Monday, August 31, 2009

Malaysiaku Yang Tercinta : Harga Minyak Naik Berkuatkuasa Tengah Malam Ini..?

Harga bagi minyak jenis RON95 dan RON97 dijangka naik berkuat kuasa tengah malam ini.

Minyak jenis RON95 dijangka dinaikkan 5 sen iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 seliter.

Sementara itu, RON97 pula akan dinaikkan daripada RM1.80 kini kepada RM2.00.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kenaikan itu pada petang ini.

- Perisik-rakyat.com

Thursday, August 20, 2009

PERLU KE ? : Guru langgar dasar PPSMI kena tindakan

PUTRAJAYA: Guru yang didapati menggunakan Bahasa Malaysia (BM) sepenuhnya untuk mengajar Sains dan Matematik akan dikenakan tindakan memandangkan pemansuhan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya akan berkuat kuasa sepenuhnya pada 2012.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata dasar PPSMI masih digunakan hingga tempoh yang ditetapkan selaras dengan keputusan Kabinet, baru-baru ini.

“Kita akan mengambil tindakan terhadap guru yang didapati melanggar dasar PPSMI. Pada masa sama, pengetua atau guru besar dikehendaki memantau serta mengeluarkan surat amaran kepada guru yang didapati berbuat demikian.

“Perkara ini juga tidak sepatutnya berlaku (mengajar dalam BM) kerana sukatan mata pelajaran, buku teks subjek matematik dan sains serta perisian komputer masih menggunakan Bahasa Inggeris (BI),” katanya pada sidang media di sini, semalam.

BERITA LANJUT K.L.I.K

* Mari kita berfikir BERSAMA...... Apa kata sasterawan negara....

Monday, August 17, 2009

10 TIP MELATIH ANAK BERPUASA

Kiriman artikel daripada Ust Onn Azhari (skpt) ke email kami : -

Ramadan adalah pengalaman serta tarbiah untuk seluruh anggota keluarga. Dalam kita sibuk berpuasa dan mengurus kehidupan seharian di sepanjang Ramadan nanti, ingatlah bahawa anak-anak kita perlu dipimpin dan dibimbing dalam menjalani serta menghayati intipati ibadat puasa dan Ramadan. Tip-tip berikut Insya-Allah boleh dijadikan panduan dan pedoman untuk manfaat kita bersama :

  1. Menonjolkan suasana gembira dan ceria dengan menghiasi rumah agar anak-anak dapat merasai betapa pentingnya kehadiran tetamu agung (Ramadan).
  2. Melatih anak-anak kecil berpuasa secara beransur-ansur iaitu selama beberapa jam dan kemudian beberapa hari. Berilah ganjaran bagi setiap hari yang dia sempurnakan puasa selama sebulan itu. (Untuk mendidik)
  3. Berikan perhatian terhadap anak perempuan yang hampir baligh. Ajar mereka ilmu feqah berkaitan ibadat puasa.
  4. Wujudkan ‘Taman Al-Quran’. Didiklah anak-anak membaca Al-Quran bersama anda setiap hari mengikut kemampuan mereka.
  5. Latihlah anak-anak mempelajari doa berbuka puasa dan membaca doa tersebut sementara ahli keluarga yang lain mengaminkannya.
  6. Biasakan anak menderma dan bersedekah di bulan Ramadan. Ajar mereka berjimat cermat dalam perbelanjaannya untuk didermakan.
  7. Bersama-samalah dengan anak-anak menunaikan solat tarawih dan solat fardhu secara berjemaah. Berilah perhatian dalam mengawasi solat lima waktu.
  8. Berikan kefahaman yang jelas kepada anak-anak bahawa puasa tidak akan sempurna tanpa disertai akhlak yang mulia.
  9. Jangan biarkan anak-anak menjadi penunggu setia rancangan televisyen. Pilihlah rancangan yang sesuai.
  10. Susunlah jadual malam hari Ramadan untuk anak-anak supaya mereka terutamanya yang kecil dan remaja – tidak berkeliaran / merayau di sekitar kawasan perumahan / kampung sampai lewat malam tanpa tujuan, apalagi jika bermain mercun dan bunga api yang mengganggu orang-orang yang tidur atau sedang beribadat.

