ustazah Zuraidah , Ustazah Nawal , Ustazah Norlela & Ustaznya yang berjaya menjalankan program tersebut. Walaupun murid dan ibu bapa penjaga terlebih dahulu dimaklumkan tentang program tersebut namun masih ada ibu bapa penjaga yang tidak puas hati anak2nya pulang lewat. Inilah realiti masa kini , demi kelangsungan anak2 untuk menanamkan semangat peribadatan terutama dalam hal-ehwal solat sewajarnya masalah2 kecil seumpama pulang lewat untuk selesaikan solat tidak timbul.



Hakikat ini perlu diakui bahawa peranan GPI & Guru j-QAF sekolah adalah sebagai pembantu dan pembimbing murid untuk bersolat. Moga kesedaran ini dapat dimanifestasikan oleh ibu bapa penjaga dirumah selaku ketua institutsi keluarga yang harmoni diredhoi ALLAH.

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN