Friday, January 23, 2009

AKSI JUARA BADMINTON BAWAH 12 THN MSSD PRK TGH

Aksi - aksi difinal yang dimonopoli oleh sekolah-sekolah kecil
Seramai 140 orang peserta telah mengambil bahagian. 70 lelaki dan 70 perempuan merangkumi 22 buah sekolah seluruh Perak Tengah. Setelah 3 hari kejohanan berlangsung akhirnya Adik Azrul Aznie dari SK Pulau Juar dan Adik Hajar Mastika dari SK Serikaya telah dinobatkan sebagai JUARA ketegori masing-masing. Mereka akan mewakili Daerah Perak Tengah ke Kejohanan Badminton MSSPK kelak yang akan dilangsungkan di Ipoh.

Tahniah kepada seluruh anggota yang terlibat dalam merealisasikan kejohanan ini iaitu seluruh guru & kakitangan SK Lambor Kanan, PTS Badminton (En. Termizi) , Pengetua SMK SMS1, Pengurus-pegurus pasukan yang terlibat.


PENGADIL YANG TIDAK SESEKALI DIBELI..Klik untuk lebih lagi..

Thursday, January 22, 2009

2nd Day - HARAPAN TERKUBUR DISUKU AKHIR

"Aku berazam sepenuh untuk melatih dan membimbing anakku nanti agar hebat dibidang permainan ini nanti" - Aime Yazlie Ketua Jurulatih Badminton SK Lambor Kanan (masih dalam pencarian)

KLIK SINI - LEBIH LAGI PAPARAN KEJOHANAN TERSEBUT

Thursday, January 15, 2009

SESI MESYUARAT HEM KALI-1

Alhamdulillah Mesyuarat Pengurusan HEM Kali-1 dapat dijalankan dengan dipengerusikan oleh : Pn. Norsamsuniah bt. Musa GPK2. Insyallah segala kelemahan dapat diatasi dengan wujudnya 'syura bai nahum'

SERANGAN HENDAP MAKHLUK TIDAK DIUNDANG

Tumpasnya mangsa yang tidak diundang menerusi EPSON LQ-2080.

Wednesday, January 14, 2009

MEMANASKAN.... KASUT

TERBITAN BUKU OLEH DBP UNTUK KANAK-KANAK

Sekadar berkongsi hasilan buku yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa & Pustaka bersama Syarikat DAWAMA Sdn. Bhd. Keluaran 2007 'Raudatul Huruf' & Hayya Nantiq

Buku ini merupakan buku bagi permulaan kanak-kanak berumur seawal usia 4-7 tahun. Saya bersama sahabat Ust. Md Rashid Shafie & Ust. Mohd Jaiz telah diberi peluang menghasilkan buku tersebut.

Peringkat awalnya kami ditelah dapat menghasilkan 11 bahan yang berteraskan bahasa Arab termasuk 4 bahan permainan bahasa dalam mengisi ruang bahan bacaan kanak-kanak namun hanya 2 judul sahaja diterbitkan bagi peringkat awal ini dan diberitahu selebihnya ditangguhkan akibat kekurangan budget terbitan kearah itu.

Moga kelak pihak penerbit akan dapat menunaikan janji tersebut bagi menerbitkan baki judul yang telah pun dipersetujui sebelum ini.

Monday, January 12, 2009

DANA PALESTIN PERAK

Jika anda punya rasa prihatin dan bersimpati
diatas penderitaan rakyat Palestin
dan ingin menyumbang bagi membantu meringankan
sedikit penderitaan dan kesengsaraan
yang mereka sedang hadapi ,
kerajaan negeri Perak Darul Ridhuan
telah melancarkan tabung untuk rakyat Palestin.
Sumbangan anda amat bererti kepada perjuangan rakyat Palestin.
Hari ini hari mereka ; entah esok entah lusa, hari kita pula.
Maka marilah menderma sementara kesempatan
bagi kita masih ada.
Masukan sumbangan anda atas nama :
DANA PALESTIN PERAK
Melalui:
BANK ISLAM IPOH
NO. AKAUN :
08013010068281.
Allah jua yang membalasnya .