Ramadan Bulan Menyubur Kasih Sayang


Jangan lupa layari dan singgahlah ke :

www.ramadhanzone.com


SEMOGA IBADAT PUASA KITA PADA TAHUN INI BENAR-BENAR MEMBUAHKAN KEIMANAN DAN KETAQWAAN. AMIN.

Bala ALLAH perlu diambil INGATAN SERIUS!!!

Manusia yang alpa dan ingkar akan diberi peringatan dalam pelbagai bentuk. Hakikat yang nyata bilamana diri kita mencintai dunia melebihi akhirat maka PERINGATAN ALLAH perlu untuk sentiasa kita mengkaji dan memuhasabah diri.
Tiada sebarang penafian masakini atas check list kemurkaan ALLAH buat umat akhir zaman ini. Malaysia tidak terkecuali. Islam hanya tinggal pada nama. rukun Islam ditinggal tanpa rasa bersalah sesama manusia. Hari kehari peratusan manusia meninggalkan solat amat membimbangkan.

MOHON DITEGASKAN OLEH SETIAP KITA PARA PENDIDIK TAK KIRA SUBJEK APA YANG DIAJAR, LAKUKAN SESUATU AGAR INSAN YANG KITA AJAR DALAM KELAS TIDAK SEWENANG2 MENINGGALKAN PERINTAH ALLAH. SETERUSNYA MENINGGALKAN PERKARA YANG JELAS HARAMNYA. *** TERLALU BANYAK TERMASUK ROKOK

Thursday, August 13, 2009

Terasa baru sahaja diriku...ber'sms' dengannya...'Pergi Dirinya & Kita Kelak Tak Kembali' - Al-Fatihah...

Sungguh sayu pabila menerima sms yg muncul pada jam 12.20 tghri daripada sahabat. Terima Kasih Ustazah Faezah (SK Serikaya) diatas pemberitahuan tersebut yang pada ketika itu saya sedang menjalankan tanggungjawab di dalam kelas. Serasa baru sahaja saya bermain sms dengan Allahyarham tersebut untuk perancangan program Malam Amal.


Inilah yang dikatakan kekuasaan ALLAH. Tahun lepas saya berpeluang berbual2 dengan Allahyarham dibelakang pentas dan rentetan dari itu membuatkan saya bersms beberapa kali bagi merancang sesuatu sambil beramal. ........ Petang ini saya bergerak ke IPOH berseorangan dan sayu ini berpanjangan apabila radio kegemaran saya memainkan lagu gemersikan suara Allahyarham yang sememangnya telah menjadi icon utama penyanyi nasyid dalam diri ini.

Walau apapun yang berlaku , takziah buat keluarga dan seluruh anggota 'Rabbani'. Sesunggunhnya pemergiannya ini merupakan kehilangan yang sangat dirasai oleh peminat2 nasyid seluruh negara....-AL-FATIHAH.

Petikan : Malaysiakini.com/bm
Pemimpin Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC), Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi kerana sakit jantung.

Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital swasta itu.

Wednesday, August 12, 2009

Tazkirah Di Ambang Ramadan 1430


"KITA AKAN KELIHATAN PANDAI WALAUPUN KITA SEBENARNYA BODOH JIKA KITA DIPIMPIN OLEH ORANG YANG PANDAI.
BEGITU JUGA KITA AKAN KELIHATAN BODOH WALAUPUN KITA SEBENARNYA PANDAI JIKA KITA DIPIMPIN ORANG YANG TIDAK PANDAI"

Monday, August 10, 2009

Taklimat Data SPI Tahun 6 ONLINE 2009

Taklimat Data Online bagi Sijil Pendidikan Islam Tahun 6 telah diadakan pada 10.8.2009, jam 3.00 petang di PPD Perak Tengah. Ustaz Mohd Shah Hj Ramli Penyelia Kanan Sekolah Rendah SPIM Perak telah menyampaikan taklimat tersebut kepada kami seluruh warga GPI Daerah Perak Tengah. Sesungguhnya aplikasi seumpama ini memperlihatkan bahawa era IT yang sedang berkembang pesat disahut hebat oleh pelbagai pihak termasuklah SPPIM seluruh negara.

Moga dengan taklimat dan penggunaan aplikasi ini akan dapat meringankan pengurusan GPI Perak yang mana ianya sangat berguna kepada pengurusan sekolah masa kini.

