Thursday, December 4, 2008

KONGSI BERSAMA

ALHAMDULILLAH, sepagi admin bertugas di sekolah tercinta...maka beberapa perkara boleh dikongsikan bersama.
  1. SKLKn akan menerima rakan setugas yang baru? Lelaki @ perempuan? Opsyen ape yek? dari mana gerangannya pula? ......jawapan akan dilampirkan kemudian.
  2. Bilik Sembahyang kita masih dalam penambahbaikan secara tersendiri..maka jika ada sesiapa berkelapangan bolehlah bantu dan rujuk terus (Ustazah Sabtiah) selaku Ketua Panita PAI
  3. Cadangan ingin mengubah alihkan kedudukan bilik guru...mohon restu kalian oleh pihak pengurusan.....sila pastikan kelengkapan ANDA (guru-guru) dikemasrapikan @ dilupuskan mana-mana yang PERLU
  4. TERDAPAT :- Surat Siaran Pekeliling (peringatan buat warga pendidik terutama GPI j-QAF) surat siaran larangan pertukaran 36 bulan selepas dilantik @ disahkan bagi jawatan GPI j-QAF tersebut. Manakala surat siaran sebelum ini yang pernah MEMBENARKAN pertukaran suka sama suka telah TERBATAL mulai surat siaran yang baru tersebut dikeluarkan. So harap maklum aduhai sahabat-sahabat GPI j-QAF....'Bersabar itu banyak HIKMAHNYA'

No comments:

Post a Comment