Sunday, January 11, 2009

PEMANTAU HADIR MENJALANKAN TUGAS

Tanggal 7.1.2009 , dua orang pegawai daripada Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah hadir menjalankan tugas mereka di SKLKn. Kehadiran mereka telah pun disambut oleh Guru Besar dan diberi taklimat ringkas penyeliaan pengurusan sekolah 2009.

Pelbagai teguran dan penambahbaikkan dilakukan oleh mereka berdua yang sememangnya tiada kesempurnaan tanpa teguran. Dengan hati yang terbuka warga SKLKn berasa bersyukur dan menganggap kehadiran mereka secara positif (+ve).

Moga perubahan demi perubahan dalam menjayakan visi dan misi sekolah akan tercapai diera peralihan yang telah berlaku besar-besaran disekolah ini.

Saturday, January 10, 2009

BERSAMA PRIHATIN SENTUHAN JIWA & IMAN MUKMIN



WAHAI UMAT ISLAM..SEGERALAH BERTAUBAT DAN KEMBALILAH KEPADA ALLAH & RASUL SAW! SEGERALAH KITA BERSATU DEMI SATU PERJUANGAN YANG SUCI INI..KEMBALILAH KEPADA ALQURAN DAN SUNNAH !!! MARI KITA MEMBELA AGAMA ALLAH YANG MAHA SUCI INI!!

Monday, January 5, 2009

AHLAN ALA HADIRIN JADID

DETIK PERTAMA MENJEJAKKAN KAKI DI SK LAMBOR KANAN
4 orang guru baru telah selamat melapor diri mereka di bumi Lambor Kanan. 2 daripada 4 guru (En. Azran & Pn. Noorazean) ditempatkan di Kelas Pendidikan Khas. En Murat Ahmad Ilias pula selaku GPK Kokurikulum mengambil alih tugas yang ditinggalkan oleh Pn. Hjh Sharifah tempoh hari. Penambahan bagi opsyen Bahasa Inggeris pula ialah Pn. Nur Suhana bt. Ismail.
Unit ICT mengucapkan syabas diatas penempatan ke SK Lambor Kanan ini.
BAGI PELAJAR BARU TAHUN SATU
Seramai 29 orang pelajar tahun 1 telah mendaftarkan diri bagi mengikuti sesi pembelajaran & pengajaran di SK Lambor Kanan.

Sunday, January 4, 2009

PESANAN BUAT KALIAN GURU

'SELAMAT MEMULAKAN TUGAS DENGAN ILTIZAM DAN SEMANGAT YANG BARU MENDIDIK ANAK BANGSA TANPA JEMU'


Dipaparkan entri pesanan buat kalian warga pendidik SK Lambor Kanan daripada Mohd Asyraf b. Daud iaitu bekas pelajar tahun 6/2008.

Beliau telah pun diterima masuk ke SMKA Kerian. Antara pesanan tersebut dipaparkan sebagaimana berikut : "saya mohon maaf dari ujong ramut hingga ujong kaki dari seluruh warga pendidik lambor kanan."

Moga beliau terus berjaya hendaknya...

Friday, January 2, 2009

MOE kini di telefon bimbit anda

Cara-cara Penggunaan Melalui Telefon Bimbit/PDA

Anda kini boleh mendapatkan informasi MOE melalui telefon bimbit anda dengan hanya :-

Cara-cara Penggunaan Melalui Telefon Bimbit/PDA
  1. Aktifkan perkhidmatan Internet telefon bimbit/PDA anda (GPRS, 3G atau Wifi)
  2. Anda hanya perlu taipkan www.moe.gov.my sahaja
  3. Secara automatik telefon bimbit/PDA anda akan akses ke portal MOE versimobile.
  4. Menarik mengenai Portal MOE versi Mobile ini, anda boleh membuat semakan dan permohonan aplikasi atas talian melalui telefon bimbit anda sahaja.
Mudah..Ringkas...Padat !

Khatam al-Quran Peringkat SK Lambor Kanan 2010

Sekilas Pandang

Related Posts with Thumbnails

Terdahulu d' Lambor Kanan

Powered by Blogger Widgets

Setia Bersama..

RUANG IKLAN

RUANG IKLAN