Untuk Makluman :

Proses data PERCUBAAN :


http://www.sppimperak.net/spi_online/login.php
BOLEH TRY MULAI SEKARANG

Proses Data Sebenar :


http://www.jpnperak.edu.my/spi_online/login.php
MULAI : 5 - 10 OKTOBER 2009

Username : * Kod Sekolah
Password : ** dibekalkan surat edaran

Maklumat Lanjut SILA HUBUNGI :-
Ust. Mohd Shah (gambo diatas) 013-5211250
,
'to Sheikh Md Shah so sorry , bang. ya!'

SELAMAT MENCUBA!!! TERIMA KASIH KEPADA URUSETIA YANG MENJANANYA!

Thursday, August 6, 2009

Kursus Peningkatan Profesional GPI Perak Tengah

Program yang sangat diperlukan bagi meningkatkan lagi kefahaman dan pengetahuan terkini dalam merangsang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ini adalah matlamat Kursus Peningkatan Profesional GPI Daerah Perak Tengah hari ini 6 Ogos 2009.

Kami GPI Daerah ini amat berterima kasih kepada barisan jawatankuasa & urusetia termasuk pihak Institut Perguruan Tuanku Bainun yang telah dapat memanfaatkan ruang peruntukkan LADAP buat kami. Sesi pertama Kefahaman KLAQ Kem Literasi Al-Quran disampaikan oleh Ust Mohd Shahril - Guru j-QAF SKDS. Sesi kedua disampaikan oleh Ust Shamsul Arifin Supian (Johan Qari 2008) dengan pengisian Tahsin Al-Quran. Ianya sangat menarik dan tumpuan peserta memuaskan.
Setelah rehat tengahari diisi pula slot Mantapkan Jawi & Akhbar Jawi Dalam P&P. Penyampai ilmu yang menarik ini pula disempurnakan oleh Pakar Ejaan Jawi KPM Ustaz Salehuddin Hj Arshad (Pegawai Khas Pendidikan Islam Dae. Hilir Perak). Alhamdulillah seramai 50 orang peserta telah berpuas hati di kursus seumppama ini. Moga usaha seumpama ini akan dapat diteruskan kelak.

Tuesday, August 4, 2009

"Doa Silahul Mukmin" : Moh kite bersama, sepakat sentiasa.

Bersempena Program Isra' Mikraj dan suasana yang ada sekarang. Panitia Pendidikan Islam menganjurkan Solat Hajat Khas bertarikh 7 Ogos 2009. Jam 8.30 pagi. Kita kena mendahului sebelum diarahkan. Moga kita sama-sama mendoakan 'together'. Amin Ya Rabb.

Dikala kita semua menghadapi ujian atau bala daripada Allah sekarang ini iaitu penyakit selsema babi, pertahanan diri kita adalah doa. Nampaknya penyakit ini semakin merebak, banyak pusat pengajian telah ditutup. Bala dari Allah tidak hanya menimpa orang yang melakukan kemungkaran sahaja tetapi kepada semua yang ada disatu-satu tempat itu. Oleh itu marilah kita sama- sama berdoa memohon perlindungan dari Allah agar diberi keselamatan dan kesihatan yang berpanjangan. Amin…

Sunday, August 2, 2009

Projek Tanaman Cili , kini di sekolah kami


Minggu lalu, telah diwujudkan Tanaman Cili yang telah disumbangkan oleh Jabatan Pertanian Perak Tengah. Kami bertuah diantara 54 buah sekolah rendah di daerah ini, sekolah kami antara yang terpilih bagi projek berkenaan. Sebanyak 50 paket bagi pokok cili & 150 pokok untuk tanaman terung.

Projek ini adalah rentetan projek terdahulu yang dikendalikan oleh Jabatan Haiwan (iaitu Burung Puyuh) namun kini agak tergendala akibat dari beberapa faktor yang terhalang dan diberitakan akan disambung jua kelak. Kini Panitia Kemahiran Hidup yang diketuai oleh Pn. Jamilah & Pn. Sabtiah akan mengetuai pengurusan pertanian ini. Moga-moga ianya akan membuahkan hasil yang memberangsangkan.

* p/s : komisen hulurlah sedikit kat kami di Makmal Komputer ini. hihihi.

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN